BAB 5

Romance Completed 20223

Sejak kebelakangan ini, Raha selalu saja terserempak dengan Akil Firdaus. Asal dia keluar berjalan dengan Abang Rahim atau Rafiqnya. Pasti Kelibat Akil Firdaus kelihatan. Tak pun, apabila dia berjalan sendiri dan ke kedai buku kegemarannya itu, Kinokuniya. Pasti dia terserempak dengan Akil Firdaus lagi. Tapi, baginya itu hanya kebetulan sahaja! Pasti!

Raha merenung bakul yang berisi chocolate Cadbury yang kini dalam pangkuannya. Dah tu, siap berbalut plastik dan ada reben lagi. Dia terkejut habis!

“Abang Rahim biar betul. Raha minta yang petak besar aje. Yang sampai sebakul ni buat apa? Abang ada buat salah kat Raha ke? Sampai sogok macam ni sekali.” Tanya Raha sambil melihat abang sulungnya yang kini duduk di hadapan itu. Sesudah aje makan malam tadi. Dia dan adik-adik kembarnya duduk di ruang tamu sambil menonton drama Indonesia. Tiba-tiba, abangnya itu meletakkan bakul di atas pangkuannya sambil tersengih.

“Mana ada. Ada-ada ajelah adik ni. Bukan abang yang bagi. Tapi seseorang. Time abang pergi cari chocolate tu. Orang tu ada sekali. Akhirnya, dia yang tolong beli dan siap pesan pada abang lagi. Kalau adik tolak. Cakap aje macam ni : Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Jadi, terima ajelah. Lagipun itu pemberian hadiah sebab pelawa dia lunch kat sini hari tu.” Terang Rahim sambil tersengih-sengih. Siap kening terangkat-angkat!

Raha terkedu kat situ. Dia ingat ayat itu. Akil Firdaus!

“Tapi, Raha tak boleh terima. Lagipun hari tu, Raha minta dengan abang aje. Bukan dengan dia.” Bangkang Raha sambil meletakkan bakul tu di atas meja.
Rahman dan Rahmat dah sibuk membelek-belek bakul tu sambil tersengih-sengih.

“Agaknya Abang Akil ada hati kot dengan akak ni? ” Ayat power-mower tu keluar dari mulut Rahman. Rahmat di sebelah terangguk-angguk macam burung belatuk.

Terus mata Raha terbeliak. Apa kes Akil Firdaus tu ada hati kat dia?! Tak mungkin!

“Raha terima ajelah. Ikhlas dari dia…Tak baik menolak pemberian orang. Jangan lupa ucap terima kasih kat Akil nanti.” Kata Rasyid yang tiba-tiba muncul dan duduk bersebelahan Raha.

Raha menoleh ke arah abahnya yang tersenyum manis pada dia. Dia mengeluh dan kemudian mengangguk. Apa-apapun, jika ada pertemuan di masa akan datang. Dia akan ingat pesanan abahnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience