BAB 9

Romance Completed 10518

“Apa dia 8 huruf, 3 perkataan dan 1 makna?”

“Saya sangat bencikan teka-teki!”

“Ini bukan teka-teki lah! Kalau teka-teki mainan akal, ini mainan jiwa dan perasaan!”

“Iskkk… apa ya?”

“Surrender?”

“Aahhh…”

“Kalau awak menyerah kalah, ada syaratnya.”

“Apa dia?”

“Awak kena mengaku juga!”

“Cehh… macam mengaku I am not smarter than 5th grader saja!!”

“Haaa… lebih kurang!”

“Okay then… try me!”

“Jangan menyesal…”

“I won’t!” Sara mengelengkan kepalanya. Aku tersenyum! Aku tak mahu lepaskan dia lagi…

“8 huruf, 3 perkataan dan 1 makna maknanya… I love you!”

Sara tersenyum…

“Apa senyum-senyum.. jawablah balik! Mengaku sekarang!”

“Perasaanlahhh….”

“Sara!!!”

“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu!!”

Aku tersengih! Sara sudah berlari masuk ke dalam rumah…

“Sara, awak jangan lari!!! Awak kena ikut saya balik rumah. Saya nak tunjuk awak dekat mom!!”

******

4 bulan kemudian…

“Assalamualaikum Auntie!”

“Waalaikumussalam… jumpa lagi kita ya.”

Aku tergamam.

“Saya sengaja menyusahkan awak untuk mencari saya sebab nak balas tumbukan yang awak buat dekat muka saya dulu. Rasa tertumbuk tak muka awak?”

“Sara!!!

Rupanya, calon yang mom nak tunjukkan pada aku itu adalah Siti Maisarah! Mom sudah menunjukkan aku kepada Sara selepas Sara tumbuk aku tempoh hari. Sara saja hendak mengenakan aku! Kalaulah aku tahu, aku biarkan saja tanpa perlu bersusah payah!

Aihhhh… pandai betul Sara merancang. Gara-gara nak tahu, apa isi hati aku.. gara-gara nak kenal dengan aku.. dia sanggup menyamar sebagai Qaisarah dan Baisarah! Walhal, mereka bukan kembar pun. Haihh Sara… sangat misteri!

Kini… barulah aku mengerti sesuatu…

“Eeeiiii… pakai sampin tu betul-betul lah!!”

“Hishh betul lah ni!”

Hadif mengelengkan kepalanya. “Mana betul ni, senget-senget!”

Aku ketawa. “Yang penting hati dan niat, bukan sampin!”

“Ohhh… pandai kau cakap kau ya. Bila tentang aku, siap warning!” geram Hadif.

Aku ketawa lagi.

“Kau ingat ya Cad, yang kau nak kahwini itu, sepupu aku. Kalau dia mengadu dekat aku yang kau buat dia, aku cepuk kau tak bangun-bangun!!”

“Hehh… macam biasa aku dengar ayat tu! Don’t worry Adif, kalau dah sebenarnya cinta, sampai mati… dia tetap aku jaga.”

Hadif tersengih. “Geli dowh!!!”

Aku teringat peristiwa pagi tadi, sewaktu aku bersiap-siap untuk menikah. Kawan baik aku itu sentiasa berada di sisi aku sepanjang pernikahan dilangsungkan. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Sara sah menjadi isteri aku. Alhamdulillah! Siti Maisarah… bukan Bai ke bukan Qai ke!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience