Sebaik sahaja saja Elisa memasuki ke dalam kelas, Emma lantas menerpa Elisa yang baru menjejakkan kaki ke dalam kelas. Elisa tidak mempunyai sebarang rasa takut sekali pun.
“Sudah ada kawan baru ya?! ”
Soal Emma sambil tersenyum sinis. Elisa tahu, Emma sebenarnya sedang marah. Tapi, Dia lansung tidak kisah pun.
“Ya. Memang saya dah ada kawan baru pun...Kenapa? Ada masalahkah?!”
Ujar Elisa yang semakin membarakan lagi kemarahan Emma yang memang sejenis yang panas baran. Sambil itu, Elisa memegang tangan Nabilah yang sedari tadi berada di sisinya.
“Habistu, kami bukan kawan awak?! ”
Sampuk Tasya secara tiba tiba. Dia juga sudah naik darah.
“KAWAN?! Kawan yang suka membuli orang??! ”
Soal Elisa pula yang sememangnya tidak menyukai perbuatan Emma dan kawan kawannya.
“Owh, baiklah. Kalau kami bukan kawan awak. Awak keluar sajalah dari kumpulan ini!!! ”
Sampuk Elfi pula. Sejak dari Elisa menyertai kumpulan mereka, Elfi sememangnya tidak suka apabila membuli orang bersama Elisa. Kerana, setiap kali mereka disuruh membuli oleh Emma....Elisa memang tidak ikut serta. Tapi sebenarnya Elfi tidak tahu bahawa Elisa sebenarnya memang tidak menyokong perbuatan Emma dan rakan rakannya dari awal lagi.
“Tak ada masaalahnya, saya memang dari awal lagi nak keluar daripada kumpulan ini. Terimakasih kerana keluarkan saya.”
Balas Elisa secara selamba. Dia lansung tidak kisah jikalau selepas dia keluar, Emma mahu membulinya sekalipun.
Selepas selesai berkata demikian, Elisa menarik tangan Nabilah lalu membawa Nabilah keluar dari kelas memandangkan guru bahasa Inggeris mereka belum tiba di dalam kelas.
Apabila Elisa dan Nabilah keluar, Emma menjerit kepada konco konconya untuk berkumpul di mejanya untuk membincangkan sesuatu yang berkaitan dengan Elisa.
Apakah yang akan dibincangnya itu??!
~ Bersambung
Terimakasih kerana membaca :) Dan jangan lupa untuk Komen dan Follow :) M@@f $eb@b Upd@te lew@t
Share this novel