BAB 9

Romance Completed 20248

Hari-hari seterusnya. Kehidupan Raha seperti biasa. Cuma ada sesuatu yang berlaku pada dirinya. Sejak kebelakangan ini, rasa serba salah dan menyesal bersatu dalam dirinya. Serba salah sebab tidak menghantar pesanan ringkas pada Akil Firdaus. Padahal Akil Firdaus ada mengatakan bahawa dia akan menunggunya. Lepas tu, dia menyesal. Kenapalah dia tak berani nak mesej pada malam itu? Kini, dia nak mesej tapi malu. Abangnya pulak bertegas yang dia kena sampaikan ucapan tu sendiri pada Akil Firdaus. Tak boleh hantar wakil. Tak ikhlas katanya….Ewah, abang dia dah pandai bersandiwara!

Hujung minggu itu, Abang-abangnya mengajak dia ke Genting Highlands. Bersama-sama dengan Kak Ana. Adik-adik kembarnya tak dapat ikut sebab ada program dengan kengkawan yang lain. Dia hanya memakai jeans serta t-shirt. Lepas tu, memakai sweater kat luar dan kasut flat. Rambut dibiar lepas dan rambut hadapan dipin ke belakang. Simple!

Apabila sampai kat sana. Dia mengikut abang-abangnya bermain dan berseronok. Kak Ana yang sporting membuatkan Raha terlupa buat seketika pada perasaannya yang tengah keliru itu. Tidak lama kemudian, Abang Rafiqnya meminta diri. Katanya nak dating dengan Kak Ana. Berdua. Lepas tu Abang Rahimnya pula nak jumpa kawan yang kebetulan datang ke sini juga.

Semasa Raha berjalan mengharungi pengunjung yang ramai itu, dia terlanggar seseorang dan menyebabkan dia terdorong ke belakang. Nasib baik ada tangan yang menghalang. Kalau tidak, pasti dia jatuh terduduk!
Raha menyangkakan bahawa Abang Rafiqnya yang menahan badannya dari belakang. Tetapi, apabila dia menoleh. Zup, dia nak jatuh pengsan!

Dia terkaku di situ. Orang yang berada di hadapannya adalah Akil Firdaus. Melihat dia dengan wajah serius. Abangnya hanya muncul selepas itu. Rupa-rupanya kawan yang dimaksudkan oleh abangnya itu adalah Akil Firdaus!

Tetapi pelik, Akil Firdaus hanya melihat dia tanpa segaris senyuman. Hanya bercakap dan bersembang pada abangnya sahaja. Apabila melihatkan abangnya dan Akil Firdaus serta 2 orang rakan abangnya yang turut datang ke tempat ini berbual di sebuah café yang terbuka. Dia meminta izin pada abangnya untuk bersiar-siar dan meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Abangnya itu memesan agar jangan pergi jauh dari café ini. Takut tersesat. Dia hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Sebenarnya, dia tidak betah untuk duduk disitu. Terasa asing dan pelik!
Raha mengambil keputusan untuk mengikut laluan ke kawasan tapak permainan. Dia lebih suka melihat para pengunjung yang datang bermain di situ. Jalan punya jalan. Dia berpaling. Alamak, dia dah sesat! Dia berputar kembali pada laluan yang dilaluinya sebentar tadi. Tapi dia terlupa laluan mana yang dia ikut. Dia menyeluk saku sweater kat hadapan. Nak call abangnya. Tetapi, tiada! Raha mengeluh halus kerana merasakan nasib dia yang malang sangat hari ini. Pasti handphonenya tertinggal kat café. Sebentar tadi, dia ada gunakan handphone itu untuk bermesej dengan abahnya.

Dia mencari tempat duduk. Jauh dari tempat yang sesak dengan pengunjung. Terasa kakinya lenguh sebab berjalan ke sana ke mari. Dia duduk sambil mengenggam jari-jemarinya. Dalam fikirannya. Pasti abangnya akan jumpa dia kat sini! Dia menunggu dan terus menunggu. Tetapi , apabila merasakan yang seminit itu bagaikan 10 minit aje. Mata dia dah berair. Dia buka kaca matanya. Ingin menahan airmata yang ingin mengalir. Dahlah sejuk, sesat pulak! Keluh hati Raha. Sedih!

“Raha!.” Jerit satu suara. Dia kenal suara itu. Airmatanya dah tak dapat di tahan. Akhirnya mengalir…
Terasa tangannya digenggam erat. Pandangannya kabur sebab kaca matanya berada di pangkuannya. Dia seka airmatanya menggunakan tangan kiri. Tangan kanannya masih berada dalam genggaman dia. Dia yang bernama Akil Firdaus!

“Raha okey ke?.” Tanya Akil Firdaus yang mencangkung di hadapannya.
Raha hanya mengangguk.

“Nasib baik Abang Akil lihat arah mana Raha ikut dari café tu tadi.” Akil Firdaus tarik nafas lega.

Raha terkejut. Eh, dia perhatikan ke? Kalau begitu, kenapa tak tegur masa mula-mula jumpa dia tadi? Soal Raha. Tetapi soalan tu hanya dalam fikiran aje. Tak terluah!

“Sorry. Buat susah aje. Raha tak apa-apa.” Balasnya sambil memakai semula kaca matanya. Dia renung Akil Firdaus di hadapannya. Kali ini Akil Firdaus melihatnya dengan senyuman manis. Dia tunduk. Perasaan malu menguasai diri. Dia bertambah malu apabila tangannya turut erat mengenggam tangan Akil Firdaus. Sepertimana tangan Akil Firdaus tidak mahu melepaskan genggaman tangannya.

“Raha…Abang Akil minta maaf sebab tidak mempedulikan Raha sebentar tadi. Abang Akil tahu yang Raha terasa dengan kelakuan abang tadi. Abang Akil minta maaf sekali lagi…”
Raha menggelengkan kepalanya. Kemudian melihat Akil Firdaus dengan pandangan sayu.

“Raha nak cakap sesuatu. Raha nak ucap terima kasih sebab chocolate Cadbury tempoh hari tu. Juga terima kasih sebab jumpa Raha kat sini. Abang Akil tak salah apa-apa.” Ucap Raha sambil tersenyum. Lega sebab apa yang nak disampaikan pada Akil Firdaus dah tertunai.

Afiq Khairul hanya diam di situ. Dia genggam tangan Raha dan tersenyum.

“Raha tak mesej Abang Akil hari tu bukan sebab Raha tak suka berkawan dengan Abang Akil. Tapi, Raha malu. Itu aje.” Sambung Raha lagi sambil tersenyum.

Kawan? Akil Firdaus mengurut tengkuknya. Pantas saja dia berdiri dan tunduk sedikit mendekati Raha. Topi sweeter di belakang Raha ditarik lalu dipakaikan pada kepala Rahaa. Dia tunduk dan berbisik hampir pada telinga Raha itu.

“Jangan senyum macam tu! Ia boleh buat Abang Akil terus jatuh cinta dan takkan mampu nak tekan break nanti. Jangan salahkan Abang Akil jikalau selepas ini Abang Akil akan lakukan apa sahaja untuk buat Raha jatuh cinta dengan abang!” Sesudah berkata macam tu. Akil Firdaus menjarakkan diri. Dia lemparkan senyuman yang paling manis buat Raha.

Raha terkedu di situ. Dah terkedu, terkaku pulak tu! Dia tunduk menekur lantai. Aku mimpi ke?!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience