BAB 1

Romance Completed 20223

ISNIN, 8 PAGI

Rasyid menyusun karipap yang baru dibelinya sambil menjeling Raha di sebelahnya. Lincah anak gadisnya itu membuat air bandung. Dalam beberapa minit sahaja, air bandung itu siap. Raha meletakkan jag yang berisi air bandung itu di atas dulang beserta 6 cawan gelas. 5 cawan gelas bewarna biru dan 1 cawan gelas berwarna merah jambu. Raha tersenyum manis sambil melihat abahnya. Dah Siap!

Walaupun tanpa Mak Jah, pembantu rumahnya yang tengah bercuti itu. Anak gadisnya itu tahu mengemas rumah dan memasak. Itu semua sudah diajar oleh Mak Jah sejak dari kecil lagi. Kata Raha, sebagai perempuan. Dia kenalah tahu buat kerja-kerja rumah ni. Takkan nak harap Mak Jah aje. Rasyid tersenyum bangga.

“Biar abah bawa dulang tu. Kamu bawa karipap ni.” Arah Rasyid sambil menyerahkan pinggan tu kepada Raha.

Raha mengangguk dan mengambil pinggan tu lantas melangkah ke ruang tamu. Kelihatan abang-abangnya dan adik-adik kembarnya duduk disitu sambil menonton filem Avenger. Petang sabtu macam ni memang aktiviti mereka sekeluarga untuk menonton filem bersama-sama.

Raha meletakkan pinggan yang berisi karipap itu di atas meja. Manakala Rahim, abang sulungnya menyambut dulang dari abah dan meletakkannya di atas meja juga. Adik-adik kembarnya, Rahman dan Rahmat bangun dari pembaringan dan duduk dihadapannya sambil tersengih-sengih.

Baru saja Rahman hendak mengambil karipap di pinggan, Raha pukul perlahan tapak tangan Rahman.

“50 sen seketul.” Gurau Raha dengan muka serius. Bibirnya menahan senyuman yang bakal memekar. Lucu dengan riak muka adiknya itu.

“Kejamnya! Takkan ini pun akak nak charge. Kedekut! Mak tipah jual 30 sen aje. Cekik darah la akak ni.” Rungut Rahman dengan muka mencebik.

“Mahal tak mahal. Bayar dulu baru makan. Takkan nak makan secara FOC (Free of charge)!.” Sambung Raha sambil menuang air bandung tu di cawan.

Rasyid yang melihat hanya tersenyum. Rahim dan Rafiq yang duduk bersebelahan hanya menumpukan perhatian pada screen TV Plasma. Tidak mengambil kira dengan gelagat adik-adik diaorang yang sememangnya suka bergurau dan menyakat antara satu sama lain.

Tiba-tiba Rasyid ketawa kuat di hadapan mereka. Terus saja Raha dan Rahman berpandangan di antara satu sama lain. Apa yang lucu? Mereka berdua menoleh ke arah screen TV Plasma.

Babak Ironman tengah berlawan dengan Thor. Itu pun lucu ke? Kening mereka terangkat. Hairan…

Tetapi, terus saja mereka terlopong apabila melihat Rahmat tengah berbaring dengan tangan kiri menongkat kepala dan tangan kanan memegang karipap. Selamba sahaja dia menyuap karipap tu dimulutnya.

“Sejak bila Rahmat ambil karipap tu?.” Soal Rahman sambil melihat Raha.
Raha mengongket bahu. Tak tahu.

“Lapar! Takde masa nak layan drama tak bertauliah akak dan Rahman tu.” Tiba-tiba Rahmat bersuara sambil tersengih.

Mereka yang ada kat situ tergelak sakan. Lucu dengan gelagat Rahmat yang spontan itu.
Rasyid hanya tergeleng-geleng sambil tersenyum. Walaupun ketiadaan isteri yang tercinta disisi, Dia tidak pernah lupa dan tetap menjalankan tanggungjawabnya. Dialah yang menjaga dan mengasuh anak-anaknya itu hingga besar panjang dan menjadi insan yang dia banggakan. Baginya, anak-anaknya adalah semangat dan pendorong bagi dirinya untuk menempuhi hidup ini.

Mohd. Rahim, anak sulungnya dan berumur 27 tahun. Seorang arkitek dan telah mewarisi perniagaannya sejak 2 tahun yang lalu. Mohd. Rafiq, anaknya yang kedua dan berumur 25 tahun. Seorang engineer. Rahadatul ‘Aisy @ Raha, satu-satunya anak perempuannya dan masih lagi menuntut di University di Kuala Lumpur ini. Mohd. Rahman dan Mohd. Rahmat, masih lagi bersekolah dan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.

Dia renung gambar arwah isterinya yang tergantung di dinding atas TV Plasma itu. Seolah-olah isterinya itu tersenyum melihat dirinya. Dia tersenyum lagi. Dia akan menjaga anak-anaknya itu hingga nafas yang terakhir. Itulah janjinya pada arwah isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience