BAB 2

Drama Completed 315

Usai solat Zohor, Salim naik ke tingkat atas rumah. Ia kelihatan usang
kerana banyak ruang menjadi tempat barang-barang serta buku-buku lama
diletakkan.

Sudah lama bahagian di tingkat atas itu terbiar kerana selain rumah ibu,
Pak Megat telah menambah binaan di bahagian bawah. Semua disediakan.
Dari bilik tidur hinggalah ke bilik air dan tandas. Kawasan rumah yang
dipagari pokok buah-buahan masih luas. Di sebelah belakang rumah adalah
kawasan kebun kopi dan diselang-seli dengan tanaman pokok buah-buahan.

Mata Salim terarah pada sebuah almari kayu, berwarna hitam berkilat.
Sejak Salim masih di sekolah rendah, almari tersebut kekal di situ.
Salim pernah melihat Pak Megat mengambil keris dari almari tersebut.
Senapang patah juga pernah disimpan di dalam almari itu. Dulu, kartus
peluru penabur, serta kotak-kotak berisi peluru juga tersimpan di dalam
almari itu.

Almari dihampiri dan dibuka. Tiada kunci yang terpasang padanya. Hanya
lembaran kain kuning mengikat kemas pemegang pintu almari.

Susunan buku-buku lama bertulisan jawi juga terdapat di dalamnya. Salim
meniliti buku-buku itu. ‘Nyawa di hujong Pedang’, ‘Hikayat
Inderaputera’,’Pulanglah Perantau’, ‘Tulang-tulang Berserakan’ dan
pelbagai lagi.

‘Mungkin buku milik kakak ni,’ fikir Salim.

Buku-buku bertulisan tangan serta kitab-kitab kuning turut tersusun rapi
di dalamnya. Terdapat juga bungkusan-bungkusan barang yang disimpan
dalam kain yang diikat pada hujungnya.

‘Mungkin pinggan mangkuk’, getus damiri Salim. Dia mencapai susunan buku
dan kitab-kitab. Salim tergerak hati untuk membuku sebuah buku. Kulitnya
telah kusam. Lembar buku ada yang sudah dimakan kasai. Lubang di sana
sini. Ia bertulisan jawi. Salim boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik

‘Tanggal 18 Disember 1941.Askar-askar Jepun mendarat di Kota Bharu,
Kelantan. Kita belum tahu nasib kita, Intan.’

‘Dua puluh lima buah kapal Jepun sudah mula belayar ke tanahair kita.’
Butiran catatan pada lembar buku nota itu ditatapnya dengan penuh minat.
Tulisan jawi yang cukup kemas dan cantik memang menarik perhatiannya.

‘21 Januari 1941. Aku belum dapat memilikimu Intan, zaman perang. Aku
perlu berjuang untuk watan’. Terdapat sekeping potret seorang perempuan
berbaju kebaya terselit dalam buku nota tersebut. Salim kaget. Dia gagal
mengecam wajah perempuan itu kerana potret di bahagian muka perempuan
itu sudah rosak.

Dia terus membaca tulisan tersebut dengan teliti.

‘Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih

aku sama menagih kemerdekaan kekasih,

dalam dada yang mesra tenang telaga cinta

aku janji setia membela tanah pusaka.’

‘Aku perlu masuk askar,’ Salim terus membaca tulisan tersebut dengan teliti.

‘Aku mahu jadi seperti pejuang terdahulu. Aku mahu jadi seperti Osman
Enggok, Jantan Abd Dahaman, Ismail Tahar, Ibrahim Sidik, Buyung Mohd
Yasin serta ramai lagi.’

“Dah kemaskan almari tu?” Suara ibunya mengejutkan tumpuan Salim.
Tulisan pada buku catatn itu mengandungi perkataan ‘Intan’ terdapat di
sana-sini. Hati Salim terdetik untuk menanyakan kepada ibunya.

“Dah mak,” ujar Salim. Buku catatan itu kemudiannya disembunyikan dalam
sebuah beg sandang yang sentiasa dibawa bersama. Di dalamnya ada
‘android tablet’, ‘power bank’ dan pengecas. Bagi Salim, buku catatan
itu amat berharga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience