BAB 4

Horror & Thriller Completed 514

“Tolong! Tolong!” suara Zaza tiba-tiba didengari oleh Sally yang terpisat-pisat di atas katil sebelah.

“Ya Allah! Zaza kenapa ni?” Sally cuba untuk menenangkan Zaza yang meronta-ronta. Azura juga seakan panik dengan keadaan Zaza. Mereka berdua tidak dapat mengawal Zaza yang semakin kasar menolak mereka.

“Panas! Panas!” ayat itu diulang-ulang Zaza sambil bajunya basah dengan peluh.

“Mengucap Zaza!” Azura cuba menenangkan Zaza yang meronta-ronta diatas katil. Azura panik. Dia pernah melihat Zaza dalam keadaan begitu sewaktu berada di asrama puteri sewaktu mereka sama-sama di tingkatan lima.

“Sally! macam mana ni?” Azura binggung. Hanya ayat suci al-quran yang mampu dibaca saat itu.

“Kita sama-sama bacakan ayat Al-Quran supaya terhindar daripada gangguan iblis.” Sally berdoa kepada Allah dan ayat kursi tidak putus dibaca. Keadaan Zaza lebih stabil. Sally dan Azura menarik nafas lega.

“Esok kita balik sahaja.” Sally mula mengemaskan barangnya, baju yang berada di dalam almari dipindahkan ke dalam beg galas yang terletak di bawah katil. Azura hanya mengikut, dia tidak mahu perkara lebih buruk berlaku jika tinggal lebih lama lagi. Percutian yang diatur dengan baik selama tiga hari oleh mereka terpaksa dibatalkan.

“BILAL apa acara kita pagi ni.” Shahir yang baru keluar bilik air menyidai tualanya di tempat yang disediakan.

“Kita sarapan dulu… lepas tu baru fikir.” Bilal memberi cadangan, sambil kakinya melangkah ke bilik air untuk mandi pula.

Roti canai yang ditebar menaikkan selera Shahir dan Bilal pada pagi itu, roti telur dan roti sardin menjadi pilihan mereka. Teh tarik yang ditarik tinggi oleh pembuatnya menarik perhatian ramai pengunjung.

Sedang menjamu selera Shahir terpandang dua orang gadis sedang berdiri di tepi pantai. Lagaknya aneh sekali dan menjadi perhatian Shahir sambil menghirup teh tarik yang masih panas.

“Apa yang kau tengok tu?” Bilal melihat Shahir yang tiba-tiba berhenti makan.

“Tu… apa yang dua orang perempuan tu tengah buat?” Shahir memuncungkan bibirnya ke depan mengarah ke pantai. Mereka berdua memerhatikan gerak-geri dua gadis itu, salah seorangnya mencampakkan sesuatu ke pantai, riak wajah mereka amat sedih dan akhirnya berpelukan sesama sendiri.

“Apa yang mereka buat tu agaknya?” Shahir menghadapkan lensa kemeranya ke arah dua gadis itu. Setiap yang menjadi tarikannya pasti Bilal tidak melepaskan peluang untuk merakamkannya.

“Jangan sibuk hal orang lain. Makan dulu!” Bilal membesarkan biji matanya, Shahir hanya tersenyum lalu menyudahkan makanannya yang berbaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience