Nabilah yang tadinya dipaksa buat kerja sekolah Emma mengeluh panjang.
“Aduhhhh kerja sekolah aku pun belum Siap. Disuruh buat kerja sekolah dia pula!”
Namun apa daya, Emma telalu ampuh untuk dia lawan. Kadang kala dia rasa seperti mahu bunuh diri. Tapi itu hanya
dalam fikirkannya saja. Dia tidak mahu melakukannya secara nyata.
-----------
Nabilah mengeluh. Langkahnya untuk ke pintu pagar sekolah tiba tiba terhenti tatkala dihalangi oleh seseorang. Nabilah mendongakan kepalanya untuk melihat siapa yang sedang menghalang perjalanannya. Namun, Apabila dilihat itu ternyata adalah Emma dan konco konconya! Aduhhh 1 vs 5 !
“Mana kerja sekolah aku?! ”
Soal Emma sambil menampakkan wajah bengisnya. Dia juga kelihatan seperti T Rex
“Sa... Saya belum siapkannya lagi..... ”
Balas Nabilah. Dia mengharap supaya ada belas kasihan daripada Emma kali ini. Konco² Emma mula senyum sinis! Emma kemudianya mengerling kepada konco² nya sebagai tanda arahan.
“Disebabkan kau tak siapkan kerja sekolah aku, Ambik ni sebagai hadiah untuk kau!”
Kata Emma kemudian bersedar pergi dari situ dan membiarkan konco²nya memukul Nabilah.
Mereka tiada langsung sifat belas kasihan! Kecuali seorang konco Emma yang bernama 'Elisa'.
Diantara konco² Emma, Hanya Elisa sahaja yang mempunyai belas kasihan. Sementara rakan²nya memukul Nabilah, Dia pergi ke bilik guru untuk memanggil guru disiplin.
---------
“Kenapa kamu membuli orang?! Siapa yang suruh kamu buat benda macam ni?!”
Soal Puan Noriah atau dikenali sebagai cikgu disiplin sekolah. 'Lipstick' yang dipakainya juga berwarna merah terang. Dipadankan dengan baju kebaya berwarna merahnya.
“..................”
Mereka hanya berdiam diri. Elisa juga ternyata bergitu. Takut juga dia jikalau Puan Noriah beritahu mereka bahawa dia yang melaporkan tentang itu!
Nabilah yang berada di sebelah Cikgu Noriah hanya berdiam diri. Dia juga sebenarnya takut. Takut jikalau diapa apakan oleh Emma dan konco²nya!
“Kenapa kamu semua tak jawab?!”
Soal cikgu Noriah lagi. Kali ini riak wajahnya seperti mahu marah.
“Tak ada siapa cikgu, Kami yang nak buli Nabilah....”
Balas Tasya. Manakala Elfi dan Amirah hanya mengangguk. Elisa pula mendiamkan diri. Sebenarnya Tasya berkata begitu kerana ingin mempertahankan Emma. Dia teringatkan akan janjinya dan Emma sebelum masuk ke kumpulan buli Emma.
3 Tahun sebelumnya.......
“Tasya! Kalau awak nak jadi ahli dalam kumpula saya! Awak harus dengar cakap saya! Faham?! ”
Kata Emma. Eeeh, Kerja nak mengarah orang sahaja! Baru tingkatan 1 dah nak besar kepala! Kena buang sekolah nanti baru tahu!
“Ya Emma, Saya janji akan ikut segala arahan dari awak! ”
Balas Tasya sambil mengangkat tangannya gaya bersumpah.Eh! Dia sanggup ternyata!
“Kalau saya suruh awak membuli orang, Awak harus membuli mereka tanpa sebarang alasan! Jika cikgu dapat tahu yang kita selalu membuli jangan beritahu yang saya suruh kamu lakukanya! ”
Arah Emma lagi! Tasya kini hanya mengangguk tanda setuju.
Kini....
“Oh! Pandai ya kamu nak membuli orang! Saya akan jatuhkan hukuman! Balik sekolah ini! Jumpa saya di bilik kaunseling!! ”
Kata cikgu Noriah. Tasya, Elfi dan Amirah hanya mengangguk.
“Erk....Tapi cikgu, Elisa tak perlu pergi kah??”
Soal Elfi secara tiba tiba. Dia merasa hairan kenapa hanya dia Amirah dan Tasya sahaja yang perlu pergi.
“Saya tak nampak dia membuli pun! Sudahlah! Yang penting kamu kena ke bilik kaunseling!”
Balas cikgu Noriah. Dia sebenarnya sudah tidak larat melayan kerenah pelajar pelajarnya yang mementingkan diri sendiri.
~ Bersambung
Terimakasih kerana membaca :) Dan jangan lupa untuk Komen dan Follow :)
Share this novel