BAB 4

Horror & Thriller Completed 244

“Saya malas nak panjang cerita. Saya pun tak suka nak marah-marah
pelajar saya. Sebab awak dah besar. Boleh berfikir secara baik saya
rasa. Kalau awak tak tahu sangat, kenapa awak tak tanya je siapa yang
tahu? Saya tahu sebenarnya siapa yang tiru siapa cuma tak boleh ke awak
guna konsep awak sendiri? Awak faham tak apa yang saya ajar dalam kelas
sebelum ni?” ujar Puan Salehah menyambung dengan syarahannya lagi.

“Faham sikit-sikit je puan,” kata Ziera ringkas.

“That why saya panggil awak. Saya tak panggil Aziman sebab saya tahu
dia memang faham. Yang lain kalau tak faham pun, elok je datang tanya
saya. Ke awak ada masalah?” soal Puan Salehah lagi.

“Tak adalah puan. Saya okey je,” ujar Ziera ringkas.

“Tak apalah untuk kali ini. Next time, awak cuba buat sendiri. Kalau
awak tak faham sangat, ikutlah awak nak copytapi saya nak awak cuba
buat guna konsep yang awak faham. Kalau konsep pun awak tak faham,
sure susah nanti awak nak jawab final exam. Apatah lagi test atau
pun quiz. Tu semua markah tau,” kata Puan Salehah.

Ziera hanya mengangguk faham.

“Tanya siapa-siapa je yang pandai. Belajar dari dia orang. Jangan duduk
diam je,” sambung Puan Salehah lagi sebelum melepaskan Ziera untuk
pulang. Ziera menarik nafas lega.

Ziera menghidupkan enjin motosikalnya. Mujur puan tak sembur dia tadi.
Marah-marah biasa je.

“Kena bebel ke?” soal Amalina yang sudah berada di atas motosikalnya
sambil merenung sahabat baiknya itu di sebelah.

“Haah. Boleh tahanlah. Dia suruh aku cuba lagi,” kata Ziera tiada
semangat untuk berbicara akan hal itu.

“Kau buat sendiri ke kau tiru ni?” soal Amalina menduga.

“Aku copy Imran punya,” ujar Ziera tersengih.

“Tapi yang peliknya, puan kata dia aku tengok Gmeyz punya. Tu yang aku
hairan tu. Im bagi dekat aku semalam jawapan dia. Pelik pulak,” kata
Ziera bila dia tersedar apabila puan mengatakan jawapannya hampir sama
dengan Aziman. Bukankah Imran yang memberinya coding lab exercise tiga
itu kepadanya?

“Komen kau tulis tak tepi setiap coding tu?” Amalina bertanya lagi.

“Tulis. Itu pun main tibai je aku buat,” kata Ziera lagi tidak kisah
lagi apabila dia membuat kerja di saat akhir. Perkara senang, dia main
buat saja tanpa memikirkan jawapan yang betul.

“Komen bolehlah tipu, tapi coding, terang-terang ada error dekat tepi.
Memang taklah kan,” kata Amalina ketawa. Dia memakai helmet.

Ziera ketawa juga. Dia memakai helmet untuk bergerak. “Dah jom makan
tengah hari,” ajak Ziera mengubah topik perbualan.

“Kat mana?”

“Depan taman siswa,” balas Ziera sebelum memecut laju meninggalkan
kawasan parking.

“Eh minah ni. Macam dah kebulur sangat nak makan,” bebel Amalina
menggeleng bila Ziera membawa motor secara laju dan mengejut. Kalau ada
orang dekat belakang, mahu tercampak gamaknya.

“Patutlah. Kau bagi jawapan aku punya. Mujur puan tak panggil aku
sekali. Hish! Cari penyakit je lah kau ni Im,” kata Aziman bila dia
mendapat tahu Imran memberikan jawapannya pada Ziera.

“Aku mana tahu nak jadi macam ni. Aku ingat dia ubah coding tu.
Tengok-tengok, hampir sama dengan kau. Macam tulah Ziera cerita dekat
aku,” kata Imran malu dengan silapnya sendiri.

“Kau tak apalah tak kena sebab kau ubah coding tu. Lain kali, tanya aku
dulu. Bukan main bagi je,” kata Aziman lagi kesal dengan tindakan Imran.

“Sorry. Lepas ni, aku tanya kau dulu okey,” kata Imran berjanji.

“Kau buat lagi, coding kau buat sendiri. Mujur aku tolong je tau. Siap
aku ajar lagi step by step,” kata Aziman lagi mengingatkan.

Imran mengangguk tanda faham.

“PBT?” ucap Ziera terkejut bila tugasan baru sudah muncul.

“Lagi haru wei… sah makin bangang aku dibuatnya,” ujar Ziera semakin
pening kepala. Tugasan Problem Based Tasklah yang dia paling tak suka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience