bab 10

Romance Completed 8836

keesokannya, kamipun berbincang, mama bersetuju untuk kahwinkan kami, katanya lagi cepat lagi elok, majlis kami akan berlangsung pada bulan depan, tapi mungkin tak semeriah masa aku dengan fitri dulu, kami hanya menjemput saudara-mara yang berdekatan je

"hanis, jom kita keluar"ajak rizal

"pergi mana? "

"adalah"

akupun mengikutnya, tak sangka pula dia bawa aku ke tasik, cantik pemandangan di situ, kamipun duduk di tepi tasik

"cantik eh tasik ni, abang selalu ke pergi sini? "tanyaku kepada rizal

"selalu jugak lah, kalau abang marah ke, abang sedih ke, abang selalu pergi sini"

"ouh, okay lah tu, kat sini tenang"

"hanis betul ke nak kahwin dengan abang? "tanya rizal menukar topik

"hanis pun tak pasti, hanis bukan tak nak kahwin dengan abang, tapi hanis masih tak boleh lupakan kejadian bulan lepas"kataku mengeluh

"tak pe, abang faham, abang pun macam hanis jugak, abang janji, abang akan cuba yang terbaik untuk hanis "

"terima kasih, abang, dah mendunglah, balik lah jom"

"jom"

sesampainya dirumah, aku terus masuk ke dalam bilikku lalu merebahkan badanku di atas katil

"betulkah keputusanku untuk berkahwin dengan rizal ni? "hanya ayat ini sahaja yang terlintas di dalam fikiran ku sejak semalam

"tak sure ke? "tanya rizal yang kini berada di bilik sebelah, uish, dengar ke dia?

"eh mane ada "jawabku pula

"ouh, okay"

"dah lah bang, bye, hanis nak mandi lepastu hanis nak tolong ibu siapkan makan malam"

"ye lah"

*sedang makan malam

meja itu terasa sepi, tiada orang yang mahu menyakatku dan tiada juga orang yang mahu mengacauku, ya, fitri, aku rindu dia sangat-sangat, dia adalah pelita rumah ini, tiada dia gelaplah semuanya, kerusi kosong di sebelahku itu ku tenung dari tadi manakala rizal dan mama pula hanya makan tanpa berkata apa-apa, aku rindu, aku rindu fitri, aku rindu penyeri rumah ini, aku rindu suasana yang bising dengan gelak tawa di rumah ini, ya, aku rindu semuanya, mengapa terlalu cepat kau pergi meninggalkan kami fitri? mengapa? alangkah peritnya rindu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience