BAB 4

Drama Completed 315

‘Intan. Jika kamu ada di sini sekarang. Kamu pasti tidak akan lupa apa
yang berlaku. Nanti apabila segalanya sudah selesai. Aku akan kembali ke
kampung. Kita akan bernikah. Insya Allah.’

‘Sajak pula,’ getus damiri Salim. Bait-bait sajak diteliti. Tulisan
cukup kemas. Salim membaca di bahagian akhir sajak tertulis nama
seseorang,’Affini Adham-1955’. Mata Salim meniliti bait-bait sajak tersebut.

‘Malaya Pasti Merdeka

Keseluruhan dari keadaan dan kenyataan

keseluruhan dari kesanggupan dan kebenaran

keseluruhan dari kemungkinan dan kepastian

perpaduan - pendirian - pengorbanan dan perjuangan

-telah benar-benar membangunkan kepercayaan

-telah benar-benar menimbulkan harapan

"Bahawa kemerdekaan yang sekian lama kita perjuangkan

telah dekat - mendekati kita

telah tegas dan nyata

terbayang di hadapan mata

Malaya! Pasti merdeka".

Kita pasti merdeka!

Kita adalah manusia berbangsa dan bernegara!

Kita bukan boneka!

Kita pasti merdeka

di atas "hak pertuanan" kita

selaras dengan kemerdekaan di mana-mana

sebagai manusia-manusia lain yang berbangsa dan punya negara

Malaya pasti merdeka -

di atas keseluruhan - hak-hak kenegaraannya.’

Sungguh asyik Salim meneliti kandungan buku catatan tersebut. Dia
seolah-olah tenggelam dalam zaman sebelum dan ketika saat kemerdekaan
tanahair. Bait-bait sajak diteliti lagi, pada halaman berikutnya,
semuanya bertulisan jawi.

‘Pada Tanah Yang Indah -A. Samad Said 1956’

Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih

aku sama menagih kemerdekaan kekasih,

dalam dada yang mesra tenang telaga cinta

aku janji setia membela tanah pusaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience