Mereka memandang pelik arah ryan dan isya.Macam mana tak nampak peliknya?tetiba datang kampus dengan berselendang bagai dekat leher ni.Very curious.
"Aku tahu la korang ni partner in cream,tapi kenapa dedua pakai selendang dekat leher ni?trend baru ke apa ni?"tanya elica sambil menunjuk selendang arah leher mereka berdua.
Isya mencubit lengan ryan tanda isyarat.
"Awak punya kerja la ni..kan diorang dah tanya.."gumam isya perlahan.
"Sayang pun sama jugak"balas ryan selamba.
"Main bisik-bisik apa ni?"kata mereka.
"Okey-okey..aku terus terang ea.."kata ryan sambil memandang isya disebelah.
"Nak bagitahu sekarang ke?"kata isya perlahan sambil sebelah tangannya mengenggam erat tangan ryan.
Ryan mengangguk.
"Don't worry sayang"jawab ryan.
"Kau nak bagitahu apa?"tanya mereka lagi.
"Isya---sebenarnya..."kata ryan terhenti.
Uwerkk!
Bunyi isya yang mahu muntah.
Isya membuat isyarat,mahu pergi ke tandas lalu dia terus berlari menuju ke tandas yang tidak jauh dari situ.
"Kenapa dengan isya tu, ryan?"risau jiha.
"Isya tengah pregnant,jadi setiap pagi macam ni...dia memang selalu muntah-muntah..alahan budak"kata ryan terus.
Terlopong mulut mereka.
"HAH!!PREGNANT!! PREGNANT ANAK SAPA?"terkejut mereka.
"Anak aku la...anak sapa lagi"kata ryan selamba.
BUK!BUK!
Kepala ryan kena lekuk dengan syafiz dan riduan.
"Sakitlah bengong,kau dah apahal ketuk kepala aku"marah ryan apabila dia tetiba dipukul.
"Kau dah rosakkan anak dara orang,kau rileks je!!"bebel mereka berdua.
"Woii!!aku belum terangkan sampai habis lagi!!Isya tu isteri aku,kau tahu tak!!isya tu aira!!aira tak meninggal dunia"jerit ryan dengan satu nafas je.
Kali ini, mereka lagi terkejut beruk.
"Ai----aira!!"
Ryan mengangguk.
"Bukan mama dengan papa aira cakap---"kata jiha.
"Haah,mama dengan papa aira takde niat nak jauhkan aku dengan aira..ada sebab diorang buat macam tu"terang ryan.
"Aku nak pergi jumpa aira"kata jiha lalu berlari pergi ke tandas.
"Aku pun"kata elica pula lalu mengejar jiha.
Tinggal mereka sahaja disitu.
"Patutlah... rupanya memang betul dia aira..."kata riduan.
"Kan... patutlah perangai dia sama dengan aira"menyampuk syafiz pula.
"Apapun,tahniah bro!!jadi bapa lagi sekali"ucap mereka sambil menepuk bahu ryan.
"Terima kasih jugak dekat korang,selama hari ni selalu bagi kata-kata semangat dekat aku"kata ryan pula.
"Sama-sama.So,untuk balas jasa kitaorang ni...apakata kau sponser pelamin aku dengan rid"kata syafiz.
"Ehh kejap,korang nak kahwin ke?"tanya ryan.
"Amboii,ingat kau sorang je ke boleh kahwin huh? kitaorang pun nak la rasa berumah tangga jugak"kata syafiz lagi sambil memeluk tubuh.
"Sebelum ni,rumah kau takde tangga ke syaf?takpe..takpe..nanti aku sponser tangga untuk rumah kau"sengaja ryan mahu mengacau syafiz.
Cemberut wajah syafiz.
Ryan dan riduan sudah pecah ketawa, menggelakkan syafiz.Pandai betul ryan bergurau.
"Haha...aku dengan syaf ingat nak melamar diorang lepas grad nanti.Okey tak?"tanya riduan.
"Okeylah tu..benda baik kan,patut dicepatkan.. daripada asyik berdempek kehulu kehilir takde ikatan"balas ryan.
"Memanglah...sebab tula kitaorang tunggu masa yang sesuai"kata syafiz pula.
"Yelah...aku doakan,semua berjalan lancar apa yang korang rancangkan"kata ryan.
"Aminn"kata mereka.
__________________
Isya yang berada didalam bilik air, terdengar namanya dipanggil.
"Aira!!Aira!!"suara jiha.
"Ye!!aku dekat sini!!"jerit isya.
Dia pun membasuh mulutnya,dan mengambil tisu dalam lap.Selesai itu,dia pun membuka pintu bilik air.
Terkejut dia,apabila jiha dan elica berada dihadapan bilik airnya.Dan tetiba mereka memeluk dia.
"Aku rindu kau aira!!"kata mereka.
Isya membalas pelukan mereka.Dia mengosok belakang badan mereka.
"Jangan sedih,aku dah ada dekat sini...aku pun rindu korang"pujuk isya.
Dia menahan sebak apabila melihat sahabat baiknya dari sekolah,menangis kerana dia.
"Macam mana kitaorang tak sedih...tskk...bila kitaorang ingat kau dah takde.."kata jiha sambil teresak-esak.
"Betul tu...tskk..."kata elica pula.
"Aku pun rindu korang... janganlah nangis wehh...aku pun nak nangis ni..."kata isya yang sudah berlinangan air mata.
Mereka melepaskan pelukan.
"Kitaorang tak menangis dah..tskk..jangan nangis aira"kata elica.
Isya kalau dah dapat menangis,susah nak berhenti.
"Hikss..hikss..."
Mereka mengelap air mata isya.
"Jangan nangis aira,kesian dekat baby kau tu..."pujuk mereka lain.
Isya cuba berhenti menangis.Huhu.
"Jom keluar dari tandas ni"ajak jiha.
Mereka pun keluar dari tandas lalu pergi ke tempat asal mereka bertemu tadi.
Syafiz melihat mereka datang kearah sini kembali.Dia melihat muka aira merah macam baru lepas menangis.
"Wehh ryan,asal dengan aira tu?muka baru lepas menangis je tu"kata syafiz.
Ryan pun memandang arah mereka.
"Haah la"
Mereka pun sampai disini kembali.
Ryan memeluk erat isya.
"Kenapa sayang menangis ni?"risau ryan.
"Saya sedih...hikss..."teresak-esak isya.
"Shh...jangan menangis dah.. sayang cuba kawal perasaan tu,nanti sayang stress..dokter kan dah cakap sayang tak boleh stress²"pujuk ryan sambil mengusap lembut rambut isya.
"Sa--saya...dah cuba..hikss...tapi tak boleh"balas isya lalu memeluk rapat ryan.
Dia sudah tidak hiraukan orang disekeliling mereka yang memandang.
"Kalau macam tu, sayang tak payah masuk class la harini ye..saya risau tengok"kata ryan.
"Taknak...saya nak masuk class jugak..lagipun dah nak dekat final exam"balas isya.
"Nanti repeat la tahun depan ke.."kata ryan.
"Taknak..saya nak grad sekali dengan awak semua"kata isya lagi.
"Hmm..dah sayang cakap macam tu,saya tak halang.Kalau sayang nak pape ke,panggil je saya ea.."pesan ryan.
Isya mengangguk perlahan.
"Jom korang,masuk class"kata riduan.
Mereka pun bergerak berjalan pergi ke fakulti mereka.Dalam perjalanan itu,ryan tidak berhenti-henti memeluk pinggang isya.Sayang sangat².
__________________
Arsya yang masih duduk dihadapan televisyen, termenung sepi memandang lantai.
"Berapa lama lagi kau nak kejar ryan arsya?berapa lama lagi?dia pun dah bahagia dengan aira.Kau pulak? terkejar-kejar bayang-bayang sendiri.Cuba kau tengok,kawan-kawan kau pun dah bertunang,siap nak kahwin dah..kau pulak?masih alone macam ni...kejar orang yang tak pernah mencintai kau..kau bahagia ke hidup macam ni?porak perandakan hubungan orang..kau tak takut kalau suatu hari nanti,kau dapat balasan macam tu balik?tak takut.."bisik jiwanya sendiri.
Dia pun ingin bahagia, sapa kata dia tak mahu bahagia macam orang lain?dia pun nak bahagia bersama orang yang dia cintai..tapi orang yang dia cintai tu dah bahagia dengan orang lain.
Irfan yang turun kebawah mahu minum air kerana dahaga,terlihat televisyen terpasang di ruang tamu.Dia melihat arsya termenung seorang diri.
"Arsya.."panggil irfan sambil menyentuh bahu arsya.
Dia tersedar dari lamunan.
"Haa...ye..apa?"tanya arsya.
"Kenapa kau tak tidur lagi?dah pukul 5 pagi dah ni"kata irfan.
"Ohh...i tak terbiasa dengan keadaan baru macam ni..You know, the time is near malaysia now noon is not the night"jelas arsya lalu tersenyum pahit.
"Ouhh..boleh aku tanya,tadi kau termenung apa?"tanya irfan.
"Sit here,we talk"kata arsya.
Irfan pun mengambil tempat duduk di tepi arsya.
"You nak tahu i termenung apa?"kata arsya.
"Apa?"tanya irfan.
"I feel stupid, because running after someone I know is not mine"kata arsya lagi.
"I tahu i dah banyak buat dosa...i banyak buat macam-macam supaya dapat pisahkan mereka...i berdosa sangat..."tambah arsya lalu mengalir air mata.
Irfan menarik tubuh arsya dalam dakapannya.
"Aku tahu apa yang kau rasa,aku pun pernah rasa macam tu..tapi nak buat macam mana,dah memang ditakdirkan dia bukan jodoh kita kan?nak taknak kita kena redho.. walaupun pahit"kata irfan.
"Salah ke..i cuba berkorban demi dapatkan kebahagiaan i?i pun nak bahagia jugak"luah arsya sambil mengengam baju tshirt irfan.
"Tak salah..cuma cara kita tu yang tak betul"kata irfan lagi.
"I was disappointed with myself ... I was not used to it ..tskk.."kata arsya teresak-esak.
Tidak pernah dia meluahkan apa yang dia rasa kepada sesiapa,ini kali pertama dia meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya kepada seseorang yang baru sahaja dia kenal.
"Shh...Do not weep,all humans make mistakes ... nobody is perfect in this world.."pujuk irfan.
"Hikkss...hikkss..."
Dan pada ketika ini,arsya meluahkan segala yang terbuku yang terpendam dalam hatinya.Dia bukanya perempuan yang tidak baik,tapi cuma dia tersilap langkah.Dia terlampau obses mencintai seseorang sehingga dia lupa dirinya.
Share this novel