BAB 5

Horror & Thriller Completed 514

SESUDAH makan mereka berjalan-jalan di persisiran pantai sambil menghirup udara pagi. Shahir tidak putus-putus untuk merakamkan kenangan mereka berdua setelah beberapa hari disitu.

“Eh… apa benda ni?” Shahir mengambil sesuatu yang dipijak semasa khusyuk mengambil gambar.

“Entah, cuba kau buka.” Bilal memberi cadangan. Bungkusan kuning itu dibuka dan kelihatan sebentuk kalung yang di perbuat daripada kulit kerang didalamnya.

“Cantik. Apa kata kita ambil untuk jadi kenangan?” Shahir menyimpannya di dalam poket. Bilal hanya menggelengkan kepalanya, tiada komen.

Shahir dan Bilal menghabiskan masa mereka di tepi pantai sambil mencuba pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak hotel sehingga waktu petang.

“Seronok juga aktiviti yang ada dekat hotel ni.” Shahir melebarkan senyuman manis. Semua kenangan yang terindah mereka telah dirakam di dalam kamera kesayangannya.

“Aku pun rasa macam tu juga.” Mereka berdua ketawa kegembiraan.

Sementara menunggu Bilal mengambil kunci di kaunter Shahir melihat kembali gambar yang dirakamnya siang tadi di ruang depan pintu lift, tiba-tiba.. Dushh!!! bahu Shahir dilanggar seseorang.

“Tak nampak ke orang nak lalu?” Shahir sedikit menjerit mengakibatkan semua mata mengarah kepadanya.

“Maaf, saya tidak sengaja..” suara lembut itu menenangkan hati Shahir yang mendidih. Gadis itu membongkok sambil mengutip barang-barangnya yang jatuh ke lantai.

“Saya Azura.” Gadis itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan salam perkenalan.

“Saya Shahir.” Shahir menyambut penuh mesra dan senyuman yang lebar.

“Mana kau dapat benda ni?” tiba-tiba suara Sally menerpa sebaik sahaja keluar daripada lift.

“Aku jumpa tepi pantai. Ada masalah?” Shahir ingin mengambil kembali kalungnya tetapi ditepis oleh Sally.

“Kalung ni merbahaya! Kau tak boleh menyimpan kalung ini!” suara Sally menyinga. Matanya dibulatkan menatap muka Shahir yang agak terkejut. Azura hanya diam membisu. Bilal yang berjalan mengarah kepada mereka tertanya–tanya apa yang berlaku sebenarnya?

“ZAZA! Zaza!“ Azura menjerit-jerit, namun tiada sahutan daripada Zaza.

“Mana dia pergi?” Sally mula bimbang. Azura M tadi merupakan mimpi ngeri buat mereka apabila Zaza yang sedang tidur diganggu oleh makhluk halus. Mereka berdua tidak henti-henti membaca ayat suci Al-Quran sehinggakan mereka terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience