“Nabilah...”
Panggil Elisa. Dia sebenarnya mahu menyampaikan sesuatu kepada Nabilah.
“Ya, Kenapa Elisa??”
Soal Nabilah.
“Nak saya tolong awak?”
Soal Elisa secara tiba tiba. Entah apalah yang berada di dalam fikirannya.
“Maksud awak?”
Soal Nabilah lagi kerana mahu mandapat kepastian.
“Saya nak bantu awak supaya lebih yakin pada diri sendiri... ”
Terang Elisa. Apa salahnya jika dia mahu membantu Nabilah. Lagipula Nabilah kan kini su dah menjadi sahabat Elisa...
“Bantu macam mana? ”
Soal Nabilah lagi.
“Pertama sekali... Apa yang awak mahukan? Awak nak saya bantu apa?”
“Kuruskan badan...Tapi, bolehkah? ”
“mestilah boleh! ”
---------------
Tap! Tap! Tap!
Bunyi tapak kaki Emma kedengaran kuat melangkah. Pelajar pelajar sekolah itu juga gerun melihatnya!
“Emma.... Sabarlah. Nanti bila kita jumpa Elisa awak marahlah dia teruk teruk! Janganlah tunjuk marah awak sekarang...Malu saya tahu....”
Beritahu Tasya kepada ketuanya dengan berhati hati. Takut pula jikalau dimarahi oleh Emma...
“Saya akan makan dia nanti!! Berani sungguh dia mempertahankan Nabilah!! ”
Marah Emma.
Dalam sejarah kumpulan Emma, Tiada sesiapapun yang berani melawan Emma.. Namun lain pula pada kali ini...
“Saya rasa..... Sewaktu kita didenda hari tu, mesti Elisa yang dah laporkan pada cikgu Noriah! ”
Lapor Elfi... Pandai sungguh dia meramal...
“Iyalah.....Saya pun rasa macam tu... Lagipula, sewaktu kita memukul Nabilah, mana ada dia pukul sekali... Saya rasa, pada waktu itulah Elisa melaporkanya kepada cikgu Noriah!!”
Terang Amirah panjang lebar.
Rasa marah Emma kepada Elisa semakin mambuak buak apabila konco konconya melaporkan hal itu... Maka, terbongkarlah satu per satu rahsia yang menunjukkan bahwa Elisa selalu menbantu Nabilah!! HABISLAH ELISA!!!
~ Bersambung
Terimakasih kerana membaca :) Dan jangan lupa untuk komen dan Follow :)
Share this novel