BAB 3

Romance Completed 9380

Pintu bilik tidur Fedra diketuk dari luar.

" Kak Fedra.. Jom kita makan.. ", Farisha masih cuba memujuk kakaknya. Dia tidak ingin kesihatan Fedra terganggu kerana Irfan.

"Akak tak lapar, Icha", Fedra memeluk bantal guling nya. Matanya menatap bingkai gambar yang terisi gambar Irfan. Kemarahan dihati nyata tidak dapat menandingi rasa kerinduan nya terhadap lelaki itu.

Farisha perlahan-lahan membuka pintu itu. Dibibir-bibir pintu dia melihat keadaan kakaknya. Fedra kelihatan lemah. Dia melangkah menuju kearah Fedra. Punggungnya dilabuhkan dikatil. Fedra yang terbaring dan sedih dipeluk dari belakang.

" Sabar ye kak.. Love hurts.. Icha pun tak sangka abang Fan sanggup buat akak macam ni after all you've done for him.. "

"Icha..", Fedra bangun lalu memeluk adiknya itu. Dia menangis sepuas-puasnya dibahu Farisha. Adiknya itu juga menangis.

"Dah ye, kak.. Biarlah hari ni tinggal sejarah dan jadikan semua ni as a lesson for us both.. Sekarang akak nangis lah.. Esok lusa akak akan tersenyum semula dan lupakan semua ni. Insya Allah.. ", Farisha cuba memberi kata-kata semangat untuk Fedra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience