BAB 3

Romance Completed 5431

Aku terkedu. Macam mana dia tahu? Dengan perlahan, aku mengangguk kepalaku sambil tersenyum simpul. Malu kononnya! Anna mengeluh buat seketika. Dia tinggalkan aku keseorangan, menuju ke arah kuntuman ros. Aku melihat kawasan sekeliling kedai itu. Cantik. Sejuk mata memandang.

Selang beberapa minit, dia berjalan ke arahku dengan sejambak bunga ros. Dia menghulurkan jambangan itu kepadaku. Bunga ros bertukar tangan. Aku mencium bunga tersebut dan baunya cukup wangi. Baru sahaja aku ingin keluarkan duit, Anna terus berkata, “Takpe, saya belanja,” aku sedikit terkejut. Syukur! Selamat duitku.

“Thank you!” aku senyum kepadanya dengan senyuman yang cukup manis. Anna hanya senyum hambar. Suasana sedikit sunyi sebentar sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Dia sempat mengucapkan semoga berjaya kepadaku. Aku meluru ke arah basikalku dan pulang ke rumah.

Jam 9:00 malam. Aku sudah bersedia dengan kameja putih dan berseluar jeans hitam. Aku gayakan sedikit rambutku dan menyembur minyak wangi. “Hari ini akan menjadi hari bersejarah bagi aku,” aku menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan.

Tiga puluh minit telah berlalu. Aku membetulkan jam tanganku setelah memarkirkan basikal di tempat yang disediakan. Aku sekarang berdiri di hadapan sebuah rumah agam yang tersergam indah. Ramai yang telah hadir. Hanya sesetengah sahaja yang aku kenali di sana. Aku memeriksa bunga ros yang aku beli pagi tadi. Aku letakkan sekeping nota di dalam yang bertulis “Will you be mine?”

Setelah puas menoleh ke kiri dan kanan, akhirnya aku telah menjumpai kekasih dalam diamku. Dia memakai dress berwarna merah berserta sepasang kasut tumit tinggi. Aku berjalan ke arahnya dengan penuh debaran sambil menyembunyikan bunga tersebut di belakangku.

“Hi Atilia!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience