bab 8

Romance Completed 8836

2 bulan kemudian..

"hanis, esok saya ada flight"kata fitri

"okay, jaga diri"kataku. tiba-tiba, fitri menarik tanganku lalu duduk di atas katil

"awak, kalau saya tak ada nanti, awak akan sayang saya lagi kan? "katanya sambil memandang tepat pada anak mataku

"awak, kenapa cakap macam ni? saya tak suka lah"

"kenapa tak suka? setiap yang hidup, suatu hari nanti mesti akan pergi juga"

"awak ni, janganlah cakap macam tu"kataku lalu mengelap air mataku yang kini bertakung

"dah lah, jangan nangis, jom turun bawah, abang rizal dengan mama ada kat bawah tu"

"ye lah"

malam kini menjelang, aku bebaring di sebelahnya, entah mengapa, berat benar hatiku ingin melepaskannya, ku renung wajah fitri lama lalu akupun tertidur dengan sendirinya

keesokannya...

rizal P.O.V

entah mengapa, muka fitri nampak berbeza hari ini, mukanya nampak sedikit sedih, tidak seperti selalunya, kini, dia berubah, bukan seperti dulu

"abang rizal" panggil fitri

"ye"jawabku

"tolong jagakan hanis bila fitri tak ada nanti"

"kenapa cakap macam tu? "

"tak de pape, dah lah, fit pergi dulu, jaga hanis dan mama eh bang"

"ye, jaga diri"kataku lalu melambainya

3 jam baru sahaja berlalu, kini, aku, hanis dan mama sedang menonton televisyen, tiba-tiba, telefonku berbunyi, terpapar nombor telefon yang tidak ku kenali, akupun mengangkatnya dan terkejutnya aku kerana dia mengatakan bahawa kapal terbang yang dinaiki fitri kini terbabas

sebulan sudahpun berlalu, mayat fitri masih tidak dijumpai sehingga kini, hanis yang dulunya cerewet hanya mendiamkan diri, dia tidak seperti dulu, kini, dia lebih kerap berkurung di dalam bilik

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience