BAB 5

Romance Completed 5431

“Oh, sebelum terlupa. Nauzin ni Fautwa,” Atilia memperkenalkan lelaki itu kepadaku.

Kami bersalaman. Dia memperkenalkan dirinya sehingga membuatkan aku rasa seperti kepalaku ditembak dengan pistol. Aku sedikit keliru. Aku memberikan senyuman yang palsu kepada Fautwa. Aku meminta diri untuk pergi tandas walaupun yang sebenarnya aku menuju ke arah basikalku. Angin pada malam itu bertiup kencang. Aku memandang bunga ros di tanganku sebelum membalingnya ke dalam tong sampah yang berhampiran.

Aku mengayuh BMX ku jauh daripada rumah agam itu. Aku terdengar seseorang memanggil namaku tetapi aku hanya memekakkan telingaku sahaja. Air hujan mula menitis sedikit demi sedikit sebelum menjadi lebat. Air mata jantanku tiba-tiba terjatuh daripada kelopak mataku. Aku memberhentikan basikalku di hadapan ‘Lovely Flowers’.

Kedai itu masih beroperasi. Cahaya memenuhi kedai itu. Aku menuruni daripada basikalku dan berjalan melepasi sebuah papan tanda yang tertulis ‘Dibuka 8 pagi sampai 6 petang setiap hari’. Anna yang sedang sibuk menyusun bunga di dalam kedai itu, menoleh kepalanya ke arah pintu masuk setelah kedengaran bunyi kicauan burung. Dia datang menghampiriku yang sudah basah dan menyentuh mukaku dengan tangan kecilnya.

Aku cuba memberitahunya tentang apa yang terjadi sebelum dia menyuruhku agar diam. Aku membawaku ke kerusi berhampiran. Aku mengigil kesejukan. Dia menuju ke arah pejabatnya dan datang kepadaku setelah lima minit, bersama sehelai tuala dan kopi yang masih panas.

“Fautwa, tunang Atilia,”

Di mindaku saat ini kerap berputar suara seakan sebuah lagu yang ditekan mode replay berulang kali. Aku ingatkan duniakan akan musnah pada saat itu tetapi kehadiran Anna di sisiku membuatkan luka di hatiku pada saat itu pulih serta merta. Kami hanya memandang satu sama lain. Aku meniup kopi yang panas itu sambil memandang ke arah tingkap. Memandang hujan yang turun dengan lebatnya. Hujan selalu sinonim pada air mata dan kesunyian, namun syukur aku tidak bersendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience