bab 15

Romance Completed 8836

"Alhamdulillah "kata rizal

15 minit kemudian, mama datang sambil membawa sedikit roti

"woi perempuan! kau buat apa kat sini? kau keluar sekarang" kata mama

"mama, mama, hanis dah-

"dah apa ha? aku tak nak dengar, kau keluar sekarang! "kata mama lalu menolakku dari kerusi

"mama! dia isteri rizal ma, jangan buat macam tu kat dia! "kata rizal, mahu sahaja dia berdiri namun tidak boleh

"kenapa rizal sokong sangat perempuan pembawa malang ni? rizal tau kan? sejak dia ada kat rumah tu, banyak benda tak baik berlaku! "kata mama tegas

"tapi mama jugak yang ambik dia dulu kan? "

"dah, tak payah nak gaduh kat sini, hanis boleh pergi" kataku lalu keluar dari wad tersebut

akupun balik kerumah mama sekejap untuk mengambil baju-bajuku, selesai mengambil baju, aku terus keluar dari rumah itu lalu pergi ke tempat asalku iaitu rumah anak yatim. sesampainya disana, aku terserempak dengan pengetua, aku datang dan memeluknya, ku ceritakan apa yang berlaku pada diriku, dia turut bersedih, kini, dia menyuruhku untuk tinggal di rumahnya, aku sangat bersyukur.

2 bulan kemudian,

rizal P.O.V

2 bulan sudah aku meninggalkan hanis, entah bagaimana keadaannya sekarang, sudahlah dia mengandung, diusir pula. aku dah carik dia, tapi tak jumpa, kuala lumpur ni besar, kini, mama didapati mempunyai penyakit strok, sudah sebulan dia begitu, selama sebulan juga dia mencari hanis, nak buat macam mana kan? dia strok akibat terkejut, dia terkejut kerana mengetahui bahawa hanis kini mengandung, lagipun, dia memang dah tua..

hanis P.O.V

entahlah kenapa, 2 bulan sudah umur bayi yang kukandung, tapi tiada sedikitpun perubahan pada perutku, yang aku pelik, dia tak sama dengan orang lain, ianya terasa sakit sangat, tiba-tiba, aku terasa pening dan pingsan, bila aku bukak je mata aku, aku sedang berada di hospital

aku terkejut kerana ternampak rizal yang kini duduk di sebelahku sambil memandangku sedih

"rizal"kataku

"hanis, ha? hanis, hanis dah bangun"

"kenapa hanis ada kat sini?"

"hanis, hanis ada kanser tahap 4 "katanya sayu

"kanser? kanser apa? "

"hanis ada kanser rahim"

"jadi-

"jadi selama ni hanis tak mengandung, yang hanis nampak tu sebenarnya adalah kanser, dan sekarang, dia dah merebak, hanis, hanis akan menghadapi kemoterapi kejap lagi, doktor kata memang tak boleh tunggu, kalau tak lagi cepat dia merebak"

tiba-tiba, doktor datang lalu memanggilku, sudah tiba masanya untuk aku menghadapi kemoterapi, akupun dibawa masuk ke dalam bilik kemo.

rizal P.O.V

sudah lebih kurang 2 jam aku menunggu, akhirnya, doktor pun keluar, segera aku pergi ke arah doktor itu

"doktor, isteri saya macam mana? dia selamat?

"maafkan saya encik, isteri encik tidak dapat kami selamatkan"

"kenapa? kenapa doktor? "kataku lalu terkeluar juga air mataku

"maafkan kami encik, ajal maut ditangan tuhan, kami hanya mampu untuk mencuba yang terbaik"

selesai segala urusan, akupun balik, tiba-tiba, aku terkejut kerana melihat mama kini sudahpun terjatuh dari katil, terlihat ubat-ubat mama yang kini jatuh bertaburan, segera aku rasakan denyutan nadinya, tiada, denyutan itu tiada, astaghfirullahalazim, besarnya dugaan yang Allah beri padaku

3 tahun sudahpun berlalu, kini, aku tinggal berseorangan, sunyi, tersangat sunyi, hanya bunyi burung sahaja yang menemani ku pada siang hari, tapi, aku tak pernah lupa untuk berdoa pada yang esa, aku tahu, dia yang maha kuasa, ajal, maut, jodoh, semuanya ditangannya, kini, hanya alfatihah yang mampu kuberikan pada hanis dan mama, setiap hujung minggu ku lawat kubur mereka dan menyedekahkan surah yasin untuk mereka, walau sesunyi mana pun aku, aku tetap bersyukur kerana aku tahu bahawa Allah sentiasa berada disisiku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience