BAB 5

Romance Series 18027

Safira membetulkan tudung sekolahnya yang bengkok sedikit dihadapan cermin.Tetiba,suara abangnya kedengaran diluar bilik.

"Adik!!ummi suruh turun makan"panggil abang.

Safira yang baru lepas membetulkan tudung,terus memandang arah pintu.

"Ye!!ye!!kejap lagi adik turun!!"laung safira.

Safira mengambil bag sekolahnya diatas meja,dan juga buku teks.Lalu keluar dari bilik.

Sampai diruang tamu,safira meletakan bag diatas sofa lalu beredar pergi ke meja makan.

"Morning ummi!!baba!!"tegur safira ceria.

Safira mengambil tempat disebelah baba.

"Morning"balas ummi dan baba.

Safira mengambil sekeping roti gardenia lalu menyapu nutella,sebelum memasukkan kedalam mulutnya.

Ummi menuangkan,air milo didalam cawan lalu memberikan kepada safira.

"Nah fira"kata ummi sambil menghulurkan cawan air.

"Thanks ummi"kata safira lalu mengambil cawan air dan minum.

Selepas sahaja selesai breakfast bersama ummi dan baba,safira meminta diri untuk pergi ke sekolah.

"Ummi,baba..fira pergi sekolah dulu"pinta safira lalu menyalam tangan ummi dan baba.

"Belajar elok-elok.Jangan kuat main je"pesan ummi.

"Ye..fira tahu la ummi.Fira dah besar,bukanya budak kecik lagi"kata safira.

Safira menyarung kasut sekolah lalu mengikat tali kasut.Selepas itu,pergi ke kereta farhan.

"Abang,jom!!"panggil safira.

"Ye!!"balas abang.

Safira dan farhan,masuk kedalam kereta.Farhan memandu kereta,menuju sekolah safira.

"Harini,adik balik sekolah pukul berapa?"tanya abang sambil memandu.

"Pukul 3"balas safira.

"Kenapa balik lambat harini?"tanya abang lagi.

"Ada kelas addmath harini,tu yang balik lambat"kata safira.

"Ouhh"

Akhirnya mereka sampai dihadapan sekolah.Safira turun dari kereta.

"Abang jangan lupa,adik balik pukul 3"pesan safira.

"Ye,abang tahu"balas abang.

"Alah,abang selalu cakap macamtu,last sekali lupa nak ambik adik jugak.Haritu pun,abang lupa ambik adik jugakkan"bebel safira.

"Ye-ye.Kali ni,abang tak lupa.Dah-dah,pergi masuk"kata abang.

"Yelah..bye abang"kata safira lalu menutup pintu kereta.

Safira berjalan,memasuki pintu pagar sekolah.Dia melihat faris dan pengawas lain menjaga dihadapan pintu pagar sekolah.

Faris yang perasan,kehadiran safira.Terus memanggilnya.

"Fira!!"tegur faris.

Safira memandang faris yang melambai tangan arahnya.

"Ye!!"sahut safira.

Safira pergi kearah faris.

"Baru datang?"tanya faris.

"Haah"balas pendek safira.

"Fira masuk kelas dulu,nanti lambat pulak"kata safira.

"Ouhh okey.Bye!!nanti jumpa"kata faris.

"Okey!!"balas safira.

Safira berjalan laju,menuju ke kelasnya.Sampai dihadapan kelas,safira terus masuk dan duduk ditempatnya.

Ariana yang melihat safira yang baru sampai,terus tegur.

"Lambat kau harini"tegur ariana.

Safira memandang ariana disebelahnya.

"Yelah lambat.Aku membebel dekat abang aku 3 minit"kata safira.

"Ish-ish!!"kata ariana.

Cikgu Sanariah pun masuk kedalam kelas,dengan membawa buku bahasa melayu tingkatan 4.

Semua pelajar bangun,lalu memberi salam.Selepas memberi salam,mereka semua duduk.

"Harini,berapa orang takdatang?"tanya cikgu sanariah.

"30/31 cikgu"kata ariana.

"Sapa tak datang?"tanya cikgu sanariah lagi.

"Qaisara cikgu.Dia tak sihat,kena demam panas"jelas ariana.

"Ooo,okey.Semua keluarkan buku karangan"arah cikgu sanariah.

• • • • • •

Hayyan yang sedang makan breakfast,terhenti apabila mama menegurnya.

"Hayyan tak masuk pejabat harini?"tanya mama lalu duduk.

Hayyan memandang mamanya.

"Tak kot.Hayyan nak rehat harini"kata hayyan sambil menyuapkan bihun goreng didalam mulutnya.

"Ouhh,baguslah macamtu.Boleh la harini hayyan ikut mama pergi butik"kata mama.

"Buat apa?"tanya hayyan.

"Aduh,hayyan ni.Nak pergi cari baju kawin hayyan dengan fira la"kata mama.

"Ouhh..dia pun pergi sekali ke?"tanya hayyan lagi.

"Yelah,lepastu sapa yang nak pakai baju kawin.Takkan la mama pulak yang nak pakai baju kawinya"kata mama.

Hayyan ketawa kecil.

"Mana tahu,mama nak naik pelamin lagi sekali ke..Hahaa"gelak hayyan.

"Bertuah punya budak.Mama dah tua,takde makna nak naik pelamin lagi sekali.Bagi hayyan dengan fira pulak"kata mama.

"Hahaha"ketawa hayyan,geli hati.

Selepas habis breakfast,hayyan naik ke bilik lalu mengambil handfonenya.Dia mengcall seseorang.

"Hello encik hayyan,ada apa?"

"Harini,saya tak masuk pejabat.So,kalau ada orang nak jumpa saya ke apa..cakap saya takde okey"

"Ouhh..okey encik hayyan.Ada apa-apa lagi pesanan?"

"Lagi satu,esok saya nak semua fail yang berkaitan dengan projek-projek dekat johor"

"Okey encik hayyan.Esok saya letak dekat meja encik"

"Okey,itu je"

Hayyan pun menutup panggilan.

Hayyan membuka aplikasi whatsapp didalam handfonenya.Dia melihat pelbagai mesej masuk.Dia scroll melihat mesej-mesej yang dihantar.Sedang dia scroll mesej,tetiba masuk mesej baru dari seseorang.

Farisya:
Hai hayyan.
You free tak?Jom keluar

"Nak apa pulak,dia ni?takde kerja ke,duk mesej aku pagi,siang,malam"kata hayyan seorang diri.

Hayyan:
I buzy.Sorry.

Farisya:
Ala..you ni,selalu buzy..
Jom la keluar..
I dah lama tak keluar dengan you..

Hayyan meninggalkan bluetick sahaja pada mesej farisya.

"Orang taknak,duk paksa.Semak betul"bebel hayyan lalu mencampak handfone diatas katil.

Pintu bilik hayyan,dibuka.Hayyan memandang arah pintu.

"Mama.."kata hayyan.

"Petang nanti,pukul 4 hayyan siap.Kita pergi cari baju kawin"pesan mama.

"Kenapa pukul 4?pukul 3 ke tak boleh ke?Lepas zohor"tanya hayyan.

"Tak boleh,sebab fira ada kelas addmath balik pukul 3 ummi dia kata"kata mama.

"Ouhh,lupa pulak dia budak sekolah hihi.."kata hayyan.

Mama pun menutup pintu bilik hayyan.Hayyan berbaring diatas katil.

"Lupa pulak,semalam aku nak mintak no fon dia"gumam hayyan.

"Nanti aku mintak la"gumam hayyan lagi.

Hayyan duduk berelex-relax diatas katil,memandangkan hari ini dia tidak masuk pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience