BAB 3

Romance Completed 10518

“Saya yang tertumbuk awak tadi..”

“Okay.. so??”

Errkk minah ni.. sombong nya!

“Saya nak minta maaf!”

“Maaf?? Itu saja…”

“Habis tu awak nak saya buat apa?” tanya aku.

“Saya nak tumbuk awak, baru adil!” jawab minah itu, spontan.

Errkk… aku tergamam. Minah ni biar betul!

Tiba-tiba dia ketawa… “Boleh ke?”

“Awak buatlah apa awak mahu Sara.. saya rela!”

Sara ketawa lagi.

“Itu saja ke?”

“Tak…”

“Awak nak apa lagi?”

“Saya…”

Kalau aku cakap saya nak awak.. tak ke melampau la pulak! Baru jumpa sekali, angaunya seperti bertahun kenal. Haihh.. tak pernah rasa begini dengan mana-mana perempuan. Adakah dia, untuk aku?

“Hello.. !!”

Aku tersedar dari lamunan. Hemm.. apa nak tanya ya?

“Saya.. nak tanya. Nanti esok lusa waktu kenduri, awak pakai baju warna apa?”

“Purple…”

“Light or dark?”

“Dark…”

Alamak! Aku kena beli.. nanti tak ngamlah, baju tak sama! “Ohhh…” Aku menepuk dahi…

“Lagi nak tanya apa? Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu.”

Aku tergamam. Amboii.. peribahasa!

“Banyak nak tanya ni! Adakah… ladang sudah berpunya?” selamba sahaja aku bertanya. Dah dia suruh tanya…

Sara ketawa, aku tersenyum.

“Encik…”

“Acad…”

“Okay, Encik Acad, jawapannya Encik Acad tu kenalah memerah otak! Sebab yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. Bye!!”

Klikk!!

Erkk… ini cabaran ni! Pantang patah di tengah, tidak aku berundur sebelum ajal! Huhh…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience