BAB 10

Romance Completed 9380

" Assalamualaikum Fedra.."

"Wa'alaikumsalam..", kaku suara Fedra membalas salam Irfan. Segalanya belaku secara tiba-tiba.

" Boleh kita berbual sekejap?" , permintaan Irfan membuatkan Fedra merasa serba salah. Badannya terasa panas bak cacing kepanasan. Sejujurnya hatinya masih tidak dapat memaafkan Irfan namun..

" Okay lah..", Aik Fedra? Apa kau buat ni? Hati tak sama dengan minda ek~

Mereka berdua melangkah menuju kearah pondok berdekatan dengan playgroud yang dipenuhi dengan kanak-kanak yang keriangan bermain. Pada hari Sabtu memang tak sah kalau taman rekreasi tidak dipenuhi pengunjung. Ramai keluarga menghabiskan masa disini.

Terhibur juga hati Fedra melihat telatah mereka semua. Kurang sikit rasa kekok untuk berbicara dengan Irfan setelah 2 bulan tidak bersua muka .

" Fedra, maafkan jika kehadiran Fan yang tiba-tiba dan tak diundang ni mengganggu tapi Fan nak bagitau Fedra.. Fan tak dapat lupakan Fedra.. I really miss you..", tulus nada suara Irfan melafazkan kata-kata itu.

Fedra memandang Irfan semacam tak pecaya kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Hati nya begitu marah dengan Irfan. Dulu dia dibuang macam sampah dan sekarang lelaki ini merepek pasal cinta dan rindu. Hilang akal apa? Dahi Fedra berkerut.

" Kau cakap apa ni, Fan? Kau rindu aku? Nonsense!", bentak Fedra. Dia tidak mahu kalah dalam permainan jahat Irfan. Cukup sekali dia menderita. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Dengar dulu penjelasan Fan, Fedra.. I know I hurt you. I wish to Allah I haven't but eventually I did. Fedra kena tahu yang Fan tepaksa lukakan hati Fedra kerana Fan diugut", kali ini Irfan sudah menggenggam tangan Fedra. Dia takut Fedra lari daripadanya. Irfan nekad untuk berterus terang dengan Fedra tentang semua yang melanda hidupnya. Jika lepas penjelasan, Fedra tetap menolaknya, walaupun hatinya terluka tapi dia redha!

"Diugut amenda nya Fan? Kalau awak cakap macam ni cuma nak sakitkan hati saya lagi baik tah payah. Simpan je la air liur tu.", pedas kata yang dihadiahkan Fedra. Memori lama yang menyakitkan hati itu singgah difikiran.

" Dalam hati Fan cuma ada Fedra.."

" Hmm.. Ye la.. Kuat sangat cinta Fan pada Fedra sampai nak beralih pada Azula semula", Fedra sengaja memberi sindiran pada Irfan. Seriously, buat apa dia cari aku lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience