BAB 12

Romance Completed 9380

" Irfan, thank you sebab dah jelaskan semua ni pada Fedra. Tapi semua ni is just too much for me Irfan. Fedra perlukan masa untuk take this all in.." , Fedra benar-benar keliru dengan perasaan nya kini.

" Fan faham, Fedra.. Fan cuma nak minta maaf kat Fedra.. Maafkan semua salah silap Fan.." , perlahan-lahan Irfan melepaskan genggamannya dari bahu Fedra.

" Fedra dah maafkan Irfan, Cuma kali ni biar lah Fedra membawa diri. " , tutur Fedra dengan pasrah. Dia akui hatinya tenang kini namun tidak dinafikan dia memerlukan masa.

Irfan sememangnya kecewa dengan jawapan itu. "Fedra tak dapat terima Fan semula ke?", berhati-hati dia bertanya. Sejujurnya dia ingin menjadikan Fedra sebagai suri hidupnya.

" Tak.. Bukan macam tu.. I just need some space.. ", Matanya dilalihkan ke pantai yang terbentang luas.

"Fan nak Fedra tahu yang Fan takkan berhenti cintakan Fedra. Fan akan tunggu Fedra.. " , tulus sekali kata-kata Irfan. Hati Fedra berbolak balik. Ikutkan hati ingin saja dia menerima Irfan semula tapi peristiwa lalu membuat kannya lebih berhati-hati. Meskipun sudah jelas semua ni bukan salah Irfan namun dia tidak mahu membuat kesimpulan serta merta. Keperitan hati yang dirasainya semakin berkurang namun Fedra masih ingin mencari ketenangan.

Gadis itu berdiri. Ingin mengatur langkah untuk pergi. Dia memandang Irfan.

" Irfan, jodoh dan pertemuan semuanya terletak ditangan Allah. Kita pasrah dan tawakkal je la ye.. " , Fedra melemparkan senyuman untuk Irfan. Hati Irfan senang melihat senyuman yang dirindui itu.

" Fan terima keputusan Fedra.. Hati Fan tetap untuk Fedra seorang.. " , mereka hanya tersenyum memandang sesama sendiri. ‘’Terima kasih Fan kerana mencintai aku, sungguh dalam keterbatasan aku dalam percaya bahawa cinta sejati itu hanya illusi semata, kau hadir menemaniku. Terima kasih.’’ Bisik hati Fedra.

*****

Pertemuan ini pasti ada sebabnya, bukan sekadar suka-suka Allah aturkan pertemuan ini, jalan sudah tersedia di hadapan, saat ini pilihan dan keputusan di tangan masing-masing. Benar kalau ada jodoh takkan ke mana, tapi ikhtiar itulah kunci utamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience