BAB 5

Horror & Thriller Completed 244

Kalau setakat Lab Exercise pun dah susah sikit, apatah lagi PBT ni.

“Kalutlah kau ni. Macamlah soalan tu tak ada jawapan,” jawab Amalina.

“Soalan pun dah susah. Dia suruh paparkan sebijik macam ni. Kira bil
elektrik dengan air pulak tu. Dahlah kena ada kotak bagai, siap
kemas-kemas lagi,” kata Ziera lagi tidak puas hati.

“Soalan senang, jawapan yang susah,” kata Amalina mengambil soalan itu
dari tangan Ziera.

“Kalau senang, kau buatlah sendiri,” ujar Ziera malas.

“Tak ada, tak ada. Ini kerja kumpulan sayang oii... buat sama-sama okey.”

“Puan nak sebelum pukul berapa?” soal Ziera inginkan kepastian.

“Pukul lima petang ni,” kata Amalina membalas.

“Jomlah ke kelas. Nak hantar ni lagi dekat unit exam,” ujar Ziera
sudah bersiap sedia untuk ke kelas. Amalina mengangguk tanda setuju.

Sedang mereka berdua dalam perjalanan ke politeknik, hujan mula turun
dengan lebat membasahi lantai bumi Jitra. Ziera menjerit ketakutan.
Hatinya mampu bersabar saja bila hujan mula membasahi tubuhnya. Sahabat
baiknya sah turut terkena tempias. Lainlah moto aku ada bumbung. Omel
Ziera dalam hati.

Sesudah sampai, Ziera cepat-cepat mengunci motosikalnya lalu berlari ke
tempat yang teduh. Amalina turut membuat perkara yang sama.

“Wei… habis basah PBT kita ni…” Ziera sudah mahu menangis. Kejap lagi,
kelas pukul tiga petang. Dahlah dua jam. Puan nak sebelum pukul lima.
Cantik! Ada peluang kena bebel lagi ni.

“Alamak! Pergi print lainlah. Nasib baik aku bawak pendrive. Asal
kau tak letak dalam file ke?” soal Amalina dengan kecuaian sahabat
baiknya itu.

“Lupa.” Seperti biasa, Ziera hanya tersengih.

Sengih je minah ni. Tak pasal-pasal, kena tibai dengan Puan Salehah
pulak. Gumam hati Amalina pula melangkah bersama Ziera untuk ke koperasi.

Usai saja print tugasan mereka berdua dan membuat pembayaran, mereka
berdua mula melangkah ke kelas.

Ziera memeriksa hasil tugasan mereka itu.

“Amal…..” Ziera sudah menjerit.

“Kenapa, kenapa?” Amalina terus bertanya.

“Kenapa soalan dua ni ada error? Kita tak perasan ke?” Ziera bertanya.

“Aku rasa, aku dah betulkan dah,” jawab Amalina ragu-ragu.

“Tapi, asal ada error lagi? Aduh! Sah markah sikit nanti. Ni kes taip
cepat sangatlah ni. Kau tengok error tu ada dekat mana. Semua kita
tertaip dua kali. Habis semua effect. Oh my coding. Benda kecik je
pun. Sah puan bising lagi,” kata Ziera lagi sudah berputus asa.

“Hantar je lah nanti. Malas nak fikir!” putus Ziera menyimpan semula
tugasan itu.

“Ziera,” panggil Puan Salehah menyebut nama terakhir pelajarnya untuk
mengambil tugasan yang sudah siap disemak.

“Okey, itu saja untuk hari ini. Good luck for your final exam. Saya
harap, apa yang awak belajar ni, boleh dipraktikkan masa final nanti.
Buat elok-elok. Jangan fikir seronok saja masa study week nanti. PB
saya akan letak dekat unit exam lepas habis paper OOP nanti. Adib,
kalau saya lupa, tolong ingatkan saya nanti ya. Okey, bersurai semua,”
kata Puan Salehah mengakhiri kelas pada petang itu.

“Tamat sudah kelas untuk semester tiga. Lega tak?” soal Amalina.

“Eh, mana pergi error tu? Tak ada pun. Kenapa elok je ni?” Ziera
bertanya pada dirinya sendiri.

“Hai Ziera. Okey tak aku buat ni?” Imran bertanya.

“Kau buat ni? Kau buat apa?” soal Ziera tidak faham.

“Aku dah betulkan dah. Amal yang beritahu aku yang soalan nombor dua
korang ada problem,” kata Imran lagi.

“Macam mana kau buat?” soal Ziera ingin tahu.

“Masa hari kita kena hantar tu, Amal ada beritahu aku yang soalan dua
korang ada error. Aku pulak, nombor dua aku buat dua konsep. Dua-dua
aku print, satu ada lebih, aku bagi dekat kau satu,” kata Imran
menceritakan hal sebenar.

“Macam mana kau buat?”

“Lepas kau hantar tu. Aku pergi terus dekat unit exam. Aku ambik
assignmentkorang tu dan aku tukarlah soalan nombor dua tu dengan yang
aku buat tu, faham?” soal Imran bertanya pula.

“Oh… faham sangat. Sempat ke kau buat? Puan tak nampak?” kata Ziera lagi
ingin tahu. Manalah tahu jika lelaki itu kantoi dengan Puan Salehah.

“Tak. Dia tak ambil pun lagi PBT tu,” kata Imran lagi. “Aku buat tu,
sebagai tanda maaf sebab bagi jawapan yang sama dekat kau macam Aziman
punya,” kata Imran tujuan dia berbuat begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience