BAB 6

Horror & Thriller Completed 244

“Oh… thanks tau. Nasib baik kau tolong aku. Mujur kau ada buat salah
dengan aku, dapat jugak jawapan free,” kata Ziera mengusik lelaki itu.
Dia ketawa mengekeh.

“Amboi… kena bayar jugak. Belanja aku makan malam ni,” balas Imran ingin
mengenakan gadis itu semula.

“Tak naklah. Duit aku dah nak habislah hujung sem ni,” ujar Ziera
sengaja mahu mengelak.

“Ye ke? Kenapa aku tengok akaun kau balance ada seribu lebih je ni,”
ucap Imran sambil melihat sesuatu pada sekeping kertas.

Ziera terkejut. Macam mana mamat ni tau? Tidakkk….

“Bagi balik Im…” Ziera sudah membuat aksi kejar-mengejar. Imran pula
sudah siap sedia berlari ke arah parking.

Amalina menggeleng kepala. Tulah, cuai sangat. Dia ketawa di dalam hati
melihat gelagat Imran dan Ziera itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience