BAB 2

Romance Series 18046

Safira menarik sedikit baju sekolah keatas,lalu duduk dibangku.Safira pusing ke belakang lalu mengambil buku teks,dan aktiviti sains lalu letak diatas meja.

Safira mengeluh kecil,lalu mengerling ariana yang berada disebelahnya.

"Wehh,kalau aku taknak masuk waktu sains boleh tak?"bodek safira.

"Takde"kata ariana.

"Ala..bolehla.Kau cakap la dekat cikgu,aku tak sihat.."pujuk safira sambil buat muka comel.

"Kau nak,kau cakapla sendiri"kata ariana.

"Bukan teruk sangat pun sains,yang kau sampai taknak masuk tu..chill la"kata ariana lagi sambil menepuk bahu safira.

"Kau senang la cakap.Kau minat sains.Aku tak minat do sains,bosan.Aku mengantuk gile dengar cikgu bercakap,rasa macam orang ulik aku tidur"kata safira lalu menongkat dagu.

"Patut arr kerja sekolah sains kau asyik tak siap je.Aku syak,mesti kau tertidur kan time buat kerja sains kan?"teka ariana lalu menjongket kening.

Safira mengaru kepalanya yang berlapik dengan tudung sekolah,lalu tersengeh macam kerang busuk.

"Hehehe.."sengeh safira.

Ariana mengeleng kepala,melihat perangai kawanya.Nak kata tak pandai,pandai je.

"Dah,jom pergi makmal biologi"ajak ariana yang bangun dari bangku.

"Malas lah"mengadu safira.

Ariana menarik tangan safira supaya bangun.

"Jom la...tak payah nak malas-malas sangat.Aku report dekat faris kang baru tahu"ugut ariana.

Ariana pun terus bangun dari bangku lalu mengambil buku-buku sainsnya.

"Yelah-yelah.Sikit-sikit nak mengadu"kata safira.

Ariana tergelak kecil.

"Tahu takut,aku report dekat faris.Sayang sangat dekat crush tu.."perli ariana.

Safira memandang tajam ariana.

"Bukan sayang okey.Aku malas nak dengar dia membebel,kau tahu tak.Dia membebel,boleh buat telingga aku berdarah tahu tak"bebel safira sambil berjalan bersama ariana.

"Orang bebel tu,sebab sayang katakan.Untungla kau,si faris tu suka kau.Dah la handsome,pandai pulak tu.Ramai tau orang jeles dengan kau"kata ariana pula.

"Nak jeles apa pulak?aku bukanya ada apa-apa pun dengan si faris tu"kata safira.

"Jeleslah,sebab faris layan kau sorang je.Budak perempuan lain,semua faris tak layan.Tapi bila kau,faris layan je kau"kata ariana.

"Ala..biasa la tu.Tu pun nak jeles ke"balas safira.

"Kau ni memang hati batu ke apa?takkan la kau tak perasan kot,yang faris tu suka kat kau.."bebel ariana.

"Hello!aku bukan hati batu okey.Aku cuma taknak buang masa aku dengan melayan hal remeh temeh macam tu.Lagipun,belum tentu lagi dia jodoh aku..so,buat apa aku nak buang masa layan cinta yang tak berfaedah macamtu"tazkirah safira panjang lebar.

"Iyelah ustazah safira umairah.Kau menang"mengalah ariana.

"Well,tengoklah.Ni safira umairah okey,takde istilah cinta dalam hati"kata safira bangga.

"Eleh,takde istilah cintalah konon.Semua orang pasti akan merasa perasaan cinta lah dalam diri"kata ariana.

Safira tidak membalas,lalu terus masuk kedalam makmal biologi.Dan berdiri ditempatnya.

"Selamat pagi cikgu"kata semua pelajar didalam makmal biologi.

"Selamat pagi semua.Boleh duduk"kata cikgu rodziah yang merupakan cikgu subjek sains.

Semua pelajar duduk ditempat masing-masing,lalu membuka buku aktiviti.

"Haritu cikgu suruh kamu semua buat homework muka surat berapa?"tanya cikgu rodziah.

"Muka surat 32 sampai 35 cikgu!!"kata ariana lantang.

"Ouhh okey.Semua buka muka surat 32.Cikgu nak check homework yang cikgu suruh kamu buat haritu"kata cikgu rodziah tegas.

Safira yang mendengar cikgu berkata sebegitu,terus 9 kabut.

"Wehh,muka surat berapa cikgu suruh buat haritu?"tanya safira kelam kabut sambil menyelak muka surat.

"32 sampai 35.Kau dah siap ke belum?"kata ariana.

Safira membuka muka surat 32 sampai 35.

"Mampus!!aku tak siap lagi!!"kata safira.

Ariana mengeleng kepala.

"Itulah kau,time cikgu suruh buat kerja.Kau ambik remeh temeh je,sekarang baru gelabah nak buat"kata ariana.

Safira kelam kabut menulis jawapan.

"Ishh..dah lah,aku nak buat kerja ni"kata safira.

Akhirnya,cikgu rodziah sampai dimeja tempat ariana dan safira.

"Dah siap?"tanya cikgu rodziah pada ariana.

"Dah,cikgu"kata ariana sambil senyum.

Cikgu rodziah melihat kerja sekolah dalam buku ariana.

"Bagus"puji cikgu rodziah.

Cikgu rodziah pergi ke safira pula.

Safira yang tengah menulis jawapan,terkejut apabila cikgu rodziah menegurnya.

"Dah siap kerja sekolah safira?"tanya cikgu rodziah tegas.

Cikgu rodziah dah tahu sangat dengan perangai safira,yang selalu tidak siap kerja sekolah.

"Errr..belum cikgu"kata safira kecil.

Cikgu rodziah mengeleng kepala.

"Kamu asyik tak siap kerja sekolah je safira.Kamu ni pelajar pandai,tapi kenapa kerja sekolah yang saya bagi tak pernah siap?Saya tahu,kamu tak suka subjek sains.Tapi sekurangnya,kamu buat la"kata cikgu rodziah.

Safira menunduk.

"Saya minta maaf cikgu"kata safira.

"Nak kata kamu tak pandai sains,rasanya result pt3 kamu tahun lepas semua lulus..straight As lagi"kata cikgu rodziah lagi.

Memang itu kenyataanya.Safira bukanya tidak pandai dalam subjek sains,tapi dia cuma malas nak belajar pasal sains.Dia kata,belajar pasal sains ni mengelikan.

"Kali ni,last warning dari saya.Lain kali,kalau kamu tak siap lagi kerja sekolah.Saya denda kamu berdiri dekat luar makmal sampai habis waktu"pesan cikgu rodziah.

Safira mengangguk.

"Baik cikgu,lain kali saya tak buat lagi"balas safira.

Safira pun menyambung membuat kerja sains yang tidak siap lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience