BAB 3

Romance Completed 20248

Raha duduk di sofa sambil mengunyah keropok Potato Chips yang berada di tangannya. Sesekali matanya ke arah screen TV Plasma. Menonton penuh syahdu pada drama Korea yang romantik itu. Tetapi, ketenangannya terganggu apabila 4 mata memandangnya dengan serius. Dia menoleh ke sebelahnya. Abang Rahim dan Rafiqnya merenung dia sampai tak terkebil-kebil mata tu!

“Kenapa? Nak ke?.” Soal Raha tulus. Barangkali diaorang nak Potato Chips ni. Soalnya dalam hati.

Rahim menggeleng dan mengeluh halus. Rafiq pulak ketawa kuat…

“Ada apa dengan adik ni sampai dia terpikat habis?.” Soal Rafiq. Tapi pantas dia pekup mulut dan tersengih habis…

Kening Raha terangkat. Bingung.

“Abang tanya, ada apa dengan perempuan tu sampai lelaki ni terpikat habis?.” Soal Rafiq sambil menuding ke arah screen TV. Dia menghembus nafas lega apabila Raha menjelaskannya padahal dia bukannya minat pun nonton drama ni. Huh, nasib baik Raha tak faham!

Rasyid yang duduk di sofa hadapan hanya melihat anak gadisnya itu dan mengeluh halus. Boleh tahan jugak penangan Raha ni!…Dia tersenyum.

*---------------------------------*

Rasyid menyambut salaman tangan Raha. “Hati-hati. Jangan balik lewat sangat.” Pesan Rasyid pada Raha yang hanya tersenyum.

“Okey abah. Raha pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Ucap Raha sambil menutup pintu kereta Fortuner itu.
Rasyid hanya tersenyum dan kereta Fortuner itu bergerak perlahan. Dia melambaikan tangannya pada abahnya yang beransur hilang dari pandangannya.

Raha berjalan memasuki bangunan Suria KLCC dengan langkah santai. Dia baru saja habis kuliah. Nasib baik kuliahnya habis pukul 3:00 petang. Lagipun dia dah merancang untuk mencari bahan bacaan dan rujukan di Kinokuniya Book Store pada petang ini. Sesudah membelek dan berpuas hati dengan buku rujukan itu, Raha ke kaunter pembayaran.

Selesai saja membuat pembayaran, Raha berjalan-jalan sebentar sambil window shopping.

“Raha?.” Panggil satu suara dari arah belakang.

Raha menoleh. Kelihatan Akil Firdaus sedang memandangnya dengan senyuman di bibir. Raha terkedu. Eh, inikan kawan Abang Rahim…Bisiknya dalam hati.

Semasa Akil Firdaus bertandang ke rumahnya tempoh hari. Dia hanya menadah telinga dan mendiamkan diri mendengar perbualan mereka bertiga. Hanya bertentang mata apabila Akil Firdaus balik dan menyalam tangannya.

“Abang Akil ke?…” Balas Raha berbudi bahasa.

Akil Firdaus tersenyum. Dia merenung Raha di hadapannya. Penampilan Raha yang manis membuatkan dia hampir tidak mengenalinya. Walaupun simple tapi manis pada pandangan matanya. Baju kurung bewarna biru muda serta lace hitam dileher dan dihujung lengan dan hanya memakai kasut flat. Beg sandang dibelakang badan serta buku ditangan. Rambut pula hanya dibiar lepas dan hanya memakai reben hitam bersesuaian dengan kaca mata bingkai hitam itu. Comel! Dia tersenyum…

“Sendiri aje ke?.” Soal Akil Firdaus sambil melihat sekeliling. Kemudian melihat Raha di hadapannya.

Raha mengangguk sambil tersenyum. Dia meneliti Akil Firdaus dari balik kaca matanya. Handsome! Memang diakui bahawa Akil Firdaus lebih handsome dari Abang Rahimnya. Berkulit putih serta senyuman yang menawan itu. Mata dia pulak sepet sikit. Ada darah campuran ke? Fikir Raha.

“Okey la. Raha nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Pamit Raha. Terasa kekok jugak apabila berdepan dengan Akil Firdaus itu.

“Eh, Sekejap. Raha balik dengan siapa? Kalau tak, biar Abang Akil hantar.” Pelawa Akil Firdaus serius sambil melihat jam di pergelangan tangannya.

Raha terpempan. Hah? Biar betul?

“Tak. Takpelah. Raha naik teksi aje. Apa-apapun terima kasih ye…” Tolak Raha sopan.

“Takpe Raha. Lagipun kebetulan Abang Akil ada hal kat Jalan Ampang tu. Sekali bolehlah Abang Akil hantar Raha balik. Lebih selamat.” Kata Akil Firdaus serius. Selepas itu tersenyum sambil melihat Raha di hadapannya.

“Tapi…” Gumam Raha.

“Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Itu kata-kata pelakon pujaan Abang Akil. Arwah Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee dalam filem beliau ‘Madu Tiga’. Betulkan?...” Pintas Akil Firdaus sambil senyum meleret.

Nampak nakal senyuman itu pada pandangan Raha. Raha tergelak kecil. Boleh tahan jugak Akil Firdaus ni. Biarpun lama di luar negara. Dia boleh ingat kata-kata dalam filem ‘Madu Tiga’ tu. Pujinya dalam hati.
Raha mengeluh halus. “Baiklah.” Ucap Raha sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience