BAB 3

Romance Series 18023

Waktu sebelum balik dari sekolah,safira terserempak dengan faris ditangga.

"Fira"panggil faris.

Safira berpusing kebelakang.

"Ehh,faris"kata safira.

"Fira dah nak balik ke?"tanya faris.

"Haah.Ni pun,fira nak pergi hantar buku sains dekat cikgu rodziah kejap"kata safira sambil menunjuk buku sains ditanganya.

"Ouhh..kerja sains dah siap ke?ariana cakap,fira tak siap kerja sains tadi waktu dekat makmal?betul ke"tanya faris.

'Ishh!!ariana ni,tak simpan rahsia betul.Habislah aku'bisik hati safira.

Safira tersengeh kecil.

"Haah hehe.."kata safira.

"Faris dah berapa kali pesan dekat fira,jangan malas buat kerja sains.Fira buat jugak.Fira tak bolehlah malas macamni.."kata faris lalu silang tangan.

Faris merupakan ketua pengawas sekolah,sebab tulah dia tegas.Safira always jadi mangsa dengar bebelan faris.Bukan bebelan tapi nasihat.

"Ala faris ni..faris tahu kan,fira tak suka subjek sains.Bosan.Bosan.Bosan"alasan safira.

"Faris taktahu lagi nak cakap macam mana dengan fira ni.Fira bukan nak dengar cakap pun"kata faris.

"Kalau faris dapat tahu fira malas lagi nak buat kerja sains,faris bagitahu ummi.Biar ummi pulak,nasihat fira"sambung faris.

"Faris tak habis-habis nak ugut fira"cebik fira.

"Kalau tak,faris cakap kat ummi untuk bagi fira belajar dengan faris"kata faris lagi.

"Taknaklah belajar dengan faris.Faris suka membebel dekat fira"kata safira.

"Faris bebel dekat fira sebab faris sayang fira,bukanya marah"kata faris.

"Yelah-yelah"balas safira.

"Fira nak balik.Bye"kata safira yang mahu menggelak,lalu berlalu pergi dari situ.

"Bye"kata faris.

'Fira-fira.Fira tahu tak faris sayang fira,sebab tu faris selalu tegur fira bila fira buat salah.Bukanya faris sesaja nak marah fira'kata hati faris.

Faris terus berlalu pergi ke bilik guru.

• • • • • •

Hayyan mengambil fail yang tersusun didalam almari,lalu letak diatas meja.Dia menyelak setiap helaian kertas.Tetiba seseorang mengetuk pintu biliknya.

"Masuk"arah hayyan.

Alya masuk kedalam bilik hayyan.Lalu pergi kearah hayyan yang sedang duduk dikerusi.

"Encik hayyan,ini fail yang encik hayyan minta tadi dekat saya"kata alya lalu menghulurkan fail.

Hayyan mengambil fail dari tangan alya,lalu membuka fail tersebut.

"Ouh okey,thankyou.Awak boleh keluar"kata hayyan.

Alya pun keluar dari bilik hayyan.

Hayyan membaca isi satu persatu dalam kertas tersebut,sebelum menurunkan tandatangan.

Sedang membaca isi kertas tersebut,handfone dia berbunyi.Hayyan mengangkat panggilan.

"Hello mama.Ada apa mama call hayyan ni?"

"Hayyan ingatkan,harini mama dengan papa nak bawak hayyan pergi rumah kawan mama tu"

"Hayyan ingat la ma"

"Mama nak hayyan balik awal harini"

"Tapi ma,hayyan banyak kerja la dekat pejabat papa ni"

"Hayyan takpayah bagi alasan.Mama tahu,hayyan takde banyak kerja pun dekat pejabat papa.Ingat mama taktahu ke"

"Yelah-yelah.Hayyan balik awal"

"Goodboy.Jangan lupa"

"Ye,hayyan tak lupa"

Hayyan pun menutup panggilan.

"Mama ni,memang beria nak sangat aku kawin.Dah la paksa aku,suruh kawin dengan budak sekolah.Haih,macam dalam drama pulak"kata hayyan seorang diri.

"Tapi..takkan la budak tu tak halang kot,ummi dia nak kawinkan dia dengan aku?"kata hayyan lagi.

Hayyan malas fikir pasal hal itu,lalu terus menyambung membuat kerjanya.

• • • • • •

Sampai sahaja dirumah,safira terus masuk kedalam biliknya dengan membawa bag sekolah.Dia meletakan bag sekolahnya diatas kerusi,lalu membuka tudung sekolah yang tersarung dikepalanya.

Safira berbaring diatas katil,akibat kepenatan.

"Penatnya harini.."mengeluh safira lalu menutup mukanya dengan bantal peluk.

Safira yang kepenatan itu,terus terlelap diatas katil dengan baju sekolah yang masih tersarung pada tubuhnya.

Ummi yang membuka pintu bilik safira,mengeleng kepala apabila melihat safira yang tertidur itu.

"Bertuah betul anak dara sorang ni,balik sekolah terkam tidur..bukan nak mandi,tukar baju sekolah dulu"bebel ummi.

Ummi pun menutup semula pintu bilik safira lalu turun kebawah semula.

"Fira mana awak?"tanya baba.

"Ada dekat bilik dia tu,tengah tidur dengan tak mandi lagi tu"balas ummi lalu membubuh nasi didalam pinggan.

"Ish-ish!!Teruk benor anak dara ummi dengan baba tu"mengutuk farhan.

"Han takpayah nak mengutuk adik han tu,han pun 2 kali 5 je sama"kata baba.

"Manada han sama dengan adik.Han lagi bagus"bangga farhan.

"Tak payah puji dirilah han.Meluat ummi dengar"kata ummi.

"Sekali sekala ummi,puji diri"kata farhan.

"Dah-dah,tak payah puji diri lebih.Baik makan makanan tu,cakap je lebih"bebel ummi.

"Betul tu han,dengar cakap ummi tu"kata baba pula.

"Yela,han nak makan la ni"cebik farhan lalu menyuap nasi kedalam mulut.

Safira yang sedang tidur diatas katil bergoleng-goleng kiri kanan,akhirnya terjatuh dari katil.

BEDEBUK!!

"Aaaaa....aduhhhh!!!"mengadu safira sambil mengosok punggungnya yang sakit itu.

Safira bangun dari terlentang dilantai.

"Sakitnya punggung aku..Aku mimpi apalah tadi,sampai jatuh katil ni"kata safira lalu keluar dari bilik.

Safira turun kebawah.Dia menuju kearah ummi,baba dan abangnya yang sedang makan dimeja.

"Ummi,baba,abang.."sapa safira dari belakang.

Mereka semua yang sedang makan,tersentap lalu memandang arah safira.

"Ya allah"terkejut ummi.

"Uhuk!!Uhuk!!"tersedak abang.

"Fira buat terkejut ummi je"kata ummi.

"Sorry ummi"kata safira lalu duduk.

Safira mengambil nasi lalu membubuh lauk didalam pingganya.Baru nak pegang nasi,ummi tegur.

"Jangan makan"halang ummi.

"Fira nak makan pun,ummi tak bagi"kata safira.

"Fira tengok muka fira dekat cermin.Penuh air liur basi,dengan rambut berserabai.Pergi basuh muka sana dulu"arah ummi.

Safira memegang mukanya,dia terasa macam ada air liur dimukanya.

"Hehee..."sengeh safira lalu bangun dari duduk.

Safira pergi kebilik air lalu membasuh mukanya.

"Terkejut han tadi,ingat orang utan mana tadi sesat"kata farhan.

"Han..tak baik cakap adik macam tu"tegur baba.

"Betul la,apa yang han cakap.Adik dah macam orang..."kata farhan.

"Auwww!!auwww!!"menjerit farhan.

Safira menarik telingga abangnya.

"Abang,cakap fira apa..."kata safira yang masih menarik telingga abangnya.

"Auww!!manada abang cakap apa-apa"kata farhan.

"Abang takpayah tipu.Fira dengar abang cakap fira macam orang utan kan!!"kata safira.

"Fira....tak elok buat abang macamtu"tegur ummi.

"Biarla ummi.Sapa suruh dia cakap fira macamtu"kata safira.

"Dah la fira.Meh,duduk sini makan"kata baba.

Safira melepaskan telingga abang.

"Yelah baba"kata safira

Safira duduk dikerusi sebelah baba.

"Sakit telingga han"mengadu farhan sambil mengosok telingganya.

"Padan muka!!mengata sangat orang"kata safira lalu jelir lidah.

"Dah-dah.Makan"tegur ummi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience