BAB 1

Romance Completed 9380

"Putus?! berlinangan mata jatuh kepipi. Tidak disangka cinta yang disulam dan dibelai selama 2 tahun itu akan berakhir begitu saja. Mengapa? Dia tak rela!

Mata-mata direstoran itu mula memerhatikan mereka.

" Iye.. Berpisah. I tak dapat tipu diri I lagi. Hati I masih untuk Azu. I minta maaf Fedra."

"I knew it.. Kenapa Fan tunggu sampai 2 tahun baru nak rasa semua ni?!", Fedra sudah tidak dapat mengawal kemarahan nya yang mebuak-buak. Orang sekeliling mula berbisik-bisik.

Irfan merasa serba salah. Fedra yang berdiri dihadapannya ditatap. Dia juga tidak menyangka dia ingin melakukan semua ini. Segalanya terjadi tanpa diduga.

"Fedra..", tangan gadis itu cuba dicapai namun ditepis kasar oleh Fedra.

" Kau ni memang lelaki tak guna, Irfan!", gelas yang penuh berisi air itu digenggam lalu isi nya disembur tepat kewajah Irfan. Tidak betah rasanya dia ingin berada direstoran itu. Beg tangan dan handphone dicapai. Sekuat tenaga dia berlari menuju kearah keretanya. Masuk saja dalam kereta, dia memeluk diri.

"Aku kena kuat.. Kuatkan hati kau, Fedra!", air mata semakin banyak mengalir. Stering kereta dihempas berkali-kali.

" Ya Allah.. Apa salah aku? Kenapa Irfan buat Fedra macam ni?.. Sabarkan lah hati ku ini, ya Allah. Jangan kau biarkan lelaki durjana tu melenyapkan semangat aku.." , selepas berdoa ada sikit ketenangan singgah dihati.

Dari jauh kelihatan wajah Irfan sayu memandangnya namun dia sudah tidak peduli lagi. Hatinya benar-benar sakit bagai dihiris belati tajam. Kalau saja membunuh itu tidak salah, sudah lama dikerat nya lelaki itu. Dia segera menghidupkan engine kereta dan berlalu dari situ.

Jauh dari kesedihan.. Jauh dari kesakitan.. Jauh dari Irfan..

" Maafkan Fan, Fedra.. " , Irfan meraup wajahnya.

Seketika kemudian handphone nya berbunyi. Melihat saja nama itu tertatap di screen, hati Irfan menjadi sebal dan marah. Dengan rakus dia menekan screen nya dan menjawab panggilan itu.

"Kau nak apa?!"

" Hehe.. Kau dah buat apa yang aku suruh, Irfan?", terdengar suara gelakan jahat perempuan itu. Celaka!

" Ye aku dah buat! Puas hati kau?! Lepas ni aku tak nak kau kacau Fedra lagi!" , bentak Irfan.

" Aku takkan ganggu perempuan tu.. Kau jangan risau.. Tapi kau mesti tunaikan janji kau pada aku.."

Irfan mendengus geram.

" Aku sanggup buat apa saja agar Fedra tak diapa-apa kan. Walaupun aku tepaksa mengorbankan diri dan hati aku sendiri.. ", lemah suara lelaki itu. Tanpa disedari air mata nya mengalir.

" Hebat betul cinta kau pada Fedra ye.. Kau bakal menjadi milik aku Irfan dan hanya aku seorang!", perempuan itu seperti sudah dirasuk hantu. Hatinya rasa seperti ingin meletup. Api cemburunya pada Fedra semakin marak.

"Suka hati kau lah..", Irfan segera mematikan panggilan itu. Memang sah Azula sudah hilang akal. Dia telah mencuba lari dari perangkap Azula namun dia sedar semuanya terlambat. Dia tidak dapat melepaskan diri. "Fedra.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience