Bab 4 'Bunuh diri'

Mystery Series 2179

“Misi awak semua ialah......Awak semua perlu...”

Emma hanya berkata separuh dan kemudiannya membisik ke telinga Tasya.

“Tapi ingat! Kalau gagal lagi saya akan hukum awak semua!! ”

Kata Emma. Dia suka hati sahaja mahu menghukum!!

“Ok Emma! Saya pasti kali ni kami akan berjaya!”

Balas Tasya.Kemudiannya dia memuji Emma yang kononnya bijak memberikan arahan. Manakala Amira dan Elfi senyum sinis dan Elisa pula hanya mendiamkan dirinya tatkala Emma mengarah dia dan rakan rakannya membuli lagi!

---------

Disebabkan Emma dan sekutunya sekelas dengan Nabilah, Jadi mudahlah kerja mereka untuk membuli Nabilah. Lagi pula ini waktu rehat!

Perlahan lahan Tasya dan Elfi ke tong sampah di dalam kelas mereka lalu mengambil beberapa sampah kotor. Agar tangan mereka tidak kotor, Amirah sudah menyediakan sebuah penyepit untuk memudahkan kerja 2 orang sahabatnya itu.

Setelah Tasya dan Elfi berbuat demikian, Mereka membawanya ke arah botol air Nabilah!

Amirah yang berada berdepan dengan botol Nabilah membuka penutup botol air itu. Kemudiannya, Mereka meletakkan sampah tersebut kedalam air Nabilah! Ahh kejam sungguh!

Elisa yang melihat kejadian itu hanya berdiam diri. Dia hanya menggelengkan kepalanya. Seketila kemudian, Misi mereka sudahpun selesai. Mereka cuma menunggu Nabilah untuk merasakan air sampah buatan mereka.

-----------

Tasya kemudiannya keluar dari kelas lalu menuju ke tandas sekolah untuk berjumpa dengan Emma.

“Emma! Misi kita dah berjaya! ”

Kata Tasya memberikan khabar baik tentang aktiviti membuli mereka.

“Dah berjaya?! Cepatnya! ”

Balas Emma sambil senyum teruja!

“Mestilah! ”

Balas Tasya dengan nada yang sedikit teruja. Mereka kemudiannya sama sama naik ke kelas untuk melihat apa yang akan jadi seterusnya.

-----------

“Hei Elisa! Kenapa awak asyik merenung botol air Nabilah tu! Nanti kita kantoi macam mana?!!

Marah Elfi sambil mencekakkan pinggangnya. Dia merasa marah apabila melihat Elisa selalu merenung botol air Nabilah.

Elfi sebenarnya tidak tahu bahawa Elisa merancang mahu mensabotaj aktiviti membuli mereka! Dia sebenarnya tidak mahu Nabilah minum air sampah buatan mereka itu. Oleh itu, Dia cuba merancang strategi. Namun, Dia tidak dapat melakukannya jikalau Elfi dan Amirah masih berada di dalam kelas bersamanya.

Nampaknya dia terpaksalah membiarkan Nabilah minum air itu. Elisa seperti sudah
berputus asa!

3 Minit kemudian.....

Nabilah masuk ke dalam kelas dan melabuhkan punggungnya ke atas kerusinya. Dia kemudian kelihatan seperti kahausan dan hendak minum airnya.

Emma, Tasya, Elfi, Amirah dan Elisa menyorok di bawah meja guru untuk melihat reaksi Nabilah apabila minum air tersebut. Manakala Elisa merasa serba salah kerana hanya mampu melihat tapi tidak mampu menolong Nabilah lagi....

Nabilah mula mendekatkan botol air ke arah mulutnya. Seketika kemudian dia terbau sesuatu yang busuk di dalam botol airnya. Namun, Kerana terlalu haus. Nabilah minum juga bagi menyejukkan tekaknya yang kering.

Emma, Tasya, Elfi, Amira dan Elisa memanjangkan leher untuk melihat apa yang terjadi.

Nabilah meminum air tersebut.....

“Pufffff!!”

Nabilah tersedak apabila merasa airnya seperti diisi sesuatu. Namun apabila dia melihat, Ternyata itu tulang ikan yang diambil dari tong sampah.

Emma dan konco² nya ketawa berdekah dekah kecuali Elisa. Bagi mereka itu lucu! Namun tidak bagi Elisa!!

Nabilah terdengar suara ketawa Emma dan rakan rakannya. Dia tahu, Ini pasti angkara mereka semua!!

“Sedap ke air tu! Air SAMPAH!!!! ”

Kata Emma kemudian ketawa mengilai seperti pontianak.

“Haah?! ”

Nabila terkejut. Lalu dia lari keluar dari kelas dan menuju ke luar kelas. Sebernarnya Nabilah terkejut apabila melihat Elisa bersama rakan rakanya membulinya. Namun, Itu hanyalah salah fahamnya saja.

“Nabilah!! ”

Elisa memanggil Nabilah yang sudah keluar dari kelas. Kemudian, Dia juga keluar dari kelas untuk mengejar Nabilah.

“Elisa! Awak nak pergi mana tu?!! ”

Emma menyoal Elisa yang mahu pergi mengejar Nabilah. Namun Elisa hanya membiarkan sahaja pertanyaan Emma itu.

---------------

Elisa mencari cari Nabilah. Sudah penat dia naik turun tangga tetapi tetap tidak jumpa.

Namun, Semasa Elisa naik semula ke tingkat 3,Tiba tiba Elisa melihat seseorang yang berada di koridor. Orang itu seperti mahu terjun ke bawah. Dan ternyata orang itu adalah........ Nabilah!!!!

~ Bersambung

Terimakasih kerana membaca :) Dan jangan lupa untuk Komen dan Follow :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience