BAB 1

Romance Completed 10518

Kepala ku geleng-gelengkan gelihati melihat penampilan mempelai di hadapanku.Aku tersenyum sambil membetulkan sampin Hadif yang senget-benge. Kahwin juga kawan aku yang satu ni. Menyulam rasa cinta berapi-api, akhirnya melekat juga jodoh mereka.

Aku bersyukur sangat! Akhirnya Hadif mendapatkan Dhuha. Nasib aku macam mana lah nanti? Dapatkah aku seseorang yang bakal menemani aku seumur hidupku? Kalau tak bermeriam, baiklah diam!

“Kau nak kahwin, nak jaga kawan baik aku! Tapi.. diri sendiri pun tak terjaga ni.” Aku membebel dan mengelengkan kepala.

“Eeii… jaga orang dan jaga sampin, lain beb! Kawan baik kau, tapi isteri aku. Aku sure jaga isteri aku dengan baik punya.” Ujar Hadif, tersenyum-senyum.

Aku ketawa. “Memanglah baik! Aku takut kau.. termakan cirit berendang!” Belum apa-apa dah takut bini. Tahu sajalah Dhuha tu… garang!

“Amboiii… tak sayang mulut nampak! Aku bagitahu Dhuha, kau cakap dia queen control!”

Aku tersengih. “Apa-apa pun aku ucapkan tahniah dekat kau. Kau memang orang yang paling layak dapat Dhuha. Aku harap kau dapat jaga Dhuha dengan baik bak kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi!”

“Aku janji!!”

“Kalau Dhuha datang jumpa aku, komplen.. aku cepuk kau, tak bangun-bangun.” Aku sudah memberi amaran.

“Elehhh… macam kuat sangat!” Hadif mencebik.

“Nak cuba ke?” Aku menunjukkan penumbuk aku. Entahh macam mana, aku sengaja mengacah Hadif, dan lain pula jadinya…

“Aduhhhh!!!”

Aku tergamam. “Errkk…”

Perempuan itu mengaduh. Akibat kurus, dia terpelanting ke atas tilam itu.

“Ya Allah, Acad! Apa kau dah buat…” Segera Hadif menolong perempuan itu.

Aku melihat penumbuk aku. Aku bukannya segaja!

“Sara okay ke??” tanya Hadif.

“Alamakkk.. macam mana dia boleh ada belakang kau? Sakit ke…?” tanya aku.

“Kalau lebam, Sara tak mahu jadi pengapit abang Adif tau!! Lebam takk??” Sara mengalihkan rambutnya yang panjang dan menampak kulitnya yang putih dan mulus. Dia tak senyum tapi lesung pipitnya dalam betul! Manis sangat…

Aku tergamam. Terpesona…

“Lebam tak?” tanya Sara.

“Takk… okay!” ujar aku.

“Hahh… jangan dekat!” ucap Sara.

“Takk.. takk…” Aku mengangkat tangan, sangat rasa bersalah. Seumur hidup aku tak pernah aku tumbuk perempuan. Kucing pun aku tak pernah tendang kot!!

Sara berlalu…

“Siapa minah tu?” tanya aku.

“Sepupu aku.” Jawab Hadif.

“Ohhh sepupu…” Aku tersenyum-senyum.

“Hahh.. jangan nak jadi kucing miang!!”

Aku tersengih. Sara.. hemmm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience