BAB 6

Horror & Thriller Completed 514

“KITA mesti cari Zaza sebelum kita balik!” Sally member arahan, Azura hanya mengangguk setuju. Mereka berlari anak menuju ke arah lift untuk mencari Zaza jika di ada di tingkat bawah.

Sedang mereka mencari, kelihatan ramai orang sedang berkerumun melihat sesuatu di tepi pantai. Hati Sally seperti diketuk mahu melihat apakah yang berlaku di sana.

“Zaza!” Azura menjerit apabila melihat Zaza terbaring di pantai. Orang ramai mengatakan dia cuba untuk membunuh diri tetapi berjaya diselamatkan oleh orang yang melihat kejadian itu. Azura dan Sally membuat keputusan untuk membawa Zaza pulang ke rumah pada hari itu juga.

Sejak hari itu, Zaza tidak lagi seperti dulu. Dia lebih suka berkurung di dalam bilik dan apabila tengah Azura m dia akan meronta kepanasan dan menjerit-jerit seperti dirasuk hantu. Zaza juga sudah tidak terurus lagi. Rambutnya berserabai, bajunya tidak berganti dan bau yang tidak menyenangkan akan keluar daripada biliknya setiap kali tengah Azura m.

“Siapa kau? Mana asal mu?” seorang ustaz yang dijemput ke rumah diminta untuk mengubati Zaza.

“Pergi!” Zaza meronta kepanasan, asap berkepol-kepol keluar daripada rongga badan Zaza dan masuk semula kedalam kalung yang diperbuat daripada kulit kerang itu. Ustaz itu cepat-cepat merentap kalung itu dan dibungkus dengan kain dan dibaca sesuatu kepadanya.

“Kamu pulangkan semula benda ini ketempat asalnya.” Ustaz itu menasihatkan supaya tidak mengambil sesuatu yang bukan hak sendiri. Azura dan Sally hanya mengangguk faham dan akan memulangkan semula kalung itu ke tempat asal.

“JADI di mana Zaza?” Bilal menghabiskan air oren yang diminum.

“Dia ada di rumah. sudah serik datang kesini katanya.” Azura dan Sally berpandangan sambil tersenyum.

“Jadi kalung inilah yang awak buang ke pantai pagi tadi?” Shahir menyerahkan kalung itu semula kepada Sally.

“Ya, untuk memulangkan kembali apa yang bukan hak kami.” Azura mengangguk setuju.

Mereka membuat keputusan untuk menanam kalung itu supaya tiada siapa-siapa boleh menjumpai kalung itu. Shahir dan Bilal mengucapkan terima kasih kerana membantu dan berkongsi cerita yang mereka sendiri tidak pernah mengetahuinya.

“Agaknya, apa kaitan kejadian ini di hotel ini?” Shahir membuka cerita.

“Setahun lalu, seorang wanita dipercayai dijumpai mati di dalam kebakaran di salah satu bilik hotel di sini.” Azura mengangguk setuju dengan Sally.

Tiba-tiba sahaja Bilal tersentak, dia mula ingat mengenai kejadian Azura M dengan yang menimpa wanita itu. Bilal mula membuka kameranya, jarinya cepat menekan punat untuk mencari gambar. Bilal terduduk kaku. Shahir, Azura dan Sally berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa ni Bilal?” Kelihatan peluh mencurah-curah di dahi.

“Gambar ni… perempuan ni…” Bilal menyerahkan kamera kepada Shahir .

“Aku tak faham.” Shahir mengerutkan dahinya.

“Perempuan itu yang mati dalam kebakaran itu.” Sally menerangkan kepada Shahir.

Shahir kaget tidak menyangka akan terjadi perkara seperti itu, wanita yang mula-mula dijumpai di tepi pantai itu sudah mati… dadanya sesak, kepalanya kosong dan akhirnya rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience