BAB 5

Romance Completed 10518

Sampai sahaja di rumah pengantin perempuan, aku melihat Sara sedang memayungkan Dhuha. Yang berserinya bukan Dhuha.. tapi Sara! Sara Maisarah… adoiii perasaan aku ini, sudah diamuk dek angau. Yang lain tak nampak lagi! Hanya Sara… Sara.. Sara!

“Oiii… panaslah weh! Payung tu, untuk aku, bukan untuk kau!” Marah Hadif.

Heh… “Sorry beb!”

Patutlah aku rasa sejuk saja di tengah hari yang terik ini. Ingatkan kerana cinta, cuaca pun jadi mendung. Adoiii… rupanya tersilap payung pulak. Itulah, gara-gara nampak bidadari yang seperti baru jatuh dari langit. Cinta ohh cinta…

Aku kemudian membawa pengantin masuk ke dalam rumah untuk upacara menepung tawar. Sempat aku menyapa Sara…

“Haii…”

“Haiii…” balas Sara sambil tersenyum. Huhh senyumnya saja sudah mendebarkan dada!

“Hari tu minta maaf cakap dekat phone saja, hari ini baru nak minta maaf face to face!”

“Minta maaf??”

“Ya.. pasal saya tertumbuk awak tu!”

Sara mengerut dahinya. “Bila masa awak tumbuk saya?”

“Last week, dekat rumah Hadif? Masa nak nikah?”

Sara mengelengkan kepalanya. Aku jadi pelik..

“Oiii.. korang ni nak mengipas ke nak berborak??” bising Hadif. Dhuha tersengih.

“Errkk… aku ada rasa nak letak stand fan macam kat mamak tu dekat sini. Siap keluar wap air!” ujar aku geram! Haihh nak mengurat kejap pun tak boleh…

“Kipaslah! Panas ni!!” marah Hadif.

“Yelahhh…”

Sara ketawa.

“Habis awak siapa?” tanya aku. Sempat lagi!

“Sara Qaisarah…”

“Ohhh.. salah orang! Sorry.. habis mana Sara Maisarah?”

“Dia sedang ambil gambar.”

Aku mengangguk-angguk. Laa hari tu kata nak jadi pengapit! Tukar orang pula. Haihh.. kenapa tak inform! Muka serupa sangat.. tak ada beza pun. Kembar seiras ni..

Tiba untuk makan beradab, aku turut makan sekali. Aku sempat mencari orang yang sibuk menangkap gambar.. tak ada pun Sara Maisarah! Adoiii.. mana pergi dia ni?

“Boleh tolong paskan air basuh tangan tu?”

“Ehh.. boleh…”

Aku memberikan bekas air itu kepada dia. “Qaisarah!!” Panggil aku. Dia buat tak tahu.. Aku mengerut dahi.

“Hemm.. awak Qaisarah?”

“Bukan, saya Baisarah…”

“Pulak! Tadi mana Qaisarah?”

“Dia letih.. saya gantikan dia kejap.”

“Errkk.. mana Maisarah?”

“Tak pastilah! Terima kasih ya…”

Aku dah peninggg!! Bingung bagai ayam kena kepala. Mana Maisarah ni?? Aku duduk, berehat. Aku membiarkan Dhuha dan Hadif sakan melayan tetamu. Aku pula duduk melayan perasaan. Banyak betul Sara nya.. Kembar ke?

Haihh.. macam-macam berlegar dalam kepala otak aku ni. Rasa macam kena tipu pun ada. Erkk.. takkanlah Sara nak tipu kan! Mungkin memang kembar tiga. Tak mustahil pun!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience