bab 6

Romance Completed 8836

masuk waktu malam, kami pun makan bersama-sama seperti biasa

"hanis dengan fitri ni, rapat semacam, ada apa-apa ke? "tanya mama

"mana ada, kitorang rapat pun sebab belajar satu kolej"jawabku

"nak mama jodohkan? "tanya mama manakala aku pula tiba-tiba tersedak, aku baru 23 tahun kot, awal nye nak kahwin

"tak pe lah ma, lagipun kitorang baru 23 tahun kan? "kataku

"tulah, mama ni"sambung fitri manakala rizal hanya terdiam .tiba-tiba,rizal bangun dan meletakkan pinggan di sinki lalu terus masuk ke bilik.

"kenapa dia tu? "tanya mama

"entahlah ma, perangai dia makin pelik semenjak hanis ada kat sini, lagi-lagi bila jumpa hanis, perangai dia macam tak tentu pasal"kata fitri

"ouh ye, pasal perkahwinan korang ni, mama ingat nak buat 5 bulan dari sekarang,mama ingat nak buat sempena hari jadi fitri, so, siap-siap lah ye"

"ha?! ma, fitri pun belum kerja lagi ma, macam mana fitri nak tanggung hanis nanti? "kata fitri, ada betulnya juga

"esok pergi lah cari kerja, dah layak dah tu"kata mama pula manakala aku hanya mampu berdiam seribu bahasa

selesai berbincang, kamipun masuk tidur, lama juga lah berbincang,

fitri P.O.V

aku mengetuk pintu bilik rizal, nak tau juga kenapa dengan dia

"masuk"kata rizal yang khusyuk membaca buku, doktor lah katakan

"abang, 5 bulan lagi fit nak kahwin"

"ok lah tu"katanya ringkas tapi masih terdengar keluhan

"aku nak kau jujur, kau ada simpan perasaan ke kat hanis tu? "

"mana ada, mengarut lah kau ni dik, pergi tidur lah sana"kata rizal lalu menolakku keluar

"aku tau zal, kau tak boleh tipu aku" bisikku dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience