BAB 3

Horror & Thriller Completed 514

SHAHIR yang kekenyangan menyandar di atas sofa sambil menonton televisyen. Bilal pula sedang sibuk mencari gambar yang paling cantik untuk dihantar pada pihak pertandingan yang tarikh tutupnya dua minggu lagi.

“Aku rasa yang ini paling cantik kita hantar untuk pertandingan tu.”Bilal mengarahkan komputer riba kepada Shahir yang sejak tadi khusyuk menonton televisyen.

“Aku tak kisah, asalkan kita menang pertandingan tu.” Shahir menjeling sebentar sahaja kepada Bilal lalu menonton televisyen semula.

“Aku tidur dulu, esok aku nak bangun awal. Nak tengok matahari naik.” Bilal menghempas badannya di atas katil.

Shahir yang masih menonton televisyen tidak mengendahkan kata-kata Bilal itu. Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Shahir tidak dapat memejamkan matanya. Kepalanya berserabut badannya panas, sehangat api.

“Panasnya Azura M ni,” omel Shahir sendirian. Dilihatnya Bilal sedang lena di buai mimpi indah. Shahir membuka pintu dibahagian balkoni bilik itu lalu menghirup udara pagi yang nyaman. Panas yang dirasakan telah lenyap seketika. Matanya dipejamkan dan tangannya didepakan. Kaki Shahir terus melangkah ke hadapan. Angin yang kuat membuatkan Shahir leka seketika. Tiba-tiba terasa bahunya direntap oleh seseorang, Shahir terperanjat lalu dia tidak dapat mengimbangkan badannya.

“Shahir! Apa yang kau buat ni?” Bilal merentap baju Shahir dari belakang.

“Aku tak tahu. Aku panas.” Shahir sedikit kaget. Terperanjat melihat kolam yang berada jauh di bawah.

“Masuk, bahaya di sini!” Bilal memberi arahan keras. Shahir kebingungan, siapa yang mahu menolaknya ke bawah tadi?

*********

“ZAZA!” Kenapa dengan kau ni?” Azura menepuk-nepuk muka Zaza lembut. Zaza yang baru tersedar menggosok pipinya yang terasa pedih.

“Kenapa? Apa dah jadi?” Zaza terpinga-pinga memandang kedua-dua kawannya itu.

“Tadi aku nampak kau nak terjun daripada balkoni bilik ni kenapa? Dah puas hidup?” Sally melenting, rasa marahnya kembali semula.

“Zaza, kalau kau ada masalah beritahu pada kami.” Azura sebak air matanya bertakung di kelopak mata.

Zaza kebingungan, apa sebenarnya yang berlaku? Dia tidak ingat apa yang berlaku kepada dirinya pada ketika itu. Otaknya kosong.

“Makanan ni kami beli untuk kau, jangan lupa makan...” Azura menghulurkan bungkusan makanan yang dibeli.

“Terima kasih.” Zaza tersenyum tawar.

Sedang Azura dan Sally tidur lena diulit mimpi, tiba-tiba Zaza dibayangi api yang marak di sekelilingnya. Badannya dirasakan melecur terbakar. Peluh menitik-nitik membasahi muka. Matanya yang pejam tidak dapat dibuka seperti ada sesuatu yang berat menutupi matanya. Zaza meronta-ronta meminta tolong tetapi tiada siapa peduli. Asap yang berkepul-kepul memasuki rongga badan yang terbuka melemaskan Zaza sehinggakan dia batuk tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience