BAB 1

Romance Completed 5431

Entah berapa kali mulutku terkuak menguap pagi ini. Sudah beberapa kali aku menggosok kedua-dua mataku dengan harapan agar mengantukku hilang. Aku menjalarkan tanganku mematikan jam loceng yang sedang menjerit sekuat hatinya, dengan tahap kemalasan yang maksimum. Aku menuruni katilku dan mengambil tuala biruku. Pintu bilik air dibuka. Ketika aku sedang sibuk memberus gigi, telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi.

AKu termundar mandir ke hulu ke hilir tak ubah seperti zombie., mengambil telefonku itu sebelum aku berdiri dalam keadaan terkejut. Mulutku terbuka luas setelah aku mengetahui bahawa hari ini adalah hari yang aku telah nanti-nantikan sejak beberapa bulan yang lalu. Dengan sepantas kilat, aku mengambil pakaianku daripada almariku yang besar sebelum membaling ke atas katil.

Aku berlari ke arah bilik air dan membersihkan badanku dengan cepat. Orang tua-tua kata, mandi kerbau. Lantaklah apa orang nak cakap asalkan nanti minyak wangi, aku sembur banyak-banyak. Setelah mandi, aku memakai pakaianku dan mengimbas diriku melalui cermin bilik. Baju kameja berkolar dan berseluar jeans. Rambut disikat.

Aku berjalan keluar daripada bilikku, menuruni tangga rumahku dan menuju ke arah dapur. Sandwich semalam yang disimpan di dalam peti, diambil, berserta sebotol susu segar. Semuanya aku telan dengan sekali suap sahaja. Nak cepat katakan.

Seperti hari semalam, mama dan papa masih sibuk berbulan madu buat kali yang kelima dalam tempoh 18 tahun perkahwinan mereka. Almaklumlah, masing-masing sibuk bekerja. Adik lelakiku pula telah menyertai satu perkhemahan di hutan. Hutan apa pun aku tidak tahu. Jadi, tinggallah aku seorang diri di rumah yang besar ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience