BAB 6

Romance Completed 10518

“Letih ke?”

Aku menoleh.

“Ni Sara mana pula?” Aku dah tak ada mood.

“Sara Maisarah! Amboiii.. mood tak okay ke…”

“Ehhh…”

Aku menarik tangannya dan duduk di sebelah aku. “Awak ni ke mana? Katanya jadi pengapit?”

Sara tersenyum. “Ada hal sikit! Ganti dengan adik saya.”

“Puas saya mencari!”

“Berjumpa juga akhirnya!”

“Iyaa… sebelum tu pening lalat jugalah.”

Sara ketawa.

“Saya nak minta maaf, saya tumbuk awak hari tu.”

“Saya dah okay! Tapi… kena tumbuk awak balik lah. Baru adil!!”

Aku sudah menutup mata.

Sara ketawa lagi! “Tapi bukan sekarang…”

“Saya dah bersedia ni…”

“Tak lah.. saya tak buat! Saya buat lawak saja…”

“Takut juga awak nak buat betul-betul!”

Sara tersenyum. “Saya suka majlis kahwin yang macam ni…”

“Iya.. so, ladang sudah berpunya?” tanya aku, tak menyempat!

“Belum cukup usahanya, belum boleh dapat jawapannya!”

“Erkkk…”

“Bye Encik Acad!! Saya nak pergi ambil gambar…”

“Ehhh… Sara!”

Aku mahu kejar.. tapi dia sudah menghilang! Aku pula sudah dipanggil Hadif! Kacau daun betul lahhh!!!

******

Sampai ke akhirnya majlis, aku tidak langsung bertemu dengan Sara Maisarah. Balik-balik Sara Qaisarah.. atau Sara Baisarah!

Sudah dua minggu majlis perkahwinan Hadif dan Dhuha berlalu, sampai sekarang, aku masih tak jumpa lagi Sara Maisarah. Sampai bila dia hendak bersembunyi? Sampai bila aku nak simpan rasa hati?

“Sara ini umpama hantu kau tahu!”

“Kenapa pula?”

“Dia macam tak wujud!!”

“Haihh.. dia sepupu aku lah!”

“Ye lah.. balik-balik, Qaisarah, Baisarah… aku tak jumpa Maisarah! Bila aku tak cari, dia muncul tiba-tiba.”

“Kau kena percaya, dia itu untuk kau. Kalau kau pun buat tak endah… cinta tu tak datang beb! Dia pun tak muncul.”

Kali pertama berjumpa dengan Sara, aku sudah jatuh mati. Itulah, cinta! Kalau mulanya dari mata… turun ke hati lepas tu tak mahu pergi.. duk melekat sampai ke otak, sampai ke saluran darah pun dok sebut-sebut, dok terkenang-kenang… sampaikan tidur pun tak basah, mandi pun tak lena! Apa maknanya itu?? Aku dah kena angau!!

“Hishh.. kali ini cinta itu susah betul aku rasa. Macam jumpa bayang-bayang.. tak boleh nak digapai, tak boleh nak dipeluk!”

Hadif ketawa…

“Kau ketawa bolehlah, kau dah dapat apa yang kau nak!” Aku menjuih bibir.

“Dulu pun aku macam kau, Acad! Usaha sementara bersisa…”

“Ni sampai putih tulang, putih biji mata.. aku mencarinya.”

“Belum cukup tu!”

“Dia dah berpunya?” tanya aku.

“Belum.”

“Mana aku nak cari?”

“Di rumahnyalah!”

“Sini alamat…”

“Tak dapatlahhh… cari sendirilahh!!”

Haihhhh… itu yang masak nak memikirkannya tu. Masuk lorong kiri, tersekat! Masuk lorong kanan, terhalang! Jalan terus.. menghimpit pula!! Mana nak pergi?? Peliknya aku lagi, bila aku melihat gambar kahwin Hadif.

“Ini siapa?” tanya aku.

“Sara lah.”

“Sara Maisarah?”

Hadif mengangguk.

“Mana lagi dua Sara?”

“Haihhh.. kau ni! Bukan semua ada dalam ni pun…” Hadif mengelengkan kepalanya.

“Aku suruh kau datang sini, tengok gambar kahwin. Bukannya cari Sara!”

“Habis yang ini siapa?” Aku menunjukkan gambar lain tapi wajah yang serupa..

“Ohh ini Bai..”

Aku mengerut dahi.. “Apa bezanya?? Semua nampak serupa!!”

“Cari.. cari sampai dapat!”

Ekkk… mana nak cari lagi? Aku dah hampir fed up! Tapi.. bila aku hampir buntu, aku berjumpa dengan dia! Macam tahu-tahu saja…

“Sara!”

Entah macam mana satu hari sewaktu aku hendak mengambil baju mom dari dobi, aku terserempak dengan dia.

“Ehh hai…” Sara tersenyum.

“Mana awak pergi?”

“Ada! Never been anywhere..”

“Saya cari awak, macam orang separuh nyawa!!” ujar aku. Betul-betul macam orang mati akal.

“Awak tak cari betul-betul Encik Acad.”

“Awak ni macam hantu! Ada tapi macam tak ada.”

Sara ketawa. “Kenapa cari saya?”

“Saya nak cakap yang saya suk…”

“Sara! Cepat, kita dah lambat.”

Aku menoleh. Lelaki itu menyuruh Sara cepat masuk ke dalam kereta. Aku terpana. Erkk… siapa dia? Boyfriend??

“Saya pergi dulu. Jumpa nanti!!”

Sara seperti kelam kabut! Mahu cepat pergi. Seakan takut dengan lelaki itu. Siapa mamat tu? Siapa yang sudah menghancurkan impian aku? Aduhhh… kenapalaaa jadi macam ni. Tapi.. macam biasa nampak!

“Encik Acad!!”

Aku berpaling.

“Cari sampai jumpa tau!”

Glupp! Apa maksud dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience