BAB 1

Horror & Thriller Completed 514

SHAHIR duduk di atas batu pantai sambil menyaksikan matahari terbenam. Matanya tertancap kepada seorang perempuan yang berjalan di persisiran pantai seorang diri. Lensa kamera yang tadinya diarah kepada matahari yang baru sahaja jatuh, diarahkan pula kepada wanita itu. Keindahan pantai pada waktu senja dan wanita itu seolah-olah menarik perhatian Shahir untuk mengambil beberapa keping gambar untuk dijadikan koleksi peribadinya.

“Shahir! jom balik ke hotel.” Suara Bilal membingitkan gegendang telinga Shahir. Dia hanya mengikut sambil menjeling kearah Bilal.

“Tak boleh tengok aku senang sikit! Ada yang nak mengacau.” Shahir mengomel sendiri.

Shahir dan Bilal baru tiba di Hotel Sri Azura M, tujuan mereka kesana adalah untuk mencari pemandangan yang menarik dan mahu menyertai sebuah pertandingan dimana mereka perlu menghantar gambar yang paling unik dan membolehkan mereka memenangi sejumlah wang tunai yang lumayan.

“Shahir, kat mana kau ambil gambar ni? Cantik.” Bilal yang mahu memindahkan gambar-gambar yang baru diambil siang tadi ke komputer riba ternampak akan gambar yang menarik perhatiannya.

“Tadi, waktu aku ambil gambar matahari terbenam..” jawab Shahir selamba.

Bilal melihat gambar wanita itu lama..dia merasakan bahawa pernah melihat wanita itu, tapi dimana?

“Aku nak mandi dulu, sekejap lagi kita turun makan sama-sama.” Shahir menepuk bahu Bilal perlahan. Lamunannya terhenti. Bilal hanya tersenyum tanda setuju.

Mereka berdua melangkah laju ke Restaurant Selera, di Pantai Sri Azura mini restaurant ini menjadi tumpuan orang ramai kerana makanan lautnya yang segar dan enak. Shahir dan Bilal tidak ketinggalan mahu mencuba makanan yang berada di restaurant itu.

“Kau rasa... kita boleh menang pertandingan itu tak Shahir?” Bilal membuka cerita sambil menunggu makanan mereka tiba.

“Mestilah! Kau tengok pemandangan dekat pantai ni, indah….” Bilal membulatkan matanya sambil tangannya sedikit di depakan menghadap pantai Sri Azura M. Shahir tersenyum melihat telatah Shahir .

Mereka menyantap makan Azura m mereka tanpa berbual panjang, ikan bakar dan nasi putih yang dipesan itu menjadi bertambah selera dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.

“ZAZA! Kemana kau tadi? Puas kami cari.” Sally dan Azura memandang tepat ke arah Zaza yang baru muncul sejak keluar petang tadi.

“Tak ke mana-mana, jalan –jalan tepi pantai.” Rambut yang melepasi bahu diikat kemas.

Sally dan Azura berpandangan, rasa risau yang menebal ditambah pula dengan rasa marah kerana Zaza seperti tidak peduli dan ambil ringan tentang perasaan mereka ketika itu.

“Apa yang kau bawa tu?” Azura memerhati sesuatu yang berada di tangan Zaza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience