BAB 4

Crime Series 514

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Hiro berjalan pulang ke sekolah seorang diri. Ketika dia menyimpang ke sebelah kanan selekoh, satu tangan menarik kolar bajunya dan menghentaknya ke dinding tembok.

"Kau ingat kau boleh lepas macam tu saja? Mana abang kau? Aku nak jumpa abang kau!"

Abang Aish yang berbadan tegap menunjukkan wajah bengis. Ketidakpuasan hatinya semakin melanda ketika melihat wajah selamba Hiro.

"Ehem! Abang aku kerja. Kalau kau nak jumpa dengan dia, boleh pergi ke Balai polis Kanagawa. Dia ada di situ." Jawab Hiro acuh tak acuh.

"Kau jangan nak berlagak! Aku akan bunuh abang kau! Dia yang bunuh adik aku dua bulan lepas!" Jerit Abang kepada Aish. Hiro menutup telinganya.

"Jangan bisinglah! Suara kau ni mengganggu ketenteraman awam! Tiba-tiba terkam orang tak tentu hala. Dengan nama tak bagitahu. Cuba bersopan sikit bila tegur orang!" Hiro mula hilang sabar.

Ditolak badan remaja lelaki yang tidak dikenali dengan kasar. Hiro berlalu pergi. Sakit hatinya bila menjadi pelepas amarah orang lain.

"Hei! Hiroshi Hiro! Tunggu!"

Remaja yang berpakaian tidak kemas itu menghalang pergerakan Hiro. Mulutnya terkumat-kamit untuk berbicara.

"Kau nak apa lagi?" Tegas Hiro.

"Ano... Nama aku Mirai Kazuo. Abang kepada Mirai Aish, budak perempuan yang mati dua bulan lepas akibat dibunuh. Kes ni diuruskan oleh abang kau. Disebabkan kecuaian abang kau juga, adik aku tak dapat diselamatkan. Aku hilang satu-satunya permata hati aku. Keluarga aku berpecah-belah disebabkan hal ni. Apa yang aku dengar, abang kau bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku. Aku cuba cari dia selama dua bulan ni. Tapi gagal. Dimana abang kau bersembunyi selama ni? Kenapa tiada khabar berita dari pihak polis atau media massa selepas kes ni tutup?"

Hiro termanggu dan mengeluh panjang. Kazuo masih menunggu reaksi dari Hiro.

"Bukan abang aku yang menyebabkan kematian adik kau. Tambahan lagi, abang aku sendiri hampir mati disebabkan adik kau. Kami rahsiakan kejadian yang berlaku dari pihak media dan orang ramai kerana kes ni masih dalam siasatan. Kejadian yang menimpa Mirai Aish juga dirahsiakan sepenuh kerana menjaga keselamatan aku dan abang aku."

Hiro menarik nafas lega selepas memberitahu hal sebenar kepada Kazuo. Dia berharap penjelasan ringkasnya dapat membuang sedikit dendam yang ada pada Kazuo. Nafas dihela sedalamnya. Masih ragu untuk menerima keterangan yang masih tiada bukti kukuh.

"Aku nak jumpa abang kau esok. Dan aku harap penjelasan dari abang kau dapat membuatkan hati aku aman." Ujar Kazuo sambil melihat jam di tangan. Kakinya melangkah pergi. Mata Hiro mengikuti langkah demi langkah dari Kazuo, kenalan barunya.

"Kureiji!"

*****************

(Di rumah)

"Tadaima!" Ucap Hiro tidak sengaja selepas membuka pintu.

Dia melepaskan nafas kecewa. Sememangnya menjadi kebiasaan baginya untuk mengucapkan 'saya dah pulang' sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam rumah. Sejak ibu dan bapanya meninggal sebulan lepas, kebiasaannya ini menjadi kejanggalan.

"Okairienasai!"

Serentak itu, Hiro memandang terus ke hadapan. Berdiri satu bayang-bayang seorang kanak-kanak perempuan bertoceng yang tersenyum manis. Selepas seketika, bayang itu hilang. Hiro mengelipkan mata beberapa kali dan menggosoknya.

"Ilusi, mainan mata, mimpi atau betul-betul ada?"

Hiro berundur perlahan-lahan ke belakang dan membuka pintu. Langkahnya terhenti apabila melanggar seseorang di muka pintu rumahnya. Tiba-tiba, satu tangan menepuk bahu Hiro. Hiro mencengkam tangan penceroboh itu dan tunduk sedikit. Dengan daya dari badannya, dia menarik tangan penceroboh dan membalikkannya ke hadapan.

Kedengaran bunyi hentaman di seluruh flat. Terbaring seseorang yang Hiro kenal di lantai. Orang itu mengerang kesakitan.

"Gomenasai! Gomenasai! Aniki! Gomenasai!" Hiro terkejut besar melihat abangnya yang masih terlentang.

"Hiro... Kau nak bunuh abang ke? Abang baru nak sembuh..." Kaneki menghulurkan tangan.

"Aniki! Aniki okay ke? Sakit kat mana-mana? Gomenasai!"

Hiro menyambut tangan Kaneki dan menolong Kaneki berdiri. Hiro memapah Kaneki ke sofa. Bayangan Aish muncul di sebalik pintu bilik. Hiro membuka lampu dan berlari ke dalam biliknya untuk mengambil 'first aid'.

"Tak sangka adik abang ni kuat. Abang tak perlu risaukan adik lagi. Adik dah pandai jaga diri." Kaneki mengusap kepala Hiro sambil tersenyum. Hiro mula menangis. Diletakkan 'first aid' di atas meja dan duduk di sisi Kaneki.

"Saya masih tak kuat. Saya masih perlukan abang dalam hidup saya. Jangan tinggalkan saya sama seperti mama dan papa tinggalkan saya. Abang berhentilah jadi polis. Dan saya janji saya akan jaga abang seumur hidup saya." Luah Hiro sejujurnya sambil mengelap air mata yang mengalir. Kaneki sebak.

"Hiro, ajal maut semua bukan di tangan kita. Apa yang ditakdirkan kita kena terima. Yang penting kita berusaha untuk jadi lagi kuat dan jadi terbaik dari sebelum ini. Lagipun abang suka kerja abang. Dan abang akan selesaikan apa yang belum selesai. Lagi-lagi kalau melibatkan orang yang tidak bersalah. Kamu faham bukan?"

"Saya faham... Tapi saya bimbangkan keselamatan abang. Abang baru sembuh. Saya takut perkara buruk berlaku lagi sekali. Tolonglah berhenti. Demi saya... Tolonglah..."

Hiro melutut dengan tangisan yang sudah lama tersimpan di dalam diri. Disimpan sejak abangnya mengalami kemalangan yang hampir meragut nyawa dan kehilangan kedua orang tua akibat kemalangan. Kaneki memeluk adiknya erat.

"Cemburunya saya..."

Aish dan Leo muncul di tepi mereka yang masih dalam dunia 'brotherhood' mereka. Mata Hiro terbuntang.

"Yuurei!"

Hiro melompat ke belakang sofa. Kaneki tergelak melihat tindakan drastik adiknya.

"Kenalkan. Ini Mirai Aish. Kanak-kanak perempuan yang ma... Maaf! Yang 'pergi' dua bulan lepas."

"Yoroshiku!"

Hiro melihat wajah Kaneki dan Aish berulang kali. Termasuklah kelibat Leo yang sedang mengiau.

***************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience