BAB 11

Romance Completed 20248

Raha berfikir tentang apa yang abahnya cakap tempoh hari. Dia lihat Akil Firdaus yang berdiri di sebelah sambil tersenyum melihat dirinya. Hari ini, selepas saja kuliahnya habis. Akil Firdaus menjemputnya di kampus. Nak lunch bersama-sama. Selepas saja lunch bersama, semasa menuju ke tempat letak kereta…

“Abang ada buat sesuatu ke? Sebab abah cakap yang dia suka dengan keberanian Abang Akil…” Soal Raha sambil mendongak dan melihat Akil Firdaus disebelahnya.
Lama Akil Firdaus berfikir. Kemudiannya dia tersengih lebar.

“Ooo. Pasal yang itu…Sebenarnya, uncle dan Rahim dah tahu sejak dari mula lagi yang abang dah jatuh cinta dengan anak dan adik diaorang yang comel ni…” Jelas Akil Firdaus sambil mencuit hidung Raha sedikit. Terus Raha mencebik...Akil Firdaus tergelak kat situ.

“Masa abang pandang aje Raha hari tu. Perasaan abang lain. Tak sama seperti yang sebelumnya. Kali ini lagi hebat dan ia membuatkan abang bernekad dan berazam untuk mendekati Raha. Tapi, abang bertaruh dengan diri abang. Jika Raha punya perasaan yang sama dengan abang. Abang rasakan yang dunia ini adalah milik abang. Jika tidak, abang akan undur diri. Takkan nak paksa anak orang untuk terima diri abang ni. Hidung tak mancung, pipi pulak yang tersorong-sorong…” Sambung Akil Firdaus.
Raha di sebelah tergelak kecil.

“Seminggu selepas abang datang lunch ke rumah hari tu. Abang ke rumah Raha semula dan berjumpa dengan uncle, Rahim dan Rafiq. Masa tu Raha kat kampus lagi. Abang bagitahu yang abang serius dan ingin melamar Raha…” Akil Firdaus menoleh dan melihat Raha yang terkaku di situ.
Raha terlopong. Melamar??? Patutlah gelagat abah dan abang-abangnya pelik semacam!

“Angau. Itulah diri abang disaat itu. Gila bayang pada orang yang hanya jumpa dan bertentang mata sekali aje! Tapi, uncle bagitahu kat abang. Katanya biarlah keputusan itu dari tangan Raha. Lagipun ianya terlalu cepat. Tak nak kenal-kenal dulu ke? Rahim pula perli abang. Dia kata abang ni gelojoh. Tak sabar-sabar! Rafiq pulak ketawakan abang. Dia cakap, first time jumpa orang yang seberani abang!...” Jelas Akil Firdaus sambil berdiri di hadapan Raha. Tangan Raha diambil dan digenggam erat.

“Sebab tu la, Raha asyik terserempak dengan abang aje. Abang dapat maklumat dari spy abang. Kemana Raha pergi. Diaorang report kat abang. Jadi, abang pun mulakan misi abang untuk mendekati Raha. Sekaligus nak pikat Raha yang buat nothing aje pada abang ni. Gila. Raha boleh katakan itu pada abang. Tapi gila itu bersebab. Gila kerana jatuh cinta pada Raha...” Ucap Akil Firdaus dengan nada romantik.
Raha merenung ke dalam mata Akil Firdaus. Sinar keikhlasan terpancar pada sinar mata itu. Dia tunduk dan merenung jari-jemarinya yang berada dalam genggaman Akil Firdaus. Terasa dirinya adalah orang yang paling bahagia sekali…

Patutlah abahnya dan abang-abangnya tak bersuara dan setuju habis jika ia berkenaan dengan Akil Firdaus. Rupa-rupanya. Ini sandiwara diaorang. Raha ketap bibir…Terasa diri dipermainkan!

“Tapi, Raha tak suka dengan abang pun. Minta maaf ya…” Bisik Raha perlahan.

Akil Firdaus terkesima. Dia pandang Raha dengan dahi berkerut.

“Raha…” Akil Firdaus terdiam. Tangannya mengenggam erat jari-jemari Raha. Adakah dia sudah tersilap tafsir dengan tingkah dan pandangan Raha pada dia sejak kebelakangan ini?!

“Raha cuma kangen dan cinta bangat sama abang!...” Bisik Raha dengan loghat Indonesia sambil tersenyum nakal.

Akil Firdaus tersenyum lebar lantas menarik bahu Raha ke arahnya. Ingin mendakap Raha. Tetapi, dengan pantas Raha menghalang. Akil Firdaus tersedar. Dia meraup muka dan segera menarik tangan Raha.

“Esok abang hantar rombongan ke rumah. Kalau lama-lama. Abang takut tak dapat kawal diri…” Ujar Akil Firdaus serius.

Raha tersenyum bahagia.

“Apa-apapun, terima kasih sebab sudi terima abang. I love you...” Ucap Akil Firdaus romantik.

“Kasih diterima…I love you kot?.” Balas Raha nakal.

Akil Firdaus ketawa dan kemudian tersenyum bahagia. Begitu juga dengan Raha. Sesunguhnya Raha adalah rusuk kiri Akil yang sudah ditulis oleh-Nya sejak di Loh Mahfuz lagi. Semoga ia kekal hingga ke syurga abadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience