BAB 3

Horror & Thriller Completed 244

“Kau faham tak apa yang Gmeyz ajar tu tadi?” soal Amalina ingin tahu
reaksi dari Ziera pula.

Ziera menjuihkan bibir. Tanda langsung tidak mengerti.

“Mampus! Habis, nak buat macam mana ni? Esok nak ke hantar tau. Bising
pulak Puan Salehah tu nanti,” kata Amalina mengingatkan Ziera.

“Tengoklah macam mana. Malam ni aku cuba buat. Salah pun salahlah. Malam
ni kau relaks je. Kau kan dah banyak cakap tadi,” ujar Ziera seperti
biasa menunjukkan sengihnya itu.

“Aduh! Macam mana nak buat ni. Aku buat ni salah, buat macam ni salah.
Dah tu, apa yang betulnya,” Ziera sudah membebel geram.

Malas betul aku nak mengadap Net Beans ni. Bila klik dekat error,
makin banyak pulak salahnya. Memang sakit hati. Getus Ziera sudah
bengang bila programnya tidak menjadi lagi. Entah apa yang silap, dia
sendiri pun tidak tahu.

“Oh my coding. Kenapa dikau menyeksa aku pukul satu pagi ni…” Ziera
seperti mahu menjerit ketika ini.

Ziera mendapat satu idea. Dah tidur ke belum mamat tu eh? Ziera bertanya
dalam hati.

“Lab tiga kau dah hantar dah Ziera?” Aziman bertanya saat kelas Data
Structure tamat. Para pelajar DIP 6A mula keluar dari makmal 2.1
setelah sesi kelas sudah pun tamat pada hari itu.

“Dah hantar dah tadi. Sebelum masuk kelas,” kata Ziera.

“Fahamkan apa yang aku ajar tu?” Aziman bertanya lagi.

“Bolehlah sikit-sikit aku faham. Tak adalah faham semuanya,” kata Ziera
ketawa kecil.

“Kau dah nak balik ke Gmeyz?” soal Ziera mengubah topik perbualan.

“Haah. Nak pergi makan dengan Im kejap lagi. Nak join ke?” soal Aziman
mempelawa.

“Tak apalah. Aku pun kenyang lagi ni. Aku balik nak tidur je. Sakit
kepala dengan kelas tadi,” ujar Ziera membalas menolak baik.

“Apa dia Ziera? Pening kepala? Mana tak peningnya, asyik tidur je kerja
awak. Jangan main banyak sangat. Minggu depan testya,” Puan Zati
bersuara memerli pelajarnya itu saat dia sedang mengunci pintu makmal.

“Tak adalah puan. Tidur sekejap je,” Ziera menyengih. Tak perasan pulak
ada puan dekat belakang. Free je kena perli. Ziera ketawa dalam hati.

“Ziera, datang jumpa saya lepas habis kelas dekat unitexam,” kata Puan
Salehah memberi arahan.

Ziera hanya mengangguk. Dia terkejut. Kenapa pula puan mahu berjumpa
dengannya? Sudahlah arahan itu diberi di hadapan rakan sekelasnya yang
lain. Pasti mereka menggangap dia sudah membuat kesalahan. Tapi
kesalahan apa? Ziera sendiri tertanya-tanya.

“Apasal puan tu?” Amalina bertanya dalam keadaan berbisik.

Ziera mengangkat bahu tanda tidak memahami. Dia sendiri tidak mampu
untuk memberi jawapan yang betul. Janganlah perkara buruk yang berlaku
nanti.

“Jawapan ni awak buat sendiri ke?” soal Puan Salehah kepada Ziera. Dia
membuka tugasan yang diterima lalu ditunjukkan pada pelajarnya itu.

Ziera sudah tidak keruan. Sudah! Aku nak jawab apa ni? Ada sama macam
orang lain ke?

“Kenapa jawapan hampir sama dengan Aziman punya? Hampir sebijik saya
tengok. Apa yang dia declare semua sama macam awak? Ke awak nak cakap
dia yang tiru awak?” soal Puan Salehah panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience