(Di semenanjung Miura, wilayah Kanagawa)
"Bom!"
Satu letupan bergema di saat sebuah kereta terhuyung-hayang bergerak laju di atas jalan raya yang penuh selekoh. Pemandu cuba untuk mengawal kenderaan tetapi kereta Nissan hitam itu terjunam di dalam bukit di tepi jalan. Kereta terbalik beberapa kali dan berhenti seketika di bawah cerun.
Seorang lelaki keluar dari kereta yang berasap melalui tingkap yang pecah. Dia cuba berlari dengan luka parah di seluruh badan. Wajahnya yang mengalami luka besar mengalir darah merah.
Kelihatan rantai yang tergantung di leher ditarik oleh sesuatu yang ghaib. Sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Lelaki itu mengikut kemana sahaja rantainya pergi dalam kepayahan.
"Cepat! Sebelum onii-chan mati sama seperti saya, onii-chan perlu selamatkan diri!"
Suara kanak-kanak kedengaran di telinga. Sebaik kaki berhenti sejauh 10 meter, kereta meletup dengan api marak. Lelaki itu sempat berlindung disebalik pokok. Tercungap-cungap mengambil nafas.
Tangan yang terketar-ketar mencari sesuatu di dalam poket. Dikeluarkan telefon bimbit dan cuba menelefon seseorang. Namun gagal kerana tiada liputan komunikasi di situ.
"Maaf tak dapat selamatkan kamu. Abang minta maaf sebab terlambat. Abang minta maaf..."
Seorang kanak-kanak perempuan yang sedang berdiri di sebelah lelaki itu hanya diam. Kanak-kanak itu memeluk kemas satu anak patung beruang yang comel. Badan telus pandangnya hampir tidak dapat dilihat dengan jelas. Dia menghilangkan diri dalam sekelip mata. Kedengaran siren polis dari kejauhan.
"Tolong selamatkan mereka..."
Keadaan menjadi gelap gelita. Segelap suasana hutan.
****************
(Di sebuah Flat)
"Aniki! Aniki! Bangunlah! Dah lambat nak pergi kerja!" laung seorang remaja lelaki yang lengkap berpakaian sekolah di luar sebuah bilik.
Kelihatan seseorang sedang lena tidur di dalam sebuah bilik yang agak bersepah.
"Meow..."
Seekor kucing hutan mengiau manja sambil menggeselkan badan di tangan 'Aniki'. Sesekali ia menjilat wajah tuannya untuk menggerakkannya bangun.
"Aniki!"
Masih tiada reaksi.
"Hiroshi Kaneki! Bangun! Adik pergi sekolah dululah kalau Aniki lambat!" Jeritan kuat kedengaran di luar seraya pintu ditutup kuat.
Kucing berbelang dan bercorak unik itu memanjat meja yang berselerak dengan kertas berconteng peta dan cawan kaca. Sesuatu telah menarik minat haiwan peliharaan itu. Cawan terapung! Satu cawan terapung di sebelah katil.
Tiba-tiba, cawan itu terus jatuh dan pecah berkecai. Bunyi kaca mengejutkan kucing dan tuannya yang tidur.
"Jangan kacau papa, Leo. Papa mengantuk sangat ni. Nanti papa bagi Leo makan ya. Anak papa baik kan..."
Lelaki itu sambung tidur selepas mengusap manja Leo. Jam menunjukkan pukul 7 pagi tepat. Penggera di telefon berbunyi nyaring. Satu lagi cawan terjatuh dari atas meja dan pecah. Leo hanya melihat.
Matanya merenung dinding seakan-akan melihat kelibat disebalik langsir. Sesuatu yang lutsinar. Mata hitamnya membesar ketika dirasai satu tangan mengusap badannya.
"Meow!"
Leo melompat dan menerkam keatas badan tuannya sambil mengeluarkan kuku. Satu cakaran 'maut' kelihatan di belakang badan.
Serta-merta tuannya bangun.
"Leo! Tahulah lapar. Tapi jangan cakar papa. Sakit tau." keluh Kaneki mengerang. Dicuba menyentuh belakangnya yang pedih.
Kaneki berdiri di hadapan cermin kaca yang besar dan cuba melihat cakaran yang berbekas. Dia mengeluh berat dan menguap. Rambut panjang yang berserabai di gosok beberapa kali. Dibuka pintu bilik dan melihat keadaan rumah yang dihuni lebih 10 tahun.
"Hiro dah pergi sekolah ke? Bukan semalam minta tolong aku hantarkan ke?" Monolog Kaneki.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik air, dia memalingkan muka ke kiri. Pantulan wajah di cermin membuatkan Kaneki mengeluh. Mata yang berlainan warna dan parut panjang di bahagian dahi kiri hingga ke bawah mata kanan menakutkan sesiapa yang melihat wajah Kaneki.
"Masih tak hilang parut besar ni. Mata ni pun sama. Aku dah jadi orang pelik." keluh Kaneki perlahan sambil mengusap 'hadiah' yang diberikan padanya ketika misi terakhir sebelum dia direhatkan dua bulan lepas.
Kaneki bersiap untuk memulakan rutin hariannya yang sudah lama ditinggalkan. Telefon di atas meja diambil dan dilihat lama sambil matanya melilau melihat keadaan rumah yang berselerakan. Ditekan satu mesej di telefon.
"Hiroshi Kaneki-San, datang Balai sekarang. Ada mesyuarat penting. Sebelum pukul 9 pagi semua kena ada di sana."
Mesej berbunyi. Selesai bersiap Kaneki mengambil makanan kucing yang berada di dalam almari dapur dan memberi kucingnya makan.
"Maaf Leo. Papa kena pergi kerja awal. Leo tolong teman Aish hari ni ya. Papa takut papa tak sempat balik awal. Kalau ada apa-apa, Leo jumpa papa di Balai ya. Aish! Abang pergi dulu. Jaga rumah." Arah Kaneki selepas mengikat rambutnya yang agak panjang.
Dengan memakai baju serba hitam dan berkasut, Kaneki memandang kebelakang. Kaneki melambai kearah Aish dan tersenyum. Kanak-kanak perempuan yang memakai gaun pink dan bertocang membalas senyuman padanya.
"Ittekimasu!"
"Itterasshai"
Kaneki mengambil kunci dan keluar dari rumah. Dia menaiki kereta dan berlalu pergi.
"Sejak onii-chan dah sihat dari tidur yang panjang, Aish selalu tengok dia senyum macam ni. Tetapi dia selalu keluar tanpa bagitahu sesiapa. Aish keseorangan. Nasib baik ada Leo. Tapi... Aish tetap sunyi... Kawan-kawan Aish masih belum dijumpai."
Kedengaran sayup-sayup suara seorang kanak-kanak bergema di dalam bilik Kaneki. Leo hanya merenung kelibat kanak-kanak itu.
(Di Balai polis Kanagawa)
Kaneki menarik nafas panjang. Dia berdiri di hadapan pintu Balai dengan rasa gugup. Dia tidak tahu apa reaksi rakan-rakannya apabila melihat keadaan dia sekarang.
Dengan parut besar di wajah. Adakah mereka masih menerimanya sebagai salah seorang kawan sepasukan selepas gagal dalam kes sebelum ini? Dan hampir memalukan nama balainya? Takut, gugup, resah, gelisah semua bercampur baur.
Akhirnya pintu dibuka dengan tekad di dalam hati. Apa yang akan terjadi biarlah terjadi. Dia tidak ambil pusing. Sebaik kaki melangkah masuk, semua mata melihat kearahnya. Desas-desus kedengaran suara bisikan dari mereka. Kaneki duduk di tempat lamanya. Dia menarik nafas dan cuba bertenang apabila jantungnya berdegup laju. 'Anxiety' bermula. Peluh memenuhi dahi.
"Hello my bestfriend! Long time no see!" Satu tepukan 'mesra' hinggap di belakang Kaneki yang sedang meneliti fail.
Dipalingkan muka ke kanan. Kawannya terdiam dan membuat muka ketakutan.
"Yakuza!"
"Urusai!"
"Jodan dayo, Kaneki-kun! Hahahaha!"
Mereka duduk sebelah menyebelah. Mereka terlihat janggal setelah Lama tidak berjumpa.
"Apa yang kau buat kat sini, Jemuzu? Bukan ke kau ditugaskan pergi ke Tokyo untuk uruskan kes Yakuza di sana? Kes dah selesai ke? Cepat kau buat kerja." Kaneki senyum sinis.
"Hello! It's James Hilton! Not Jemezu!
Tak selesai lagi. Bos gantikan aku dengan orang lain. Bos minta aku tolong kau selesaikan kes yang ada sekarang. So, you and me! We're partners!" Jawab James tenang sambil meletakkan dua cawan kopi 'starbucks' di atas meja Kaneki. Wajah Kaneki berubah.
"Apa? Bos tak 'inform' aku apa-apa pun pasal hal ni! Aku tak suka orang lain masuk campur kes yang aku ambil! Kau terima balik kes yakuza kau sekarang!"
Kaneki terus bangun. Dia mengetuk pintu bilik ketua pasukan dan masuk. Dari luar bilik dapat dilihat Kaneki seperti tengah berbahas dengan ketuanya. James hanya melihat situasi itu dengan keluhan berat.
"Apa yang berlaku? Kaneki-san tak apa-apa ke? Hari ni hari pertama dia bertugas kan?" Sampuk salah seorang kawan sepejabat Kaneki yang bercermin mata.
"I don't know, Jun-San. He just doesn't change much after two month. Still the same. Hot blooded brain still working." Balas James sambil berpeluk tubuh.
"Nani kore? Imi ga wakarimasen." Jun-San tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh James dalam bahasa inggeris. James hanya ketawa.
"Daijoubu... Daijoubu..."
Selepas seketika, Kaneki keluar dari bilik. Dihempasnya fail merah di atas meja. Wajah garangnya menjadi bengis. James merangkul bahu Kaneki.
"Jangan macam tu, tomodachi. Kita ni sebagai anggota bawahan perlu ikut arahan orang atasan. Mungkin mereka ada sebab masing-masing. Lagipun aku suka berganding dengan kau. Macam kita dulu-dulu. Ingat tak masa kita selesaikan kes penculikan dua bulan lepas? Kita berganding bahu selesaikan kes. Tangkap mereka hidup-hidup. Takkan kau dah lupa keterujaan tu? Come on man! Be a man!" Pujuk James perlahan.
"Disebabkan kecuaian kau juga, aku hampir mati! Sudahlah!"
Kaneki bangun dan keluar dari Balai. Dihempas pintu kuat. Dia berjalan terus ke kereta dan memasukinya. Dihentak-hentak stereng kereta tanda melepaskan marah. 'Depression' melanda.
"Apa yang jadi? Onii-chan tak apa-apa?"
Aish muncul dikerusi belakang bersama memeluk Leo. Kaneki hanya merenung mereka.
"Maaf... Abang masih tak dapat selesaikan kes Aish. Masih belum cukup bukti. Abang harap Aish boleh sabar untuk masa sekarang. Abang akan cuba selesaikan kes ni dengan cepat."
"Tak apa. Saya tahu onii-chan boleh cari kawan-kawan saya. Saya percayakan onii-chan."
Kaneki menghidupkan keretanya. Tiba-tiba, James memasuki kereta Kaneki dengan wajah cerianya dan terus duduk disebelah pemandu.
"Jangan marah-marah macam tu. Kau baru bertugas hari ni. Banyak info penting yang terlepas dalam masa dua bulan ni. Lagipun kau masih belum sembuh. Tapi tak apa! Aku ada dengan kau sekarang dan aku dah jadi anggota profesional! Aku akan 'backup' kau! Jom! Kita tangkap penjahat!"
Kaneki terdiam tanpa memberi respon. Hanya melihat wajah James lama. James gugup.
"Kaneki... Aku... Aku suka perempuan... Tapi kalau kau suka aku, aku terima je. Love have no boundaries."
Satu tamparan tepat mengenai pipi James. Pedih dan perit dapat dirasai.
"Kau ingat aku minat kaum sejenis macam kau? Kureiji!" Marah Kaneki dan memandu pergi.
"It's crazy! Not ku.rei.ji!"
*******************
Share this novel