BAB 8

Romance Series 18023

Safira yang sudah tertidur dibilik tetamu akibat merajuk dengan perbuatan Hayyan. Hayyan melihat Safira yang lena tidur.

"I'm sorry..."

Dia mengangkat tubuh Safira membawa masuk ke dalam biliknya semula. Dia membaringkan tubuh itu diatas katil.

"Tidurlah dengan tenang, aku janji tak kacau kau"

Hayyan mengusap lembut rambut Safira, lalu mengucup dahi. Dia bangun semula dari duduk lalu mengambil tempat di sofa kecil bilik Safira yang dijadikan tempat tidurnya pada malam ini. Sudah pasti keesokkan harinya dia akan sakit badan tapi demi si dia dia sanggup mengalah.

××××

Safira tersedar dek bunyi jam loceng yang kuat berbunyi, dia membuka mata perlahan-lahan lalu mencapai jam loceng di tepi meja. 6: 20 am.

Dia bangun dari baring lalu dia tersedar ada sekujur tubuh yang sedang lena tidur diatas sofa biliknya. Otaknya ligat mentafsir apa yang berlaku semalam. Hatinya mula terbit rasa serba salah.

‘Dia suami kau, Safira! Dia berhak atas kau! Ingat Safira pesan mama, tak bau syurga seorang isteri yang derhaka terhadap suaminya..’desis Safira dalam hati.

Dia mendekati Hayyan yang tidur di sofa lalu mengerakkan perlahan bahunya. Hayyan tersedar dari tidur apabila merasa seseorang mengerakkanya. Dia memandang Safira yang berdiri dihadapannya sambil memandang tepat wajahnya.

"Ka... Kau ada nak apa-apa ke?" Tanya Hayyan yang bangun dari sofa.

"Erm... Dah subuh, jomlah solat sama-sama"kata Safira.

"Oh... Okey" balas sepatah Hayyan.

Dia terus bergerak ke bilik air. Safira melihat dari belakang Hayyan. Dia mengeluh perlahan.

"Hmm... Dia marah lagi ke?" Gumam Safira.

Setelah selesai mengambil wuduk, mereka bersedia untuk menunaikan solat subuh bersama dan pertama kalinya seorang lelaki bergelar suami menjadi imam solatnya Safira.

Habis sahaja membaca doa, Safira datang dekat menghampiri Hayyan untuk menyalam tanganya. Hayyan tersenyum tanpa disedarinya apabila melihat Safira menyalam tanganya. Air mata Safira menitis diatas telapak tangannya secara tiba-tiba dan mendengar perlahan tangisan.

"Safira... Kau kenapa ni?" Risau Hayyan.

"Sskk.. Awak... Saya minta maaf.. Tskk... Saya tahu saya bersalah sebab tampar awak.. maafkan saya.."luah Safira.

Hayyan menarik Safira jatuh kedalam pelukannya. Dia mengusap belakang badanya perlahan untuk memujuk.

"Tak.. tak.. kau tak salah, aku yang salah sebab melampau.. jangan menangis..."pujuk Hayyan.

"Mana ada... Sskk... Awak berhak atas saya... Saya yang melampau .. Tskk.."kata Safira lagi.

"Ya, memang aku berhak atas kau.. tapi aku tak sepatutnya buat kau macamtu, aku sepatutnya minta izin kau dulu sebelum buat apa-apa... Maafkan aku, Safira... Aku janji aku tak akan buat macamtu lagi.. jangan nangis dah, tak comel isteri aku ni nangis.. huduh"balas Hayyan sempat menyakat.

Safira mengetuk dada Hayyan.

"Mana ada, saya comel la..."kata Safira cemberut masam.

"Haha... Taklah aku tahu isteri aku ni comel lagikan cantik.. aku gurau je" kata Hayyan.

"Hmm..."

"Berapa lama kau nak peluk aku ni budak? Aku tak kesah kau nak peluk aku lama mana pun, tapi aku takut benda lain bangun nanya kau nanti.. pagi-pagi sejuk ni.." kata Hayyan lagi sambil tersenyum gatal.

Safira terus menolak Hayyan lalu bangun meninggalkan dia. Sakit perut Hayyan melihat reaksi gelabah Safira.

Pintu bilik dibuka lalu ditutup semula.

"Safira... Safira... Kau ni comellah, kenapalah tak dari awal aku jumpa kau... Mesti kita dah jatuh cinta" gumam Hayyan.

Nada dering telefon pintar berbunyi menandakan panggilan masuk. Hayyan lantas bangun lalu mencapai telefon pintar miliknya diatas meja sisi katil. Nama pemanggil terpapar jelas di skrin telefon.

My Baby Boo??

Panggilan diangkat lalu diletakkan di telinga.

"Hai biy..."

"Hm... Nak apa?"

"You okey tak ni? I dengar macam you takde mood je nak cakap dengan i. I ada buat salah ke biy?"

"I okey, just a little bit tired.."

"Laa yeke, sorry ... i kacau you... Kalau macamtu you rest la , i call sebab risau kat you... Semalaman you langsung tak chat and call i, i risau tau"

"Sayang jangan risau ok, i semalam buzy banyak kerja kena settle kat pejabat ... You tak salah pun, i'm so sorry sayang sebab buat you risau"

"It'sokey b, asalkan you baik-baik saja i dah senang. You rehatla, i nak siap kejap lepastu nak bertolak balik kampung dengan keyra"

"Balik kampung? Why i tak tahu apa-apa pasal ni"

"I balik mengejut je ni kampung, sebab ada hal emergency... Tak sempat nak inform kat you, ni baru nak bagitahu"

"Ouh... Takpelah, nanti i call you balik. You pergilah siap"

"Ok b, bye.. love you"

"Love you too"

Panggilan ditamatkan.

Iris Melissa? Kekasih kesayangan Hayyan merangkap cinta pertamanya. Namun cinta mereka terhalang apabila orang tua Hayyan ingin menyatukan dirinya bersama orang lain iaitu Safira. Walau bagaimanapun adakah cinta baru mampu memadam cinta lama yang telah lama menetap dihati si dia? Sampai bila Hayyan mampu menyorok statusnya sebagai suami Safira? Sulit untuk memilih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience