BAB 2

Crime Series 514

(Di sebuah sekolah kerajaan di bandar Nakayama)

"Hiro-San! Hayato sensei panggil awak di bilik guru."

Seorang pelajar perempuan yang lemah lembut menyapa Hiro di dalam kelas. Hiroshi Hiro adalah adik kepada Hiroshi Kaneki. Usia mereka hanya berbeza 5 tahun. Hiro yang baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke 17 tahun dua hari lepas mengangguk dan bangun dari kerusi.

"Arigato Hime-San."

Dia berjalan hingga ke satu bilik yang bertanda 'Shokuin-shitsu'.
Pintu diketuk beberapa kali dan dibuka.

"Konichiwa Hayato sensei." Ucap Hiro sambil tunduk hormat.

"Oh, Hiroshi-San! Mari sini. Ada sesuatu yang ingin saya bincangkan dengan kamu. Sila duduk." Kerusi ditarik perlahan. Hiro menurut. Dia menunggu ucapan dari gurunya.

"Ano... Hiroshi-San. Sensei nak minta tolong awak untuk seminggu ni gantikan sensei menjaga seorang pelajar baru yang baru daftar masuk ke sini semalam. Sensei terpaksa bertugas di sekolah lain untuk dua minggu kerana ada 'exam' besar di sana. Hanya seminggu! Tolong jaga dan kenalkan sekolah kita pada pelajar baru ni. Dia datang dari Tokyo dan merupakan seorang pelajar yang agak bermasalah. Hanya awak yang saya harapkan sebab awak terkenal dengan ketegasan awak dalam bertugas sebagai ketua pelajar. Boleh tolong sensei untuk kali ini?" Ujar Hayato sensei panjang lebar. Hiro hanya menundukkan kepala.

"Wakarimashita. Saya akan jalankan tugas saya sebaiknya." Jawab Hiro dengan yakin. Terukir senyuman lebar di wajah Hayato sensei.

"Hontoni arigato, Hiroshi-San. Awak salah seorang pelajar harapan sensei di sini. Sekejap lagi pelajar baru akan masuk ke kelas kamu. Saya dah terangkan semuanya pada dia dan semua syarat-syarat yang perlu dia ikut selama berada di sekolah ini. Kalau ada masalah yang tak dapat kamu selesaikan, bagitahu sensei ok!"

Hayato Sensei menunjukkan ibu jari tanda bagus. Selepas memberi tanda hormat, Hiro-San keluar dari bilik guru. Dia mengeluh. Hiro berjalan ke kelasnya. Berdiri seorang pelajar lelaki dengan rambut berwarna merah merenung Hiro dari jauh. Hiro mendekatinya.

"Awak pelajar baru ke? Saya Hiroshi Hiro. 'Pemandu pelancong' awak yang baru. Sila masuk."

Dia hanya diam membisu. Diam seribu kata. Hanya merenung lagi dan lagi hingga menimbulkan ketidakselesaan dalam diri Hiro. Hiro membuka pintu kelas.

"Kau yang aku cari selama ni."

Hiro berpaling disaat ayat itu habis dan seraya satu tumbukan laju menuju kearahnya. Dia sempat menahan tumbukan dengan tapak tangannya dan berundur. Kedengaran ketawa dari pelajar baru. Digengamnya tangan dan bersedia untuk serangan seterusnya.

"Kau kenapa?" Hiro berdiri tegak.

Kawan-kawan Hiro menunggu tindakan selanjutnya dari mereka. Masing-masing teruja dengan perlawanan yang secara tiba-tiba itu.
Lagi-lagi pertarungan dari Hiro, juara taekwando sekolah.

"Aku abang kepada Mirai Aish. Abang kau bunuh adik aku! Bersiaplah!"

*****************

(Di luar kawasan Kanagawa)

"Kau pasti ini tempatnya, Kaneki?" James melihat fail ditangan.

"Ikutkan apa yang ditulis, di sinilah tempat tu. Kau tunggu sini. Aku masuk ke dalam untuk tanya dengan lebih lanjut."

"Hati-hati Kaneki-kun!" Gurau James membuat gaya manja. Kaneki menggelengkan kepala.

Selepas seketika, Kaneki keluar dari salah sebuah rumah di sekitar tempat kejadian. Seorang warga emas berjalan mengiringi Kaneki.

"Kaneki san, saya harap informasi yang saya bagi boleh selesaikan masalah kanak-kanak hilang yang lain. Untuk kes Mirai Aish, saya turut berdukacita. Sepatutnya Aish bersukaria dengan kawan-kawan disekolah. Tapi tak sangka... Ibu bapa Aish pun dah berpindah ke Tokyo. Mereka betul-betul sedih atas apa yang terjadi pada anak kedua mereka. Saya harap kes Aish dan kes penculikan kanak-kanak ni akan berakhir nanti. Kami akan doakan semoga pasukan kamu berjaya." Ketua kampung Hayama memberi restunya.

Kaneki hanya senyum. Selepas tunduk hormat, mereka berlalu dari situ. Sepanjang perjalanan, mereka mendiamkan diri. Kaneki menjeling cermin belakang. Kelihatan Aish dan Leo sedang bermain bersama tanpa suara. Sesekali mata mereka bertemu.

"Kaneki, apa petunjuk seterusnya?" James memecah kesunyian.

"Kita ke daerah Aiko. Salah seorang suspek tinggal disitu. Aku harap dia masih ada di sana."

"Orite! I'm so excited! Come come power rangers!" James membuat gaya Ultraman. Kaneki menjeling. Aish tergelak sambil menutup mulut.

"Boleh diam tak?" Luah Kaneki agak menyampah dengan kelakuan kawannya yang dikenali dua tahun lepas.

Walaupun James agak gila-gila, tetapi James adalah seorang anggota polis yang sangat berkaliber dan cekap.

"Kaneki, aku tamat kontrak di jepun sampai hujung tahun ni. Ada lagi enam bulan untuk aku bersukaria di sini bersama kau. Habis kontrak, aku balik ke Autralia dan kahwin! Aku akan rindu kau. Rindu sangat kaneki-kun..." James tersenyum. Ditolak lengan Kaneki sambil menaikkan keningnya beberapa kali.

"Jangan nak mengarut. Kau tak ada lagi bagus." Sindir Kaneki.

James ketawa melihat wajah merah Kaneki. Kereta laju menyusuri jambatan di sungai Sagami. James meneliti semula fail merah ditangannya.

"Mengikut makluman kat sini, Aish diculik di taman permainan di kawasan rumahnya. Selepas tu, dia dikatakan berada di Yokohama. Kita dah cari jejak suspek dan akhirnya jumpa di mana dia sembunyikan Aish dua bulan lepas betul-betul di sebuah rumah flat di Yokohama. Tetapi, kita tak dapat selamatkan Aish walaupun kita dapat tangkap salah seorang suspek. Selama dua bulan aku cuba cari jejak kanak-kanak yang diculik bersama dengan Aish ketika itu tapi tiada petunjuk yang jelas. Dan kau pula koma selama sebulan di lokasi yang aku sendiri tak tahu. Pihak polis rahsiakan semuanya." Cerita James bersungguh-sungguh.

"Kau sendiri tahu yang kes penculikan kanak-kanak adalah kes sulit. Dan aku memang dah Agak semua yang berlaku pasti akan disembunyikan oleh pihak atasan. Kes ni 'flop'. Gagal!" Balas Kaneki.

"Kau tahu tak, Aku siasat sendiri kes ni tanpa pengetahuan orang atasan. Dan aku terkejut bila ketua balai kita beri arahan supaya kes ni ditutup sebab terlalu berbahaya. Tapi aku halang. Aku tahu kau akan tetap siasat kes ni bila kau dah sihat. Sebab tu aku cuba cari bukti kukuh lain. Kesimpulannya, kes penculikan kanak-kanak yang melibatkan Aish dan empat lagi kanak-kanak ni dah jadi kes pemerdagangan manusia yang berlaku diseluruh negara saat ni. Tapi yang aku sangat-sangat musykil, orang atasan lepas tangan dan taknak ambil tahu mengenai kes yang berlaku. Kau tak rasa tingkah laku mereka pelik? Weird right?" James memberi pendapatnya panjang lebar.

"Pelik atau tak, aku tetap kena cari kawan-kawan Aish yang lain. Aku mesti hentikan kes ni dari berleluasa. Aku tahu kanak-kanak lain yang diculik dua bulan lepas masih hidup. Dan kalau kita leka dan lengah, mereka juga akan dapat nasib yang sama macam Aish. Hanya jasad kaku. Aku taknak hadap benda ni lagi. Ini permintaan terakhir Aish. Aku kena tunaikan!" Balas Kaneki sambil memusingkan stereng ke kanan. James mengecilkan matanya.

"Macammana kau boleh tahu ini permintaan Aish? Sedangkan masa kita jumpa Aish, budak tu dah mati." Ayat dari James membuatkan Kaneki terkedu. James menjeling ke cermin sisi.

             *********************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience