bab 12

Romance Completed 8836

hari bertambah hari, kini, tibalah masa untuk aku dinikahi, majlis tak de lah besar mana, bukan sebab kekurangan duit atau apa, cuma aku tak nak bebankan mama, hari itu berlangsung dengan cepat, habis sahaja majlis itu, kami terus balik ke rumah, aku tak tahu macam mana sebenarnya perasaan aku sekarang ni, bahagia, sedih, gembira, takut, pelik, semuanya bercampur aduk

selepas sahaja makan malam, aku terus masuk ke dalam bilik untuk tidur, tapi kalini aku tidur kat bilik rizal sebab bilik dia besar sikit kalau nak dibandingkan dengan bilik aku, semua barang-barang aku sudahpun ku pindahkan 2 hari lalu. aku pun pelik,nak buat apa? nak tidur tapi mata tak ngantuk lagi, tengok insta kejaplah, akupun scroll ke bawah, tiada apa yang menarik

tiba-tiba, rizal masuk lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil, terkejut aku masatu, handphone aku pun entah tercampak kat mane dah, nasib baik jumpa kat bawah katil.
suasana amatlah sunyi, sehinggalah rizal ajak berborak

"seronok kahwin dengan abang? "

"entah lah"jawabku sambil bermain phone, memang tak boleh lepas betul dangan phome

"abang tau ,hanis belum boleh lupakan kejadian tu kan? "kata rizal manakala aku pula hanya mampu mengangguk

"jom lah tidur, dah ngantuk"kataku

"dah nak tidur dah ke? "tanya rizal

"ye lah, kenapa? "

"tak de pape"katanya lalu memelukku erat

"ape ni bang, tak selesa lah"

"kita kan dah sah menjadi suami isteri"

"memanglah tapi, hanis belum bersedia"

"ye lah"katanya sambil meleraikan pelukannya

beberapa minit kemudian, rizal pun tidur, kutatap wajahnya yang kacak itu

"maaf bang, hanis tak boleh jadi yang terbaik untuk abang, hanis minta maaf banyak-banyak, tapi tak pe, hanis akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang solehah dan taat pada abang, hanis cuba ye bang? "kataku dalam hati lalu menyentuh wajahnya lembut manakala air mataku tiba-tiba mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience