BAB 4

Romance Completed 5431

Atilia yang sedang sibuk melayan tetamu terus menoleh ke arahku. Dia memberikan senyumannya yang selalu menghantui malam dan siangku. Dia meninggalkan para tetamu dan menuju kepadaku. Aku kelu pada saat itu. Apa yang harus lakukan? Aku melihat ke dalam matanya yang bersinar. Aku seperti dipukau waktu itu dengan kecantikkannya. Lesung pipit di pipinya cukup mencairkanku. Dia mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi datang ke parti hari jadinya.

“Sama-sama. Awakkan kawan saya, mestilah saya datangkan? By the way, awak ada nampak Anna tak?” aku bertanya sambil memanjangkan leherku mencari kelibat wanita itu.

“Oh, dia tak beritahu awak ke?”

“Beritahu apa?”

“Dia tak dapat hadir sebab dia kena jaga kedai,” aku cuma mengangguk kepalaku. Tiba-tiba seorang wanita datang ke arah Atilia dan menghulurkan hadiah. Apabila aku melihat hadiah tersebut, baru aku teringat akan bunga ros yang berada di belakangku.

Baru sahaja aku ingin mengeluarkan bunga ros dari belakangku, seorang lelaki yang lebih tampan dan tinggi daripadaku, mengambil tempat di sebelah Atilia. Aku perasan akan tangannya yang berotot memegang tangan Atilia dengan cukup mesra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience