BAB 7

Romance Series 18046

Dengan sekali lafaz sahaja, Safira Umairah sah menjadi isteri kepada Hayyan Rafael. Dia memandang wajah Safira yang manis ayu tertunduk malu dihadapannya.

"Oi budak, bak tangan kau" kata Hayyan perlahan.

Safira menjeling tajam Hayyan. Ceh! Baru nak acah-acah malu gitu. Spoil! Dia menghulurkan tangan kepada Hayyan. Hayyan menyarungkan cincin di jari manisnya. Kelihatan cantik cincin permata yang disarung dijarinya sebentar tadi.

Juru kamera yang sedang menangkap gambar mereka berdua mengarahkan mereka agar kelihatan lebih mesra. Mana taknya dedua duduk jarak 1 meter antara satu sama lain, nampak sangat macam tak rela.

"Rapat lagi pengantin perempuan dengan pengantin lelaki" arahan juru kamera.

Dengan mukanya yang tidak rela itu, dia merapatkan jurang antara dia dengan Hayyan.

"Okey cun! Pengantin lelaki cium dahi pengantin perempuan, pengantin perempuan cium tangan pengantin lelaki" arahan juru kamera lagi.

Safira dah tercegang. Halamak! Nak bercium pulak.

"Cepatlah cium tangan aku, bukanya dia suruh cium aku pun" kata Hayyan selamba.

"Eleh, memang la... Tapi, aku tak ‘SUKA’" balas Safira sambil menekankan perkataan itu.

Juru kamera menangkap gambar mereka dengan profesional. Safira dah naik bosan dari tadi diarah untuk berbuat pelbagai gaya bersama Hayyan.

Keluhan berat dilepaskan.

"Belajar pun penat, kahwin pun penat! Uhh..." Mengeluh Safira sambil bermain cincin dijarinya.

"Ikan buntal macam kau, makan je tak penat" menyampuk Hayyan dari belakang.

"Sibuk je, suka hati aku la. And... Sesuka hati kau je erk, panggil aku ikan buntal!" geram Safira.

"Apa? Betul apa. Tengok pipi kau yang tembam tu. Sama kan macam ikan buntal" kata Hayyan sengaja mengapikan.

Dalam hatinya sudah bantai gelak melihat kemerahan wajah Safira menahan marah.

"Mana ada! Pipi aku kurus!" kata Safira menafikan.

"Tengok pun, dah terbukti pipi kau tembam"kata Hayyan bangga.

"Apa? Mananya bukti?" kata Safira mengecilkan matanya.

"Buktinya, aku geram nak cubit pipi kau" balas Hayyan.

Hayyan mencubit pipi Safira. Akhirnya dapat juga dia sentuh pipi gebu gadis dihadapannya.

"Ish! Apa ni cubit-cubit pipi orang!" marah Safira sambil menepis tangan Hayyan.

Hayyan menahan gelak melihat Safira marah. Amboi dua burung sejoli ni, nanti ada yang jatuh hati kang. Hehe.

"Amboi... Dua burung sejoli ni, bergurau senda" tegur Mama Hayyan.

"Mama! Tengok Hayyan, kacau fira" kata Safira sambil mencebik bibir.

Hayyan mengajuk kata-kata Safira. Safira menjeling tajam Hayyan. Urgh!

"Hayyan..." tegur Mama.

"Ala ma... Hayyan saja je, yelah... Kahwin dengan budak kan, terikut-ikut pulak" perli Hayyan sambil memandang Safira.

"Ish... Hayyan ni, buat perangai elok sikit. Kamu tu dah besar" kata mama

"Yelah... Yelah..." Mengalah Hayyan.

Takpe, kau tunggu aku kenakan kau malam ni. Idea nakal muncul di akal fikiran nya.

××××

Safira melangkah masuk kedalam bilik. Dia melihat Hayyan yang terbaring di atas katil sambil bermain telefon pintar. Mesej dengan siapa la tu, ketat semacam je muka.

"Ehem!"

Hayyan tersentak apabila mendengar suara seseorang. Dia mengangkat kepala dan melihat Safira berdiri dihujung katil sambil berpeluk tubuh memandangnya.

"Muncul dah ikan buntal rupanya" kata Hayyan.

Dia merenung tajam ke dalam anak mata Hayyan.

"Nama saya Safira Umairah la! Bukan ikan buntal!"marah Safira.

"Yelah, aku saja je. Sorry erk ikan bun-- eh, safira. Silap pulak" sengaja Hayyan.

"Uhh... Whatever!"balas Safira.

Dia malas mahu melayan kerenah Hayyan yang sengaja menyakitkan hatinya. Dia bergerak pergi ke hadapan cermin, mahu menanggalkan tudung. Perbuatannya terhenti apabila dia baru teringat Hayyan masih ada didalam bilik.

"Ehem! Excuse me, can you go out from my room?"kata Safira sambil memandang Hayyan.

"Why?" Soal Hayyan yang sedang duduk dihujung katil.

"Saya nak mandi, so... Sila keluar" jelas Safira.

"Nak mandi, mandi jelah" kata Hayyan.

"Saya tak selesa awak ada, sebab... Lelaki macam awak merbahaya..." Kata Safira perlahan apabila menuturkan kata-kata dihujung.

"Apa kau cakap tadi?" Tanya Hayyan yang tidak berapa dengar apa yang Safira tuturkan dihujung ayat.

"Err... Tak ada apa-apa" bohong Safira.

"Yeker?" tanya Hayyan lagi yang was-was dengan Safira.

Dia menghampiri Safira setapak demi setapak. Safira sudah terundur ke belakang sehingga rapat bersentuh dengan meja solek.

"Err... Betul!"balas Safira yang semakin cuak.

Hayyan mengalihkan pandangan Safira agar memandang matanya. Terbuntang luas mata Safira apabila wajah Hayyan dekat dengan wajahnya.

"Bukan kau cakap... Aku lelaki... merbahaya?"kata Hayyan sambil tersenyum sinis.

Dia berlagak seperti biasa biarpun jantungnya mahu sahaja meletup dalam keadaan begini.

"Ehh... Tak! Mana ada! Ak... Aku tak ada cakap pun!"kata Safira menafikan.

Safira menolak tubuh Hayyan sehingga terundur ke belakang. Rasa macam nak terkeluar jantung. Huhu.

"Okey, aku percaya" balas Hayyan.

Dia lega apabila Hayyan berkata demikian. Fuh!

"But..."tambahan Hayyan lagi.

"Apa?"tanya Safira.

"Aku takkan keluar dari bilik ni" kata Hayyan.

"Apa pulak, keluarlah..."merungut Safira.

"No, when i Said no... It's means no"kata Hayyan tegas.

"Dah halal dah pun, tak payah nak malu-malu badak sumbu dengan aku"  kata Hayyan selamba.

"Huh" merengus kecil Safira.

Dia mengambil kain tuala lalu masuk kedalam bilik air sambil menghentak kaki. Hayyan mengerling sekilas memandang Safira dari belakang tubuhnya.

"Macam-macam perangai ikan buntal ni, Safira... Safira..."gumam Hayyan lalu menggeleng kepala memikirkan.

Selepas 10 minit kemudian, Safira keluar dari bilik air sambil kepalanya ditutup dengan kain tuala. Dia menjeling Hayyan yang melihatnya.

Dia melabuhkan punggung di atas katil selepas mengambil telefon pintar miliknya. Dia melihat bertimbun mesej masuk dengan panggilan tidak berjawab dari Ariana dan Faris.

"Hah! Mesej pakwe!"terjah Hayyan dari belakang.

Luruh jantung Safira apabila Hayyan berbuat demikian.

"Ish! Buat terkejut orang lah! Nasib takde sakit jantung!" geram Safira lalu mengurut dada.

"Sorry..."kata Hayyan.

"Kau mesej siapa tu?"tanya Hayyan sambil mengintai skrin telefon Safira.Dia menyorokkan telefon pintar dari dilihat oleh Hayyan.

"Sibuk je. Takde siapa la"kata Safira.

"Tipu, aku nampak nama Faris tadi. Pakwe lah tu"kata Hayyan.

"Mana ada! Takde masa nak ber pakwe"kata Safira lagi.

"Bersuami, Ada masa?"mengusik Hayyan.

"Uhh... Terpaksa k... Terpaksa!"geram Safira.

Tetiba Hayyan menarik kain tuala yang menutup kepalanya. Terserlah rambutnya yang panjang paras bawah bahu di hadapan Hayyan.

"Apa ni! Tarik tuala orang! Bak balik!"marah Safira lalu cuba merampas semula.

Hayyan mengangkat tinggi tangannya yang memegang kain tuala ke langit dengan tinggi.

"No! Biarlah aku tengok rambut kau yang cantik tu, bukanya dosa pun"kata Hayyan.

"Argh! Saya tak kesah! Bak balik!"kata Safira.

Tanpa dia sedari, dia sudah sampai duduk diatas Hayyan. Struggle punya pasal, dah tak sedar hehe..

Krek~

Pintu bilik dibuka, mereka berdua serentak memandang ke arah pintu. Yang lagi memalukan apabila orang yang membuka pintu bilik itu ialah Abang Safira.

"Ops! Salah time!"kata Abang Safira lalu menutup semula pintu.

Safira bagai tersedar dari mimpi, baru menyedari keadaannya dengan Hayyan sekarang. Dia cepat-cepat bangun dari atas Hayyan.

"Semua salah awak!"geram Safira.

"Apa? Aku takde buat apa-apa pun"kata Hayyan tanpa rasa bersalah.

"Kenapa awak tak bagitau saya, yang saya duduk atas awak haa!"kata Safira.

"Manalah aku tahu, aku ingat kau nak ajak aku bu---"kata Hayyan separuh.

Mulut Hayyan ditutup dengan tapak tangan Safira.

"Jangan sebut! Geli tahu tak. Takde masa saya nak buat macam tu! Saya budak SEKOLAH! Dan, awak pun tak boleh sentuh saya, Ingat tu"amaran Safira.

Tanpa amaran, Hayyan terus menarik tangan Safira yang menutup mulutnya kebawah lalu mencium bibirnya sepintas lalu.

Wajah Safira sudah merah padam, diselubungi perasaan malu dan marah. Namun, rasa marah lebih dari malu. You cheap my first kiss! Huwarghh!

"HOW DARE YOU!"marah Safira.

Pang!

Sebuah penampar hinggap di pipi Hayyan. Hayyan terkesima dengan tindakan Safira.

"I HATE YOU! HAYYAN RAFAEL!"jerit Safira.

Dia berlari keluar dari bilik dengan berlinang air mata. Aku tak tahu mana datangnya air mata ni. Kenapa aku menangis?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience