Bab 7 'Elisa!!!'

Mystery Series 2179

Emma berjalan mengilingi sekolah. Harapanya adalah agar dia dapat bertemu dengan Elisa yang dianggapnya sebagai pengkhianat!

Sebenarnya Emma tidak tahu bahawa Elisa memang sudah lam tidak menyukainya yang suka mengarah dan membuli orang lain. Boleh dikatakan, satu sekolah tidak menyukai Emma dan konco konconya.

“Agaknya, Elisa di mana ya sekarang ni?! ”

Tasya yang sudah lelah mencari mula mengeluh ngeluh. Kakinya juga kini melangkah bagaikan hantu tempang! Ataupun layak digelar sebagai cacing.

“Dia sekarang ni mestinya bersama Nabilah.....Eeeee benci betul lah dengan dua orang tu!!”

Amirah yang tadinya hanya berdiam diri mula bersuara mengeluarkan pendapatnya yang sedari tadi hanya teragak agak untuk bersuara.

“Sudahlah tu,waktu rehat dah nak habis.... Jom masuk kelas! Sekarang ni mesti dia sudah masuk ke kelas!”

Sampuk Elfi secara tiba tiba.

----------------

“Awak nak kuruskan badan? Nanti saya cari caranya..”

Beritahu Elisa kepada Nabilah. Apa apa pun dia harus tetap membantu Nabilah.

“Baiklah.. Awaklah sahabat saya.... Saya dah tiada kawan yang lain lagi selain dari awak”

Balas Nabilah. Kini harapannya hanya dapat bersama Elisa buat selama lamanya.

“Emma tak marahkan awak kah? ”

Soal Nabilah lagi. Setelah difikir semula, baru dia teringat bahawa Emma sebentar tadi terjerit jerit memanggil Elisa.

“Entahlah, tapi.... Biarkan sajalah.”

Balas Elisa. Dia tidak kisah kalau Emma mahu membuangnya dari kumpulan itu sekali pun. Baginya, itu lebih baik.

“Kalau dia buang awak daripada kumpulan tu macam mana?!”

Kata Nabilah lagi. Dia takut jikalau Emma akan mengapa apakan Elisa.

“Biarlah...Saya lagi suka”

Ujar Elisa.

“Sudahlah tu, Jom masuk kelas. Sebab waktu rehat dah nak habis... ”

Sambungnya lagi. Manakala Nabilah pula hanya megangguk tanda setuju.

----------------

Elisa dan Nabilah melangkahkan kaki ke dalam kelas. Seketika kemudian, Elisa terlihat Emma sedang berdiri di tepi mejanya.

Sejujurnya, walaupun Emma berbuat demikian. Namun dia tetap tidak berasa takut.

Setelah melihat Elisa dan Nabilah memasuki kelas, Emma lantas menyerpa dan......

~ Bersambung

Terimakasih kerana membaca :) Dan jangan lupa untuk Komen dan Follow :) Selamat Hari Raya Aidilfitri ❤ Maaf Zahir Dan Batin ~:}

Share this novel

177scm-
2021-05-13 11:41:19 

Wah,hebatlah Elisa! Tak takut dengan si Emma tu >< haih...harap-haraplah Emma tak belasah Elisa dan Nabilah.Btw teruskan update tau author! :]


NovelPlus Premium

The best ads free experience