Selepas selang beberapa minggu...
Hari yang telah lama ditunggu sudah tiba. Ryan dan Aira menunggu diluar wad bersalin hingga doktor keluar. Ryan takut dan risau akan keadaan Aryana didalam. Doktor menyuruh Ryan keluar kerana mahu check bukaan laluan lagi. Dari pukul 2 pagi, bukaannya masih 3cm tidak terbuka lagi. Constraction yang dirasai oleh Aryana makin sakit apabila nurse telah masukkan ubat dalam tiub untuk percepatkan proses pembukaan.
Pintu wad dibuka, doktor yang merawat Aryana keluar dari bilik tersebut lalu pergi kearah Ryan.
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" Ryan bertanya, sambil didalam hati tidak berhenti berdoa agar segala urusan dipermudahkan.
Doktor itu senyum lalu berkata,
"Alhamdulillah, setelah saya check bukaannya nampaknya telah makin buka. Insyaallah kejap lagi isteri encik, akan bersalin"
Ryan menarik nafas lega.
"Alhamdulillah syukur, boleh tak doktor saya nak teman isteri saya waktu dia bersalin?" Ryan menyatakan hasratnya dengan berharap dapat menemani Aryana.
"Boleh, tapi encik tahan ke tengok darah? Sebab saya takut jadi kes yang sama suami pengsan ketika melihat isteri bersalin.. nanti kelam kabut jadi nak selamatkan siapa" jelas Doktor itu.
"Takpe, saya dah biasa. Saya jamin tak akan jadi apa-apa" balas Ryan.
"Kalau macam itu, encik boleh masuk teman" kata Doktor itu.
"Terima kasih Doktor"ucap Ryan.
Aira yang mendengar suara Ryan yang penuh keterujaan turut berasa gembira. Dia tersenyum pahit.
"Alangkah indahnya jika dia juga berada disamping ku ketika aku melahirkan Airyn..."bisik hati Aira.
Ryan memandang Aira lalu memeluknya.
"Sayang, saya dapat masuk!" Ryan yang teruja.
Aira tergelak kecil.
"Ya... Awak pergilah masuk, mesti Isya dahlama tunggu awak dekat dalam" Aira berkata sambil memeluk Ryan.
Ryan mengangguk.
"Nanti dah selesai, saya datang sini balik ok..."ujar Ryan lalu melepaskan pelukan.
"Okay"jawab Aira.
Langkah dibuka perlahan-lahan Ryan berjalan masuk ke dalam wad bersalin.
××××
Aryana mengengam kuat tangan Ryan apabila meneran kuat. Suara jeritan kuat keluar apabila doktor menyuruhnya teran lagi.
"Kuat lagi teran! Satu... Dua... Tiga... Push!"arah doktor itu.
Aryana meneran sekuat hatinya sehingga mukanya merah. Ryan ditepi tidak berhenti memberi sokongan kepada Aryana.
"Sayang boleh! Sayang kuat!" ujar Ryan.
"Erhmmmm!!!"
Akhirnya bayi keluar dengan sekali lagi terangan. Selepas tali pusat dipotong, Nurse terus menyambut bayi tersebut lalu membersihkan dan melakukan apa yang patut.
Manakala Aryana tidak menyedarkan diri setelah meneran kuat dan sempat melihat sekilas lalu anaknya. Ryan yang melihat isterinya tidak menyedarkan diri terus berasa cemas.
"Dok..."
Belum sempat Ryan bertanya, terdengar suara Nurse yang cemas memaklumkan.
"Dokter! Bayi tak bagi apa-apa respon dari tadi"ujar Nurse itu.
Ryan terkedu, namun cuba mengawal emosi agar berfikir positif. Insyaallah takde pape.
Doktor tadi terus bergegas pergi kearah Nurse tadi lalu check bayi tersebut. Namun, setelah pelbagai cara dilakukan bayi masih tidak memberi tindak balas.
Dia melihat reaksi wajah Doktor itu berubah. Dokter itu memanggilnya.
"Dokter... Ada apa?" Tanya Ryan.
Doktor itu menarik nafas panjang.
"Saya minta maaf... Anak encik tak dapat diselamatkan, saya harap encik redho dan ikhlaskan hati"jawab Doktor itu.
Air mata jantanya jatuh tatkala mendengar apa yang disampaikan oleh doktor tadi. Dia terduduk. Ya Allah...
××××
Aryana telah dipindahkan ke wad biasa. Aira menemani Aryana yang masih tidak menyedarkan diri. Manakala Ryan menguruskan jenazah anaknya.
"Saya harap awak kuat, Isya... "kata Aira sambil menggenggam erat tangan Aryana.
Dia sendiri tidak menyangka hal sebegini akan terjadi. Hatinya turut berasa sedih mendengar berita yang disampaikan oleh Ryan. Tetapi bak kata pepatah Melayu, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
"Ai... Ra"panggil Aryana perlahan yang baru sedar.
"Awak dah sedar"kata Aira.
"Mana anak saya, Aira? Saya nak tengok, mesti dia tunggu saya menyusukan dia" ujar Aryana.
Aira terkedu.
"Aira?"panggil Aryana.
Dia melihat perubahan air wajah Aira. Kenapa? Ada apa ke yang berlaku?
"Awak rehatlah dulu, Isya. Awak baru je sedar ni..."kata Aira lagi cuba mengalihkan perhatian Aryana.
Aryana mengengam tangan Aira.
"Aira... Terus terang kat saya apa yang jadi? Mana anak saya? Mana Ryan?"soal Aryana bertalu-talu.
"Saya harap awak kuat dan sabar..."kata Aira.
Dia tersentak lalu air matanya mula berkaca mendengarnya.
"Apa awak cakap ni? Saya tak faham"kata Aryana.
"Anak aw...awak dah tiada"jawab Aira yang tidak sampai hati.
Menitis air matanya. Dia cuba menghadam apa yang telah disampaikan, namun akal fikirannya menafikannya.
"Tak! Tak! Tak mungkin! Anak aku masih hidup!"kata Aryana seolah orang hilang akal.
Aira menangis melihat keadaan Aryana. Dia peluk kuat Aryana.
"Anak awak dah tak ada Isya... Tssk"Aira bersuara dalam tangisan.
Aryana menangis kuat dipangkuan Aira. Sungguh hatinya perit untuk menerima takdir, 9 bulan 10 hari dia mengandung akhirnya anaknya diambil begitu sahaja. Baru sahaja semalam dia merasa anaknya menendang didalam perut, namun sekarang anaknya telah pergi.
"Tskk... Macam mana saya nak terima Aira... Saya mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari Aira... Kenapa Allah ambil anak saya?"Aryana berkata dalam tangisan yang makin lebat.
Aira mengusap perlahan belakang Aryana sebagai tanda memberi semangat.
‘Anak syurga mommy, Aryssa. Tunggu mommy ..’
--------
Dont Forget To Vote And Comment...
Ps: i'm back. I'm so Sorry for late update???? insyallah takde apa² halangan saya akan teruskan menulis lagi :)
Share this novel