BAB 6

Romance Completed 9380

" Bunda, tolong lah faham kehendak hati Irfan ni. Nak tak nak bunda kena terima Azula.. Irfan cintakan dia..", Irfan seperti ingin muntah selepas malafazkan kata-kata itu.

" Fan, kalau pilihan baru Fan ni jauh lebih baik dari Fedra, bunda dan ayah tak kisah. Tapi ini Azula. Perempuan yang pernah mengkhianati dan mempermain-mainkan hati Irfan dulu. Lelaki gila je yang sanggup terima perempuan macam tu dalam hidupnya. " , ayahnya sudah mengurut dahi. Sudah buntu dia memikikan anak lelakinya yang seorang ini.

"Bunda.. Fan.. ", belum sempat Irfan menghabiskan kata-kata, puan Maryam sudah mencelah.

"Bunda tak nak dengar apa-apa lagi, Fan.. Fikiran bunda dah serabut sekarang ni..", Puan Maryam sudah menhenyakkan punggungnya disofa. Tuan Halim yang bimbang dengan keadaan isterinya mengusap bahu puan Maryam.

Irfan mengeluh berat lalu meninggalkan ruang tamu yang indah itu. Terus dia menuju ke bilik tidur.

" Apa nak jadi si Irfan tu bang?"

"Yam.. Dah lah tu.. Bawak berehat.. ", Tuan Halim masih cuba menenagkan minda isterinya.

"Yam bukan apa, bang.. Yam tak kisah pun dia nak kahwin dengan siapa tapi kalau pilihan tu Azula, Yam tak nak.. Malu Yam nak ada menantu macam tu.. ", puan Maryam mengeluh.

" Tapi Yam tau kan.. Jodoh tu ditangan Allah. Kita berdoa dan tawakkal ye..", puan Maryam memandang suami nya. Lemah tatapan mata dua orang tua itu.

" Itu Yam tau, bang.. Sayang nya.. Hati Yam dah berkenan sangat kat Fedra tu.. Entah apa lah khabar dia sekarang.. "

"Abang pun sebenarnya berharap sangat Irfan akan bersama Fedra. Budak tu mungkin keliru dengan perasaaan nya kot.."

"Bukan keliru dengan perasaan tapi dah hilang akal.." , kata-kata puan Maryam itu disambut dengan keluhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience